Kebahagiaannya di ragut sekelip mata apabila lelaki yang disayanginya memutuskan hubungan yang telah hampir dua tahun mereka bina bersama.
Air mata terus menerus mengalir sejak pulang dari bertemu 'bekas' boyfriend sejam dua yang lepas. Sejujurnya dia tidak suka dengan perkataan bekas yang asyik bermain di fikiran. Sudah berapa banyak kali dia cuba membuang perkataan 'bekas' di dalam kepala, tetapi setiap kali itu jugalah dia kembali teringat akan kata-kata lelaki yang dia cinta selama ini mengeluarkan kata-kata yang meruntun jiwanya.
Tangisan semakin lama semakin menjadi-jadi mengenangkan perkara itu.
Pintu bilik yang diketuk daripada luar tidak menarik perhatiannya langsung. Langsung tiada kekuatan untuk membuka bicara dengan siapapun yang berada di luar biliknya kini.
Tidak sampai seminit, kelibat seorang wanita separuh abad menghampiri Irene yang asyik menangis tanpa henti.
Irene tidak peduli dengan siapa ada disitu. Dia benar-benar tidak mampu menahan kesedihan yang dirasakan. Biarlah apa sahaja yang mahu difikirkan oleh omma nya. Dia tidak hairan langsung akan pandangan omma kepadanya ketika ini.
Tangan Irene disentuh lembut lalu digenggamnya seperti sedang menyalurkan kekuatan.
"Kenapa anak omma ni menangis? Ada masalah ke? Bergaduh dengan Yeri ke?" soal omma ingin tahu punca sebenar mengapa anak perempuannya menangis.
Irene sekadar menggelengkan kepala. Dia tidak mahu memberi tahu apa-apa.
"Adakah tangisan kamu ni ada kaitannya dengan Jungkook, sayang? Ada yang dia dah lakukan pada kamu, bagi tahu pada omma." Tebak Puan Bae.
Kepala diangkat memandang omma tetapi, apabila memandangnya, tangisan Irene semakin menjadi dibuatnya. Entah mengapa dia semakin sebak pula.
Dahi Puan Bae berkerut melihat reaksi anak perempuannya itu. Belakang Irene diusapnya lembut.
"Kamu dengan Jungkook dah putus, kan?" teka Puan Bae yakin.
Soalan itu tidak dibalas walau dengan anggukkan mahupun gelengan kepala. Irene bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik air lalu menghempaskan pintu.
Tindakan Irene itu menyakinkan Puan Bae lagi yang hubungan anaknya dengan Jungkook sudahpun berakhir. Tanpa sedar senyumannya terukir.
Makanan di dalam pinggan dikuis-kuisnya tanpa ada niat mahu di nikmatinya walaupun perutnya merintih mahu menikmati makanan di depan mata.
Pandangan mata Tuan Bae melirik ke arah anak perempuannya. Seketika kemudian, tangannya mencuit tangan isterinya.
Tuan Bae memberi isyarat pada isterinya.
Puan Bae pandang Irene lalu menyentuh tangannya. Anak mata Irene terarah pada ommanya.
"Kenapa tak makan? Tak sedap ke omma masak hari ni?"
Kepala digeleng sekali dan Irene mengukir sedikit senyuman.
Tanpa sepatah kata Irene bangun membawa pinggan ke dapur. Seketika kemudian, Irene kembali dan memberitahu yang dia mahu keluar sebentar.
Apabila menerima kebenaran daripada appa, Irene naik mengambil telefon. Cukup hanya membawa telefon sahaja, kerana dia hanya mahu bersiar-siar berdekatan sahaja mengambil angin malam.
Dia tidak begitulah berani untuk keluar sendirian pada waktu malam. Jadi, sebelum keluar dari rumah sempat lagi dia mengirim mesej buat rakannya, Yeri untuk datang menemaninya di luar. Lagipun, rumah mereka hanya selang lima buah rumah saja.
Senyuman Yeri terukir melihat Irene yang semakin menghampiri. Tetapi, senyuman manisnya semakin pudar saat Irene semakin mendekatinya.
Bahu Irene disentuh, serentak Irene berhenti menapak.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
Fiksi PenggemarPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡