BAB 35

38 4 11
                                    

Selamat membaca!

Sebulan sudah berlalu, Irene masih beku dengan omma nya. Setiap kali omma nya cuba berbual, Irene pasti buat-buat tidak dengar atau akan angkat kaki saja dari situ. Appa mahupun Jisung tidak pula berbincang tentang perkara itu dengannya.

Sedang Irene menyiapkan kerjanya, mejanya di ketuk beberapa kali oleh Seulgi. Pandangannya jatuh pada wajah gadis itu dengan kening terjongket sebelah.

"Encik Jungkook kau suruh kau masuk bilik dia."

Seulgi melabuhkan punggung. Dia baru selesai berbincang dengan Jungkook, tapi bukan bincang tentang Irene, mereka berdua berbincang tentang kerja. Tiada masa dia nak masuk campur dalam kisah mereka berdua. Cukuplah dia menjadi pendengar di pihak Irene sahaja, tak nak lah peningkan kepala.

"Kau jangan nak cakap banyak. Pergilah sajalah jumpa dia. Mungkin ada perkara penting nak bincangkan dengan kau," sebelum Irene menyoal, Seulgi terlebih dahulu berbicara.

Irene bangun dari duduk, tanpa sepatah kata dia terus ke bilik Jungkook. Pintu diketuk dua kali, lalu terus melangkah masuk tanpa sempat Jungkook menjawab apa-apa.

Mata mereka bertentang, tetapi hanya berapa ketika. Irene sudah mengalih pandang ke arah lain.

"Silakan duduk, takkan nak berdiri aje kat situ."

Tanpa banyak soal dia duduk berhadapan dengan Jungkook.

"Kenapa ya nak jumpa ni? Saya banyak kerja nak buat lagi." Irene bersilang tangan.

Jungkook tidak menjawab, tangannya sibuk kemas sedikit kertas kerja. Selepas itu, dia memandang Irene seraya mengukir senyuman manisnya.

Riak wajah Irene hanya kosong.

"Kita perlu duduk berbincang."

Dahinya berkerut. "Berbincang? Tentang apa?"

Jungkook melebarkan senyumannya.

"Tentang hubungan awak dengan omma awak, dan hubungan kita berdua. Kita perlu berbincang untuk selesaikan masalah ni. Semuanya takkan selesai selagi kita tak duduk berbincang."

Irene mengeluh.

"Sampai bila awak nak mengelak dengan omma awak?"

Soalan Jungkook berlalu tanpa jawapan.

"Omma awak dah datang jumpa saya dan keluarga kat rumah beberapa hari lepas. Dia dah mintak maaf dengan kami satu keluarga setelah apa dia buat pada hubungan kita." Beritahu Jungkook.

Irene tampak terkejut dengan kenyataan Jungkook itu. Omma pergi jumpa keluarga Jungkook? Bila masa? Kenapa dia tidak tahu apa-apa? Eh, tapi macam mana nak tahu kalau dia asyik mengelak saja dari bertemu omma sendiri di rumah. Memang tiada peluang langsung omma mahu berbual dengan dia.

"Irene, percayalah yang saya masih sayangkan awak sama seperti dulu. Tidak pernah berubah, walau sepuluh tahun pun. Irene, please kita mulakan balik? Kita lakar balik hubungan kita?" Jungkook renung wajah Irene sedalamnya.

"Jungkook, saya ada banyak kerja lagi nak buat sekarang. Jadi, saya mintak diri dulu."

Dia terus keluar dari bilik kerja Jungkook. Jungkook tidak menghalang, dia sekadar membiarkan Irene melangkah keluar. Dia tidak mahu memaksa, nanti jauh pula Irene membawa diri.

Pulang dari pejabat, Irene hanya terperuk di dalam bilik sambil menunggu kedatangan Yeri ke sini. Dia perlukan seseorang untuk dia membuat keputusan. Kata-kata Jungkook tadi asyik terngiang-ngiang di telinga.

Pintu di buka dari luar menarik perhatiannya. Risau juga jika omma yang masuk, tapi kelibat Yeri yang kelihatan di situ. Tersengih-sengih Yeri saat berpandangan dengannya. Laju saja dia masuk tutup pintu dan kunci. Tidak sabar dia mahu mendengar cerita Irene yang panjang, pasti ia sangatlah menarik.

"Okey, sekarang aku dah sampai. Apa kata kau cerita sekarang. Aku dah tak sabar gila nak dengar cerita menarik kau." Yeri jongket-jongket kening beberapa kali bila lihat Irene mencebik.

Irene tidak terus bercerita seperti dipinta Yeri, sebaliknya dia berbaring terlentang atas katil. Dia tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Bibir sudah memuncung.

"Kau dah kenapa pulak? Jangan cakap kau tak jadi cerita kat aku ehh? Kang sekarang jugak aku angkat kaki blah dari sini." Ugut Yeri. Tapi, dia pun ikut baring sekali dengan Irene.

"Jungkook..." dia mula bercerita tentang perkara yang Jungkook katakan pada dia di pejabat.

Tersenyum-senyum Yeri saat mendengar semua yang Irene cerita kepadanya.

"Kesimpulan dengan apa kau cerita kat aku ni, kau dalam masalah yang agak besar."

Berkerut seribu dia dibuatnya dengan kata-kata Yeri itu. Entah apa pula masalah yang harus dihadapi. Jantungnya sudah berdetak laju memikirkan masalah apa yang dimaksudkan Yeri itu.

"Macam mana kau nak pilih tanpa melukakan hati yang seorang lagi?" usul Yeri tiba-tiba.

Irene blur.

Melihat reaksi Irene begitu, Yeri menambah. "Salah seorang akan terluka. Antara Jungkook dengan Taehyung, aku rasa Taehyung yang akan terluka. Yalah, hati kau sah-sah dah ada pada si Jungkook kesayangan kau tu."

Bahu Yeri ditamparnya kuat sehingga Yeri terjerit mengaduh kesakitan.

"Apa kau mengarut ni makcik? Sejak bila pulak si Taehyung tu sukakan aku? Jangan buat teori sendiri, boleh tak?" marahnya seraya bangun duduk menghadap Yeri yang masih terbaring mengusap bahunya yang sakit ditampar.

Yeri ikut duduk sama.

"Eh, betul apa. Si Taehyung tu mesti ada rasa something kat kau. Kalau tak, takkan dia nak bagi bunga segala."

Dia mula terfikir tentang perkara itu. Taehyung pernah bagi dia beg tangan juga. Adakah benar yang Taehyung juga menaruh perasaan kepadanya, seperti yang diperkatakan Yeri.

"Eh, tiba-tiba makin serabut pulak aku rasa!"

Yeri garu kepala. "Macam mana ehh kita nak selesaikan masalah kau yang satu ni?"

Irene menghela nafas. Dia lagi tak tahu apa harus di buat ketika ini. Apa yang Yeri katakan tadi membuatkan dia semakin lemau mahu berfikir apa-apa. Jadi, jalan terbaik adalah hanya merenung Yeri dan berharap Yeri dapat membantu dia menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.

"Kau pergi ajelah jumpa si Taehyung dah berterus terang pasal perasaan kau pada Jungkook. Baik dia terluka sekarang," suruh Yeri.

Sekali lagi dia menghela nafas, dan kali ini agak berat kedengaran.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now