BAB 23

34 6 11
                                    

Sejak kejadian tersebut, Irene kelihatan agak kekok untuk bertentang dengan Jungkook. Tetapi, ianya berbeza dengan Jungkook, lelaki itu langsung tiada rasa kekok berhadapan Irene. Ianya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Jungkook masih dengan sikap suka mengajak dia berjumpa klien.

Bebal memang Irene bebal, tapi dia cuba bersabar lagi dengan sikap Jungkook yang satu ini. Kadang-kadang terfikir nak saja dia berhenti dan kerja di tempat appa nya, tapi terasa sayang pula mahu meninggalkan rakan sepejabat yang cukup baik dengannya selama ini.

Irene pandang belakang Jungkook seperti mahu di telan hidup-hidup sahaja lelaki di depannya ini.

Sedang dia merenung belakang lelaki itu tajam, Jungkook tiba-tiba saja menghentikan langkah, dan ia membuatkan Irene melanggar belakangnya tanpa sempat dia berhenti melangkah.

Berkerut seribu muka Irene ketika menjauhi Jungkook. Dia pandang Jungkook seperti ajak gaduh. Dia tertanya mengapa Jungkook tiba-tiba berhenti langsung tidak memberi isyarat terlebih dahulu.

Jika tidak, tidaklah dia terlanggar tadi.

"Awak ni kenapa?" soalnya perlahan.

Anak mata Irene terpandang seseorang yang sangat dikenali sedang berdiri di hadapan Jungkook kini. Kelam kabut Irene mengukir senyum. Hilang terus muka tidak puas hatinya sebentar tadi melihat wajah wanita itu.

"Irene, lamanya aunty tak jumpa dengan kamu." Ucap wanita itu.

Irene terus menghampiri wanita itu apabila dilihat wanita tersebut seperti mahu mendakapnya.

Pelukan dileraikan.

"Kamu dengan Jungkook nak pergi mana ni? Tengah sibuk kerja ke?"

"Memang tengah sibuk sikit sekarang ni omma, kenapa tak bagi tahu Jungkook dulu nak datang. Nasib terserempak kat sini, kalau kita orang dah bertolak tadi macam mana?"

Puan Jeon jeling anak terunanya.

"Kalau kamu dengan Irene tak ada, omma pergi jumpa appa kamu tu. Macamlah omma tak telefon appa kamu dulu sebelum datang sini."

Irene senyum dengan jawapan dari omma Jungkook itu. Dia pandang sekilas arah Jungkook.

"Macam ni lah, hari ni Jungkook lepas Irene keluar makan atau berbual dengan omma. Jungkook tak boleh nak join sekali, nak kena jumpa klien ni. Pergi dulu," Jungkook meminta diri.

Sengihan Irene terserlah. Lega rasanya bila Jungkook pergi sendirian bertemu kliennya. Tidaklah dia bungkam sendiri mengikut Jungkook dalam keadaan sekarang.

Puan Jeon pandang Irene. Bahu itu di usap penuh kasih sayang. Sayangnya kepada Irene seperti anaknya sendiri. Dahulu pernah juga dia berangan Irene menjadi menantunya, tapi angan-angan tersebut sudah melayang apabila Jungkook memberitahunya hubungan mereka sudahpun menemui kata penamat.

Kecewa memang kecewa, tapi takkan dia nak memaksa Jungkook memujuk Irene pula.

"Jom, bos dah bagi kebenaran keluar tu. Mari kita pergi makan sama-sama. Lama sangat tak jumpa, aunty ada banyak benda nak cerita dengan Irene."

Irene sekadar mengangguk. Berharap janganlah 'benda' yang ingin di bicarakan itu berkaitan dengan hubungannya dengan Jungkook. Boleh termuntah dia mahu menyebut lagi kisah mereka.

Kereta yang di pandu Jungkook memasuki halaman rumah dimatikan enjinnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah terang benderang.

Masuk ke dalam, kelibat Taehyung sudah kelihatan.

"Lambat balik hari ni, banyak kerja sangat ke kat pejabat tu?"

Jungkook ambil tempat.

"Tak adalah banyak sangat tapi, aku tunggu Irene siapkan kerja dia. Entah kerja apa yang dia buat sampai lewat malam pun aku tak tahulah."

Tumpuan Taehyung kini pada Jungkook.

"Dia mintak kau teman dia ke?" suara Taehyung kedengaran teruja ingin mengetahui lebih lanjut.

Kepala di geleng.

"Tak ada maknanya. Aku yang rela hati nak temankan dia, tapi tak adalah sampai duduk depan dia. Aku tunggu dari dalam bilik aku je, dia balik aku pun balik jugaklah."

Taehyung angguk-angguk.

"Aku dengar omma kau datang tadi. Buat apa?"

"Jumpa Irene." Pendek saja jawapannya.

Sekali lagi Taehyung mengangguk.

"Omma kau buat apa jumpa dengan si Irene tu?"

"Omma akukan dah memang kenal Irene, lagipun dah lama tak jumpa. Rindulah tu dengan Irene." Kepalanya disandarkan.

"Weh! Omma kau mesti sayang gila kat Irene, kan? Yalah, walaupun hubungan kau dengan Irene dah putus, omma kau masih ada perasaan rindu dan sayang pada Irene." Taehyung usap dagunya.

Jungkook hanya mendengar.

"Tapikan, Irene okey ke bila jumpa omma kau?"

"Okey aje. Dia bermusuh dengan aku bukan dengan omma aku. Kau sendiri pun pernah tengok kan macam mana Irene bila berbual dengan appa aku bila terserempak di pejabat. Ada kau tengok dia cuba mengelak atau layan acuh tak acuh aje?" soal Jungkook kembali pada Taehyung.

"Tak ada. Dengan kau aku tahulah dia layan acuh tak acuh. Pftt..." Taehyung tertawa sendiri. 

Satu jelingan dihadiahkan buat Taehyung. 

"Kau memang perangai kan. Sekarang bukan main rapat kau dengan si Irene tu aku tengok." Tukas Jungkook.

"Alah, takkan aku nak berkawan pun tak boleh. Kau bukan ada apa-apa hubungan dengan Irene pun. Jadi jangan nak jealous sangat." Bidas Taehyung.

Sekali lagi Taehyung dihadiahkan satu jelingan maut. Terbakar hangus hati dia dengan bicara Taehyung yang menyengat hati. Pasrah dapat seorang sahabat seperti Kim Taehyung. 

Bebal dengan sikap Taehyung yang tidak boleh dijangka, Jungkook bangun dan naik ke biliknya. Nasib fikir kawan, kalau tidak selamat dia siat-siat kulit lelaki seorang itu.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now