Lengan kirinya tiba-tiba disentuh dan ia sekaligus menghentikan langkah. Dia menoleh ke belakang, Irene sedang memandangnya sambil menggengam tangan Jungkook.
Terkejut besar Jungkook di buatnya dengan tindakan Irene itu. Lagi memeranjatkan bila Irene memegang tangannya betul-betul di depan pintu masuk bilik kerjanya. Sudahlah sekarang boleh di katakan semua pekerja sudah masuk.
Jungkook perhati keadaan sekeliling. Semua mata memerhatikan adegan mereka berdua. Tapi, dia sendiri tidak tahu 'skrip' apa harus dibawa.
"We need to talk." Beku saja bicara Irene ketika itu.
Entah apa yang mahu Irene bincang dengan dia pun dia kurang pasti. Pasal kerja? Takkanlah sampai pegang-pegang lengan dia. Macamlah tidak boleh bertemu dia di dalam sebentar nanti.
Tapi, melihat pada riak muka Irene, dia pasti bukan tentang kerja. Pastinya ada kaitan dengan masalah yang mereka berdua hadapi kini.
"Masuklah." Jungkook bekukan suara.
Irene menggeleng.
Dia tak mahu masuk? Habis takkan nak bincang apa-apa kat depan staf yang ramai ni? Persoal Jungkook dalam hati.
"Kita bincang di kafe. Sekarang."
Irene lepaskan pegangan nak pergi. Seperti sudah terbalik kini, Irene memberi arahan kepadanya, bukan dia yang memberi arahan kepada Irene.
Tanpa banyak soal Jungkook mengikut setelah memberitahu kepada staf untuk meneruskan kerja.
Jungkook duduk berhadapan dengan Irene. Gadis di depannya ini berwajah serius. Tapi, Irene memang begini jika berdua dengannya, dengan orang lain Irene boleh saja senyum-senyum. Hilang terus sikap kedekut senyum apabila berhadapan orang lain.
"Nak bincang tentang apa? Sekarang ni dah masuk waktu kerja tau. Janganlah buat saya nampak berat sebelah pada awak." Bebelnya.
"Lantaklah. Sekarang ni apa yang saya tahu saya nak awak cakap terus terang dengan saya. Apa rahsia yang awak sembunyikan daripada saya? Kepada hubungan kita diputuskan? Kenapa awak beri alasan tak kukuh untuk putuskan hubungan?" bertubi-tubi Irene serang Jungkook.
Jungkook mengeluh.
Dia renung Irene. Kini terdetik rasa menyesal menyebut tentang alasan lain dia bertindak memutuskan hubungan mereka. Kalaulah dia boleh putarkan masa, memang dia tidak akan sesekali memberitahu pada Irene tentang itu. Biarlah Irene tidak tahu langsung ada sebab lain dia memutuskan hubungan mereka.
"Hello? Tolonglah Jungkook, beritahu saya apa sebabnya. Jangan buang masa saya nak fikir benda macam ni." Pinta Irene begitu berharap Jungkook boleh memberi kerjasama.
Jungkook bersandar dan mengeluh.
"Saya tak mintak pun awak untuk buang masa fikir pasal perkara ni. Okey... Sekarang saya mintak sangat awak lupakan saja sebabnya, lagipun benda dah lepas." Pintanya.
Irene kecilkan mata.
"Awak ingat senang-senang ke saya boleh lupakan perkara tu?" riaknya sudah berubah.
Kepala di geleng.
"Kalau saya cakap saya tak nak bagi tahu, maknanya saya takkan bagi tahu. Itu keputusan saya!" Jungkook bangun dan terus meninggalkan Irene di situ dengan perasaan bebal.
Satu jelingan dihadiahkan khas buat Jungkook yang datang menghampirinya. Kepala di tundukkan, lalu menyambung kerjanya. Malas dia nak melayan Jungkook yang kurang asam langsung tidak bertimbang rasa dengannya.
"Irene." Serentak mejanya di ketuk.
Irene diam membatu. Hanya tangan sahaja sibuk menulis di atas kertas.
"Irene." Sekali lagi namanya di sebut.
Sama. Tiada reaksi diberikan.
Jungkook ketap bibir. Disebabkan dia geram, terus kertas kerja Irene di rampasnya kasar.
Irene angkat kepala.
"Awak ni apa sebenarnya?!" Jerit Irene benar-benar marah pada Jungkook.
Langsung tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.
"Kita nak kena jumpa klien." Tekan Jungkook.
Dia berdiri dan cekak pinggang.
"Saya tak nak. Awak pergilah sendiri, ianya bukan kerja saya. Apa masalah awak ni erk suka mengarah saya mengikut awak ke sana sini? Dah macam tak ada kerja pulak saya kat pejabat ni tau!" Marahnya benar-benar membara saat ini.
Kang dia tampar malu setahun kot si Jungkook ni dengan staf dia yang ramai ni. Biar padan dengan muka suka sangat mengarah orang. Sudahlah orang tanya soalan elok-elok dia tidak mahu beritahu, lepas tu pandai pula nak mengajar orang.
"Ikut ajelah." Jungkook masih berdegil mahu Irene mengikutnya.
Mata Irene terbeliak.
"No, I won't!" Irene juga masih dengan pendiriannya.
Jungkook pejam mata dan tarik nafas. Geram betul dia dengan Irene petang-petang begini.
Seulgi pandang Irene dan Jungkook beberapa kali. Pening betul kepala jika mendengar mereka berdua bertengkar. Boleh hilang segala fokus yang ada tadi.
"Apa bising-bising ni?" teguran dari belakang Jungkook menarik perhatian semua yang ada.
Kelihatan Tuan Jeon berada di situ.
"Jungkook, kenapa?"
Jungkook lepas nafas kuat. Dia tidak menjawab pertanyaan tersebut.
Irene tunduk.
Kenal-kenal juga, lelaki itu tetap bos di sini. Mana boleh nak main cakap saja mengadu tentang perangai anak lelaki dia seorang ini. Kang dicop orang kuat mengadu dan tidak hormat pula.
"Hari ni kamu kena keluar jumpa klien, kan? Kenapa tak pergi lagi?" Tuan Jeon menyoal.
"Memang Jungkook nak pergi tapi si Irene ni degil tak nak ikut pulak." Adu Jungkook kepada appa nya.
Terbuntang mata Irene mendengar aduan yang dibuat oleh Jungkook.
Tuan Jeon pandang Irene sekilas sebelum menoleh ke anaknya.
"Kamu pergi dengan pembantu kamu. Irene masih banyak kerja lain dia perlu siapkan. Pergi," arah Tuan Jeon sekaligus menyelamatkan Irene daripada di paksa Jungkook untuk mengikutnya pergi.
Jungkook kerling arah Irene, spontan Irene menjelirkan lidah pada Jungkook disaat mata mereka bertembung dengan perasaan yang berbeza.
Tanpa banyak cakap Jungkook pergi selepas memanggil pembantunya ikut serta pergi bertemu klien.
"Sudah, semua buat kerja balik."
Irene pandang appa Jungkook dengan perasaan bersalah. Yalah, dia sudah menghuru-harakan pejabat kerana kedegilannya tadi.
"Irene mintak maaf pasal tadi."
Tuan Jeon senyum mendengarnya.
"Tak apalah Irene, kamu sambung aje kerja kamu. Jangan fikirkan sangat pasal Jungkook tu,"
Tuan Jeon berlalu pergi.
Irene duduk menyambung kerja. Baru beberapa saat dia duduk, telinganya mendengar seperti orang-orang berdekatan sedang berbicara tentangnya dan dua beranak tadi. Dia pandang tempat Seulgi, gadis itu kelihatan memandangnya juga.
Seulgi angkat bahu.
Irene sambung buat kerja tanpa peduli keadaan sekeliling.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡