BAB 25

30 3 24
                                    

Beg tangan yang diberikan Taehyung di ambilnya lalu membeleknya beberapa kali. Dia teringat kembali saat Taehyung memberikannya kepadanya.

Dia bersila atas katil seraya merenung beg tangan tersebut. Terasa bersalah pula tidak mampu memberi apa-apa harapan pada Taehyung. Bukan dia tidak mahu mencuba, tapi dia tidak mampu untuk melakukannya jika nama orang itu masih tersemat kemas di hatinya. Untuk menyingkirkannya juga bukanlah benda mudah.

"Tapi, betul ke si Taehyung tu nak try aku? Ke aku aje yang perasan fikir macam tu?" Irene tertanya-tanya.

Tapi, jika bukan itu maksud Taehyung jadi apa maknanya memberikan dia beg tangan dan beg tangan sebelum ini. Dengan bunga segala semasa mereka keluar bersama dulu. Adakah memang benar Taehyung sedang meletakkan harapan padanya, dan mengharap dia akan membalasnya suatu hari nanti?

Bibir di ketap tidak pasti. Buntu pula fikir tentang perkara sebegini. Sudahlah Taehyung kawan baik kepada Jungkook, takkanlah Taehyung sanggup bercinta dengan bekas kekasih kawannya sendiri.

"Eh! Lantaklah Taehyung nak suka siapa pun, mana ada kena mengena dengan si Jungkook tu. Siapa yang suruh dia lepaskan dulu, kan."

Dia segetkan kepala.

"Tapi persoalannya sekarang, aku nak ke kat Taehyung tu? Boleh ke aku lupakan Jungkook? Dia sekarang tengah menagih kembali cinta aku, tapi tak nak bagi tahu apa sebab dia lepaskan aku." Dia mencebik menyampah pula.

"Eh! Aku mana boleh sayang sangat kat mamat tu, dia dah lepaskan aku takkan nak simpan sayang lagi." Tambahnya lagi.

"Woi, dah buang tabiat cakap sorang-sorang?" teguran Jisung menyentakkan Irene yang asyik berperang dengan perasaan sendiri.

"Tak reti nak ketuk dulu ke pintu tu?" soalnya kembali.

"Alah, tengok noona cakap sorang macam orang gila takkan nak ketuk lagi."

Irene gulingkan mata ke atas.

"Nak apa?" soalnya garang.

"Marah pulak. Orang risau tengok noona cakap sorang-sorang ni. Takutlah kena sampuk ke ke apa." Usulnya.

"Tak adanya kena sampuk. Pergilah keluar, jangan ganggu noona. Perasaan tengah kacau ni." Halau Irene.

Rimas pula orang datang mengganggu di saat sedang melayan perasaan sendiri. Otak tengah nak mempertimbangkan perasaan pada dua orang lelaki sekarang ni. Mengganggulah pula Jisung datang tanya itu ini.

Nak tanya-tanya esok pun boleh. Hari ni dia nak sendirian fikir apa yang baik apa yang buruk.

Jisung jelir lidah pada Irene, tanpa makan saman Jisung duduk di birai katil.

Irene baring dan mengelupur seperti orang gila.

Automatik Jisung berdiri. Dan secara automatik juga Irene berhenti mengelupur lalu pandang Jisung.

"Pergi cepat." Arahnya.

Kali ini Jisung mendengar kata. Tanpa sepatah kata dia keluar dari situ. Pelik juga dengan gelagat kakaknya sebentar tadi.

Sebaik saja Jisung keluar, Irene bangun dan kunci pintu. Tidak mahu dia di ganggu lagi.

"Okey Irene, kita mulakan balik."

Nafas di tarik dan dilepas lembut.

Sekali lagi Irene mengajak Jungkook keluar untuk bertemu, tetapi kali ini Irene terus menghubungi Jungkook. Tiada mesej seperti sebelum ini. Selagi dia tidak tahu apa sebabnya hubungan mereka terlerai, hidupnya bagaikan tidak tenteram.

Irene mengetuk-ngetuk meja bosan menunggu kehadiran lelaki itu. Entah apalah yang membuatkan Jungkook begitu lambat sekali. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di situ.

Kelibat Jungkook akhirnya kelihatan pada penglihatannya. Dia mengecilkan mata saat Jungkook duduk dengan selamba di hadapannya. Sudahlah sedikitpun tidak memohon maaf atas kelewatannya. Boleh pula dia main dengan telefon sedangkan dia terpacak di depannya.

Irene bertindak merampas telefon itu dan letak atas meja dengan kasar. Jungkook tidak terkejut, dia sekadar buat muka biasa tanpa rasa bersalah. Siap boleh panggil pelayan pesan minuman dan makanan lagi.

"Awak dah order makan?"

"Saya tak nak makan. Awak makanlah sorang-sorang." Balasnya keras.

Jungkook jongket bahu.

"Kenapa lambat?" Irene terus sahaja menyerang setelah pelayan meninggalkan meja.

"Maaflah saya tertidur tadi."

Sebenarnya ikutkan hati dia tidak mahu pun datang ke sini bertemu Irene, tetapi atas desakan Taehyung, dia datang jugalah. Walhal dia tahu mengapa Irene mahu bertemu empat mata dengannya.

"Okey, saya tak nak berbalah dengan awak. Sekarang saya cuma mintak awak jelaskan aje kenapa awak putuskan hubungan kita." Irene berbicara lembut, tetapi dalam lembutnya masih ada ketegasan.

Jungkook berdecit.

"Kalau pasal tu awak nak sangat saya datang sini baik saya balik. Bosanlah asyik benda yang sama aje ulang. Kan saya dah cakap saya takkan bagi tahu awak pasal tu, kenapa awak tak boleh faham benda tu. Susah sangat ke bahasa yang saya guna sampai awak langsung tak mampu nak faham." Muka Jungkook kelihatan tegang ketika membalasnya.

"Hei! Awak yang buat saya tertanya macam ni, kenapa pulak awak nak marahkan saya. Siapa yang suruh awak cakap dulu?!" Suaranya tidak meninggi tetapi Jungkook dapat merasakan Irene mula hilang sabar.

"I don't care. Saya tetap takkan bagi tahu pada awak apa-apa. Jangan memaksa saya macam ni, Irene."

Perbualan mereka terhenti. Minuman Jungkook terhidang.

"Apa yang susah sangat nak cakap?"

"Memang tak susah tapi saya tak nak cakap. Awak kena hormat keputusan saya."

"Oh, hormat? Tapi benda tu ada kena mengena dengan saya tau. Awak tak boleh rahsiakannya."

Jungkook tarik nafas. Entah apa susah sangatlah Irene nak faham.

"Saya takkan cakap. Kalau tak ada lagi awak boleh balik. Jangan risau, saya akan bayar lepas saya makan nanti." Arah Jungkook tanpa mempedulikan perasaan Irene ketika itu.

Irene ketap gigi. Geramnya semakin membara. Marahnya sudah hampir ke muncak. Tapi, dia sedar mereka sedang berada di tempat awam. Takkan dia sudah hilang akal mahu menengking Jungkook di hadapan orang ramai. Nanti susah pula jika ada sesiapa yang merekodnya dan menyebar kepada orang ramai. Malulah keluarganya nanti. Air muka perlulah di jaga dengan baik. Maruah dia dan keluarga dia tidak boleh diperlekehkan.

"Kenapa awak degil sangat hah?!" nada suara Irene kedengaran cukup tegas tetapi masih direndahkan suaranya.

Makanan Jungkook pula tiba. Selepas mengucapkan terima kasih, Jungkook terus makan. Sedikitpun dia tidak endahkan Irene yang semakin membara di hadapan.

Mata di kecilkan memandang si lelaki seorang itu. Sakit benar hati dia bila Jungkook bersikap acuh tak acuh sahaja dengan pertanyaannya tadi.

Irene hentak meja agak kuat, lalu dia bangun pergi. Makin sakit hati bila tengok Jungkook makan penuh berselera sedangkan dia seperti orang bodoh meminta lelaki itu memberitahu perkara sebenar.

Senyuman Jungkook terukir. Terasa seperti menjadi pemenang apabila Irene berangin begitu.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now