Maaflah dah Lama tak update ff ni kan. Apa-apapun selamat membaca dan jangan lupa vote dan comment.
"Jeon Jungkook! Baik awak berhenti kat situ kalau tidak saya koyakkan dokumen-dokumen penting yang ada pada saya!!" Jeritan Irene mengejutkan semua yang berada di situ.
Semua pekerja yang sibuk menjalankan tugas sebentar tadi sudah mengangkat kepala untuk melihat apa sudah terjadi.
Jungkook berhenti melangkah. Dia berpaling pada Irene yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia tengah berdiri sekarang. Perlahan keluhan berat dilepaskan. Dia hairan mengapa Irene memilih untuk mengugutnya di hadapan semua staf yang ada.
Nasib baik hari ini appa nya tidak masuk bekerja. Kalau tidak lagi bertambah haru biru keadaan sekeliling dibuatnya.
Dalam Jungkook mengeluh. Ada rasa marah yang sedang membara di hati. Geram dengan tindakan Irene yang dirasakan seperti terlalu kebudak budakan.
Tanpa rasa takut mata Irene menentang pandangan Jungkook yang kelihatan cukup tajam.
Seulgi memberanikan diri mendekati Irene lalu menyentuh lengan itu.
Dia berbisik.
"Rene, janganlah macam ni. Bincang nanti boleh, kan?"
Irene tetap berkeras dengan endahkan Seulgi dan membuka mulut.
Rahang Jungkook bergerak menahan marah yang boleh meletus bila-bila masa sahaja.
"Bukannya susah pun untuk awak berterus terang pada saya!" jerkahnya.
Seulgi genggam lengan Irene dan berharap Irene menghentikan sahaja apa sudah dimulakannya. Tetapi, Irene tidak faham dan tidak mahu memahami keadaan tersebut. Dia lebih ingin mengetahui sebab sebenar mereka putus.
Hanya Jungkook seorang yang tahu apa sebab sebenarnya.
Jungkook menggengam penumbuk. Tangannya mula menggigil kerana menahan marah yang semakin menipis.
"Awak pekak ke?!?!"
Mata Irene membulat. Sengaja menambahkan lagi kemarahan Jungkook. Bukan dia tidak tahu Jungkook sedang menahan marah. Tapi, ada dia kisah, dalam situasi sekarang dia lebih rela kena marah dan tahu apa penyebabnya daripada Jungkook terus menyembunyikan perkara tersebut.
Langkah Jungkook di bawa mendekati Irene, lalu tanpa berkata dia menggengam tangan Irene lalu mengheret gadis itu mendekati bilik kerjanya.
"Eh, awak nak bawa saya pergi mana? Saya nak tahu kenapa, apa awak nak buat ni?!" Irene meronta tetapi genggaman Jungkook terlalu ketat.
Jungkook diam dan masih menarik tangan itu.
Seulgi yang sudah menggelabah pantas ambil telefon dan menghubungi Taehyung. Dia harus memanggil kawan baik bos mereka untuk datang dan melihat apa sedang dilakukan rakannya kepada Irene. Marah benar dia lihat Jungkook semasa datang menarik Irene.
Para pekerja tadi juga agak susah hati dengan apa mereka lihat tadi. Mereka lihat Jungkook seperti ada aura lain menyelubungi dirinya dan ia membuatkan masing-masing gerun.
"Hei! Lepaslah. Sakit tahu tak?!" Irene cuba melepaskan diri.
Pergelangan tangannya benar-benar terasa perit di genggam begitu kuat oleh Jungkook.
Jungkook lepas tangan itu dengan cukup kasar.
"Apa masalah awak sebenarnya?!" Irene usap pergelangannya terasa cukup pedih itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/209903829-288-k55283.jpg)
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡