BAB 16

28 6 26
                                    

"Good morning, Irene." Ucapan itu menarik perhatiannya yang sibuk membancuh air.

Dia menoleh. Senyumnya terukir indah.

"Morning, Taehyung." Balasnya ramah.

Taehyung turut tersenyum. Dia ambil air masak lalu bersandar pada dinding dan memerhatikan tindak tanduk Irene.

"Macam mana kerja kat sini? Seronok tak? Ke Jungkook kacau?" soalan terakhirnya di perlahankan suaranya, risau jika didengari Jungkook yang mungkin bila-bila masa saja datang ke pantri ini.

Irene kerling Taehyung seketika.

"Buat masa ni semuanya okey, tak ada masalah. Lagipun, baru kerja je. Manalah nak ada masalah apa-apa," jawabnya tanpa menjawab soalan terakhir lelaki itu.

Taehyung meneguk airnya sedikit lalu anggukkan kepala.

"Awak dah sarapan?" Irene menyoal.

"Belum sebab nak sekejap lagi saya nak keluar, ada kerja kat luar. Jadi mungkin terus makan tengah harilah kot,"

"Eh, nak tunggu lambat lagi tu. Mari, omma saya ada bekalkan roti sardin tadi sebab saya terlewat bangun." ajaknya.

Taehyung tanpa membantah terus mendekati Irene di meja yang di sediakan itu. Dia mengambil tempat sebelah kanan Irene.

Tersengih Irene melihat Taehyung seperti tidak sabar mahu menikmati roti sardin tersebut apabila dia terus mengambil tempat. Bekas yang berisi roti sardin yang dikatakan tadi didekatkan pada Taehyung.

Tanpa menunggu lama Taehyung mencapai satu.

"Eh, makanlah sekali." Ajak Taehyung bila lihat Irene tidak mengambil roti tersebut.

Irene mengambil satu.

"Okey, baru boleh makan dengan rasa tenang bila tuan punya badan makan sekali." Taehyung masukkan ke dalam mulut.

Sambil makan mereka berbual sedikit sebanyak tentang kerja di situ. Sekali sekala Irene tertawa geli hati dengan kata-kata Taehyung yang mencuit hatinya.

Sedang mereka sedap makan dan berbual, Jungkook masuk. Irene mendiamkan diri, manakala Taehyung pula memandang Jungkook lalu menyoal.

"Kau ada kerja luar pejabat tak hari ni?"

"Tak ada. Hari ni aku nak selesaikan apa-apa yang patut kat pejabat, banyak kerja yang aku dah terlepas sebab banyak sangat kerja luar." jawabnya tanpa menoleh.

Lincah tangannya membancuh air untuk diri sendiri. Untung betul P.A. Jungkook kerana tidak perlu membancuhkan air buat Jungkook kerana Jungkook lebih suka membuatnya sendiri.

Irene makan dalam keadaan senyap. Melihat Jungkook membuatkan dia kehilangan suara.

"Eh, beg yang saya bagi hari tu cantik tak? Awak suka?" soal Taehyung tiba-tiba.

Mata Irene berkerlip-kerlip. Seketika kemudian dia menganggukkan kepala beberapa kali. Dia tidak menipu, dia memang suka dengan beg tangan yang dihadiahkan oleh Taehyung kepadanya itu.

"Suka. Cantik beg tu, pandai awak pilih."

Taehyung tayang muka berlagak.

Irene menguntum senyum lebar.

Jungkook mengerling arah dua orang manusia itu. Dia mengacau airnya lalu cepat-cepat menghilangkan diri.

"Kalau cantik nanti pakailah beg tu. Penat kita beli tapi dia simpan buat perhiasan je letak kat rumah."

"Tengoklah nanti macam mana."

Dia segan sebenarnya nak pakai beg tangan yang dihadiahkan Taehyung kepadanya. Tambah-tambah lagi Taehyung mungkin akan melihatnya nanti jika dibawa datang ke tempat kerja.

"Okey, saya rasa saya nak mintak diri dulu. Apa-apapun, sedap roti sardin omma awak buat tu. Terima kasih," Taehyung mencuci tangan dan meninggalkan Irene setelah Irene sendiri sudah bangun untuk pergi ke mejanya dan memulakan kerja.

Seronok juga berbual dengan kawan baik Jungkook seorang ini sebenarnya, dahulu dia tidak punya peluang untuk berbual begini dengan mana-mana kawan Jungkook. Lelaki itu terlalu kedekut 'meminjamkan' dia walaupun sekadar mahu berbual sahaja.

Tapi kini sudah berbeza. Kini dia juga sudah bebas dari sesiapa, dan bermakna dia boleh berbual dengan sesiapa saja yang dia suka. Tanpa ada halangan.

"Kau kalau nak duduk sini sekadar nak tunjuk muka 20sen kau tu baik kau buat kat bilik. Tak payah menyemak depan muka aku ni, hilang fokus nak tengok tv." Bebel Taehyung bila Jungkook datang menghampirinya sambil menggoyang-goyangkan badannya.

Sudah hampir sepuluh minit dia membiarkan Jungkook menggoyangkan badannya, kini dia sudah tidak tahan lagi.

"Eh? Kau ni tak ada masa lain ke nak ganggu aku? Bila aku tengok tv je mesti kau muncul dengan muka mintak penampar, ke memang kau nak makan penampar malam-malam macam ni?" soalnya dengan sebal.

Jungkook muncung.

Taehyung gulingkan mata ke atas.

"Kau tak sayang aku ke?"

"Apa benda kau mengarut ni? Mestilah aku sayangkan kau, kaukan kawan paling baik. Kalau tak sayang dah lama aku rogol si Irene tu biar jadi milik aku tau." Selamba badak dia saja memberi jawapan sebegitu.

Ini agaknya kalaulah Irene dengar pasti makan penampar. Mulut langsung tiada insurans. Cakap pakai hentam sahaja tanpa memikir baik dan buruknya.

Buk! Satu tumbukan tepat mengenai bahu kiri Taehyung. Keras penumbuk itu mampu membuktikan jika terkena pada muka bakal menempah bengkak di pipi.

"Sakitlah! Ish!"

"Lain kali nak cakap tu pakai otak jangan main pakai hentam je." Jungkook menjeling.

"Dah kau tayang muka hodoh kau depan aku macam ni kenapa?"

"Bila kau nak tolong aku?"

"Tengoklah bila rajin. Aku banyak lagi kerja nak buat tau, kau jugak yang sibuk tanya nanti dah siap ke belum. Lepas tu kalau tak siap mulalah kau nak membebel mengalahkan makcik aku kat kampung tu," bebel Taehyung yang sebenarnya malas mahu menolong Jungkook dalam bab berkaitan dengan Irene.

Entah kenapa dia malas benar nak menghulurkan bantuan.

"Alah, kau banyak aje alasan. Rajuk lah macam ni," dia silang tangan dan toleh ke arah lain.

Tanpa mempedulikan rajuk Jungkook, Taehyung memberi perhatian pada televisyen. Lagi menarik daripada tengok muka tidak laku yang dimiliki oleh Jungkook itu.

"Janganlah buat aku macam ni. Kau kan kawan baik aku, kau kenalah tolong aku." Rasa nak merajuk tadi dia letak tepi dan memujuk Taehyung bagi membantunya nanti.

Tangan Jungkook di tepis.

"Tengoklah nanti. Kau ni, sibuklah. Dah, pergi sana. Mengganggu aje kerja kau sejak dua menjak ni,"

Jungkook mencebik apabila di halau, tetapi dia tetap menurut. Kang membantah banyak-banyak Taehyung bagi kata putus tidak mahu membantu pula. Lagi haru nak kena menangis-nangis meminta bantuan si Taehyung ini.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now