Taehyung mencapai sejambak bunga yang berada di atas meja makan lalu di bawanya ke pintu. Jambangan bunga itu di pandang beberapa saat sebelum dia tersenyum sendiri.
Pintu kereta di bukanya lalu dia masuk ke dalam perut kereta. Bunga tersebut diletakkan di tempat sebelah pemandu. Jam tangan di kerling, sudah tidak lama lagi waktu untuk bertemu dengan Irene. Hari ini dia akan keluar berdua lagi bersama gadis itu.
Pemanduan dimulakan.
"Eh, siapa pulak yang telefon aku ni?" Rungutnya apabila telefonnya berbunyi meminta di angkat.
Taehyung berhenti di tepi jalan. Dia tidak membawa earphone bersama, jadi terpaksalah dia berhenti di tepi.
"Kau nak apa ni Jungkook?" Soal Taehyung apabila talian di sambungkan.
"Kau kat mana?"
"Aku baru keluar nak jumpa Irene. Kenapa?"
"Oh, tak apalah kalau macam tu."
Panggilan di putuskan.
Taehyung letak telefon bersama jambangan bunga tadi. Dia kembali memandu. Risau jika dia tiba lewat dari yang sepatutnya.
Irene menikmati popcorn sementara menunggu cukup masa untuk masuk menonton wayang. Sudah agak lama dia tidak keluar menonton wayang, selalunya dengan Yeri mereka lebih suka berjalan cuci mata daripada duduk dalam panggung yang gelap itu. Tetapi, hari ini dia akan masuk panggung itu bersama Kim Taehyung.
Taehyung mengajak dia menonton wayang, takkanlah dia nak menolak dan mengajak lelaki itu shopping pula. Dengan Jisung bolehlah dia buat perangai macam-macam, Taehyung mana boleh. Keayuan itu harus dijaganya walaupun selalu terbabas apabila bersama Jungkook.
Lengannya di cuit ketika dia ralit memerhati sekeliling. Mereka berjalan perlahan masuk ke dalam panggung. Penuh berhati-hati dia melangkah, takut kalau tersilap pijak, jatuh berguling pula dia nanti kat dalam panggung ini. Sudah sah-sah dia akan menanggung malu besar. Jangan haraplah dia nak duduk dalam panggung lagi jika ianya berlaku.
Mereka mengambil tempat.
"Awak rasa cerita yang kita nak tengok ni best tak?"
Soal Irene berbisik.
Taehyung jongket bahu.
"Entah. Saya pun tak dapat nak teka, tapi tengok pada poster macam seronok cerita dia."
Irene toleh pandang Taehyung seperti tidak percaya. Bagaimana Taehyung boleh membuat kesimpulan dengan hanya melihat poster sesebuah movie itu sahaja. Posternya menarik belum tentu ceritanya menarik juga.
Pandangan Irene itu tidak disedari oleh Taehyung. Lelaki itu sibuk dengan telefonnya. Sementara ceritanya belum mula, bolehlah dia buka telefon sebentar.
Irene bersandar. Dia masih menikmati popcorn.
Ceritanya belum lagi bermula, tapi bertih jagung sudah hampir tinggal separuh dikerjakannya. Jangan kejap lagi mata dia terpejam dulu sudahlah.
Movie sudah mula. Masing-masing memberi perhatian. Berkerut muka Irene menontonnya. Sesekali kepalanya terangguk tanda faham apa yang cuba di sampaikan dalam cerita tersebut. Sesekali juga dia tertawa apabila ada babak yang menggelikan hatinya. Bukan setakat dia seorang, boleh kata semua orang tertawa.
Baru setengah cerita, popcorn Irene sudah habis semuanya. Kini mulutnya tidak boleh mengunyah apa-apa lagi. Minuman sahaja yang boleh di nikmati saat ini.
Tersenyum lebar Irene kerana dia tersangatlah berpuas hati dengan movie yang ditontonnya tadi. Memang terbaiklah cerita yang dipilih Taehyung. Tidak menyesal dia tidak membantah dengan pilihan Taehyung. Ia cukup menarik.
Selepas menonton, mereka pergi ke sebuah restoran pula. Mengisi perut selepas menonton wayang.
"Macam mana dengan movie tadi?"
Kepala di angguk teruja.
"Seronok sangat."
"Jadi awak suka?"
Kepala di angguk beberapa kali.
Taehyung menguntum senyum. Seronok apabila melihat Irene gembira seperti sekarang.
Sambil makan Irene dan Taehyung berbual panjang. Ianya tentang movie yang mereka tonton tadi. Selepas itu, bicara mereka melencong ke arah lain pula.
"Irene, Jungkook cakap awak sekarang asyik tekan dia untuk bagi tahu tentang perkara sebenar pada awak, betul ke?"
Irene angkat kepala lalu mengangguk sekali. Benda betul, takkanlah dia menidakkan pula. Lagipun, Taehyung sebut nama Jungkook, pastinya dia tahu daripada lelaki itu.
"Dia tak bagi tahu?"
Sekali lagi Irene menggeleng.
"Kalau macam tu tak payah ambik tahulah pasal tu. Benda pun dah lepas, kan." Penuh berhati-hati Taehyung menuturkannya.
Risau jika Irene tiba-tiba naik angin.
Kepala di geleng beberapa kali.
"Tak boleh. Saya tetap nak tahu apa puncanya hubungan kita orang terlerai. Dia perlu berterus terang pada saya kenapa, bukan biarkan saya tertanya macam sekarang."
Taehyung kunci mulut. Tiada niat mahu menyampuk.
"Awak kawan dia, boleh awak tolong saya pujuk dia untuk beritahunya kepada saya?" lirih kedengaran suara Irene ketika itu.
Taehyung diam tidak membalas atau memberi apa-apa kata janji, kerana dia pasti Jungkook juga tidak akan mendengar katanya. Dia tidak boleh memaksa Jungkook untuk berterus terang pada sesiapa pun.
Taehyung merapati Jungkook yang sedang duduk di bawah pokok. Dia ambil tempat bersebelahan dengan lelaki itu.
Dari sisi tepi wajah Jungkook di perhati tanpa bicara.
"Kau nak apa?" soal Jungkook.
"Tadi kan aku jumpa dengan Irene..."
"So?" pintasnya.
"Dia mintak aku bagi tahu kau yang kau patut beritahu dia sebab apa hubungan kau orang putus." Tenang Taehyung menyampaikan pesanan Irene.
Ikutkan hati dia tidak mahu masuk campur, tetapi kasihan pula dia pada Irene. Gadis itu seperti berharap.
Jungkook toleh pandang Taehyung.
"Aku tak nak cakap pasal tu."
Taehyung jongket bahu. "Aku cuma sampaikan apa yang Irene mintak aku sampaikan untuk kau. Itu aje. Sama ada kau nak bagi tahu dia ataupun tak, itu hak kau."
Taehyung tepuk bahu Jungkook.
"Aku masuk rumah dulu. Kau jangan duduk lama-lama sangat kat sini. Takut nanti ada apa-apa pulak." Taehyung senyum dan masuk ke dalam.
Jungkook tidak membalas. Dia paling pandang ke depan. Ingatannya berlegar ke penyebab dia memutuskan hubungan dengan Irene.
"Please, Irene. Jangan tanya saya soalan tu lagi." Ucapnya perlahan.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
Fiksi PenggemarPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡