Senyuman yang sedang terukir pada bibir Irene sungguh kelihatan ketara dia gembira saat ini. Kedua belah ibu jari dinaikkan ke arah Yeri yang setia menemaninya daripada awal sehinggalah dia sudah lulus hari ini. Sepanjang 6 bulan dia merasa hidupnya tidak sebahagia mana, hari ini dia berasa sangat bahagia apabila dia sudah mendapat lesen kereta. Akhirnya dia sudah boleh memandu ke mana sahaja dimahukannya tanpa perlu risaukan polis menahan.
Berlari-lari anak Irene mendekati Yeri yang sudah menunggu. Tubuh Yeri di dakapnya seperti sudah lama tidak bertemu. Mata-mata sedang memandang adegan mereka langsung tidak di pedulikan. Terasa sungguh bahagia apabila lulus mengambil lesen kereta. Yeri juga turut gembira melihat Irene lulus dan dalam masa yang sama dia gembira melihat Irene tersenyum begini. Terasa sudah lama tidak melihat Irene tersenyum begitu setelah putus dengan Jungkook 6 bulan yang lepas.
Pelukan dileraikan. Senyuman Irene masih menghiasi bibirnya ketika itu.
"Finally boleh juga kau bawa aku berjalan naik kereta kau pula lepas ni. Tak adalah asyik naik dengan aku aje memanjang kalau nak ke mana-mana" ucap Yeri sambil tersengih bila lihat Irene mencebik. Tapi, cebikan itu hanya untuk beberapa sebelum Irene kembali tersenyum.
"Betul juga. Tak adalah aku nak ajak kau keluar selalu lagi lepas ni. Boleh keluar seorang diri," kening di angkat bila Yeri menjelingnya.
"Kau memang kurang asam. Dulu masa tak ada lesen bukan main kalau boleh ke mana saja nak aku temankan, rupanya bagi aku teman pun sebab tak boleh memandu sendiri. Baru aku tahu, kau tak ikhlas masa keluar sama-sama dengan aku. Fine." Yeri silang tangan dan menoleh ke arah lain.
Merajuklah konon.
"Alah, aku bergurau sikit pun nak sentap. Aku main-main je, janganlah terasa sangat. Sejak bila kau pandai terasa dengan aku ni?" Irene bercekak pinggang.
Yeri senyum.
"Aku pun bergurau juga. Dah, jom kita selesaikan apa yang patut. Perut aku ni dah mula berkeroncong ni!" perut kempisnya diusap.
"Tak habis-habis makan aje kerja kau ya cuti-cuti ni. Tapi, hairan, makan macam dinosaur pun tak besar-besar juga badan kau tu." Tergeleng kepalanya melihat Yeri tidak mempedulikan katanya dan menarik dia pergi dari situ.
Selepas kenyang perut mereka berdua diisi dengan makanan, mereka berdua terus keluar dari restoran tersebut. Memandangkan perut masing-masing sudah penuh, hati mulalah terasa gembira dan bahagia.
Senyuman kegembiraan mereka terukir.
"Lepas ni kau nak pergi ke mana? Balik?" Yeri memandang sambil memegang lengang Irene.
Langkah mereka terhenti.
Dahi Irene berkerut seperti berfikirkan sesuatu.
"Tak naklah balik dulu. Jom, kita pergi shopping." mata dikelip beberapa kali.
Senyuman Yeri terukir.
"Aku tak ada masalah. Tapi, kau kena belanja." kening dijongket beberapa kali.
Irene angkat bahu sambil tayang muka peduh perasan.
"Tak ada masalah. Jom," Irene berlalu.
"Eleh, duit appa kau bolehlah kau berlagak nak belanja. Tak apa, nanti kau dah mula kerja dan ada duit sendiri, kau belanja aku lagi erk?" Yeri berlari anak mendapatkan Irene.
Irene menjeling Yeri sedikit lalu tersenyum manis. Tanpa berfikir panjang Irene menganggukkan kepala tanda setuju.
Dengan perasaan puas hati Yeri mengikut langkah Irene yang sudah lepas ke depan.

YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡