BAB 12

26 6 12
                                    

Selamat membaca!



Keterujaan Irene terserlah selepas talian ditamatkan. Tersenyum-senyum dia merenung telefon pintarnya yang baru sahaja 'berbakti' sebentar tadi.

Akhirnya kini dia sudah mendapat satu pekerjaan. Keterujaan itu telah membuatkan dia terus menghubungi Yeri dan memberitahu tentang perkara yang menggembirakan hati.

Yeri jelas juga turut teruja apabila mengetahui tentang perkara itu.

Setelah berbual sekejap di telefon bersama Yeri, Irene berlari anak turun ke bawah untuk mendapatkan omma. Berita ini harus diberitahu kepada omma dan appa, pasti orang tuanya gembira mendengar berita ini. Tetapi buat masa ini hanya omma sahajalah ada di rumah memandangkan appa keluar bekerja.

"Omma! Omma! Omma ada kat mana?" terjerit-jerit Irene memanggil Puan Bae.

Puan Bae yang mendengar laju mendekati Irene. Risau jika ada sesuatu berlaku kepada anak perempuannya.

"Kenapa? Kenapa?"

Irene sengih.

"Irene dah dapat kerja! Isnin ni dah boleh mula bekerja." Ceritanya begitu teruja.

Lupa habis tentang kekusutan mahu menghadapi Jungkook pada hari mendatang apabila kerja di bawah satu bumbung.

Puan Bae senyum mendengar apa yang diberitahu anaknya.

"Tahniah sayang. Tak sangka kamu dapat kerja ni," ucap Puan Bae sambil mengusap bahu Irene penuh kasih sayang.

Senyuman Irene semakin lebar. Teruja benar dia mahu masuk kerja pada hari Isnin ini.

"Appa balik makan tengah hari tak hari ni?" soalnya ingin tahu.

Selalunya appa nya hanya makan di pejabat sahaja, jarang sekali pulang makan tengah hari di rumah. Tapi, hari ini dia sangat berharap appa pulang makan di rumah.

"Omma tak tahu pulak sebab appa tak ada cakap apa-apa pun. Kalau nak appa balik tengah hari ni, kamu pergilah telefon mintak appa balik." jawab Puan Bae.

Kepala di angguk beberapa kali tanda setuju dengan bicara omma nya itu.

Setelah itu dia menghilang diri.

Kepala Puan Bae menggeleng dengan gelagat anak perempuannya itu. Teruja benar ingin bekerja.

Televisyen di tutup tanpa mempedulikan mata yang sedang menonton di situ.

Kepalanya menoleh memandang Jungkook yang memandai menutup televisyen tanpa mempedulikan dia yang sedang menonton itu. Orang baru nak bahagia tonton televisyen hari cuti begini, ada pula yang mengganggu.

"Nak ajak aku gaduh ke?" dia menyoal dengan nada tidak puas hati.

Jungkook tidak mempedulikan soalan Taehyung, dia terus duduk tanpa rasa gentar. Setakat Taehyung menyoal begitu rasanya tiada apa perlu di takutkan.

"Apa hal kau ni? Ada masalah dunia ke? Sampai mengganggu sekali waktu tenang aku." Taehyung meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Lagi geram bila Jungkook buat muka selamba dengan soalannya.

"Mangkuk betullah kau ni. Tak nak cakap apa-apa tak payahlah tutup tv tu. Ish!" bebalnya semakin geram.

Tapi tidak pula dia hidupkan kembali televisyen itu.

"Kau dah buat panggilan pada Irene ke?" Akhirnya Jungkook buka mulut.

"Patutlah berat benar mulut tu nak bercakap. Rupanya soalan 'payah' sangat nak ditanya." Perli Taehyung sebelum memberi jawapan kepada soalan tersebut.

"Dah."

Senyuman Jungkook terukir puas hati dengan jawapan Taehyung. Sudah tiga hari sebenarnya dia minta Taehyung hubungi Irene, tapi asyik bertangguh saja kerjanya seperti syarikat itu dia yang punya.

"Lepas ni jangan tanya lagi soalan yang membosankan macam tu. Rimas aku dengar!" dia memberi amaran.

Jungkook sengih menampakkan giginya.

"Dari pendengaran kau, kau dengar suara dia macam mana bila tahu dia diterima kerja kat situ? Happy tak?" tampaknya Jungkook ingin mengetahui penerimaan Irene tentang kerjanya.

"Happy jugaklah aku dengar suara dia. Aku rasa dia sedikitpun tak cam suara aku sebab terlalu seronok. Ini kalau kau sendiri yang telefon pun dia tak perasan tau." Beritahunya.

Jungkook menggeleng.

"Tak naklah. Kang nanti elok nak bagi tahu dia dah dapat kerja tu, aku pergi melalut benda yang bukan-bukan pulak. Lagi haru nanti, silap-silap Irene terus tolak."

"Kau ni sejak bila tak profesional ni?"

Jungkook tidak menjawab.

"Kau orang dah tak hubungan apa-apa jadi rasanya tak ada istilah rindu atau sayang. Jadi, kau lepaskanlah perasaan sayang kau pada dia, dan biar dia cari seseorang yang mampu gembirakan dia sepanjang hidupnya." Nasihat Taehyung lagi.

Tanpa memberi apa-apa balasan Jungkook bangun terus ke dapur.

Taehyung memerhati tidak menegur.

"Takkan cakap macam tu sentap kot mamat ni. Tapi... Betullahkan apa aku cakap tadi, dia orang bukan ada apa-apa hubungan pun." Bicaranya perlahan.

Televisyen dihidupkan kembali. Dari melayan Jungkook lebih baik dia tengok drama. Seronok juga berdrama petang-petang begini. Hilang sekejap beban kerja yang setiap hari menghantui hidupnya.

Seketika kemudian Jungkook muncul dan berhenti betul-betul di hadapan televisyen, sekaligus menghalang Taehyung buat kali yang kedua.

Berkerut dahi Taehyung pandang Jungkook. Tadi baru saja dia tengok seronok tengok si hero memeluk si heroin. Datang pula Jungkook menghalang pandangannya.

"Apa lagi kau ni?"

"Kau kena tolong aku walau macam mana sekalipun."

Habis berkata begitu Jungkook terus berlalu naik ke biliknya.

"Hah? Nak aku tolong apa lagi kau ni? Jeon Jungkook! Kau janganlah bebankan aku, kerja kat pejabat tu pun tak pernah habis oi!" terjerit-jerit Taehyung memanggil Jungkook yang langsung tidak mempedulikan jeritannya.

Kenapalah aku perlu ada kaitan dengan budak bernama Jeon Jungkook ni? Soalnya dalam hati.

Drama yang sedang ditayangkan tidak lagi mampu menarik perhatiannya. Dia sudah runsing jika Jungkook memberikan dia tugas yang langsung pernah di fikir dia akan buat dalam hidupnya.

"Apa ke malang sangat nasib aku kawan dengan kau ni?" soalnya sendirian.

Tetapi, nasib baik juga Jungkook tidak mendengar kata-kata Taehyung itu. Kang merajuk pula Jungkook terasa hati dengan bicara Taehyung.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now