Beg sandangnya dicapai lalu digalasnya. Dia keluar bersama Yeri dari dewan belajar itu setelah habis waktu belajar. Mereka sama-sama pergi ke kafe untuk menjamah terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas terakhir untuk hari ini.
Sudah tiga bulan hubungannya dengan Jungkook berakhir. Pada pandangan Yeri, Irene sepertinya sudah dapat menerima dengan hati yang terbuka tentang pengakhiran hubungan mereka. Tetapi, hakikat yang tiada sesiapa yang tahu, waktu tidak mempunyai apa-apa aktiviti fikirannya asyik melayang teringat Jungkook entah sudah pindah tinggal di mana. Ada juga dia dengar Jisung memberitahu yang Jungkook pergi ke luar negara menyambung pelajarannya setelah dua tahun lebih bekerja dengan appa nya.
Selesai membeli, Irene pergi ke meja yang menjadi pilihannya menunggu Yeri datang.
Seketika kemudian Yeri datang dengan sepinggan makanan penuh. Terbeliak mata Irene melihat makanan yang penuh didalam pinggan Yeri itu.
"Sejak bila kau bela saka?" Spontan soalan itu terpacul dari bibirnya.
Yeri yang mendengar menjongketkan kening. Pelik dengan soalan tiba-tiba Irene itu.
"Tengoklah makanan yang penuh satu pinggan tu. Ke betul ke kau sekarang dah bela saka?" seselamba badak Irene membuat tuduhan terhadap Yeri.
Yeri tunjuk penumbuk kecilnya itu tepat pada muka Irene. Tangan memanglah kecil saja, tapi sempat merah jugalah dua tiga hari.
"Cakap baik sikit. Aku ni lapar gila tau. Yalah, daripada pagi aku tak makan sebab terbabas bangun lewat hari ni." Dia menjeling Irene penuh geram.
Irene tersengih.
"Itulah kau degil bila aku suruh tidur awal kau tak nak. Nak tengok juga lima episod drama. Padanlah dengan muka kau hari ni," dia tertawa kecil.
Terasa kelakar pula lihat muka 20sen Yeri.
"Kau ada pun tak ada makna nak kejutkan aku bangun." Satu jelingan di berikan kepada Irene yang sudah menjegilkan mata.
"Cakap baik sikit. Aku dah kejut tapi kau yang minta lima minit, jadi aku dengan baik hati biarkan saja kau tidur sampai kau bangun sendiri." Satu senyuman mengejek dihadiahkan buat Yeri yang sudah mula makan.
Yeri buat tidak endah dengan jawapan Irene itu.
"Tapikan, drama tu tentang apa? Sampai sanggup tidur lewat nak tengok walaupun sedar hari ni ada kelas." Soalnya ingin tahu.
"Tentang cintalah. Kau pun tahukan jiwa akukan sejenis yang jiwang sikit, memang sukalah drama macam itu."
Irene mengeluh perlahan dan menggulingkan mata ke atas.
"Aku tahulah tentang cinta. Tapi cerita cinta tu yang sebagaimana."
"Cerita lebih macam kau juga. Cuma bezanya lelaki dalam drama tu putuskan hubungan sebab dia nak kahwin dengan perempuan lain. Yang situasi kau pula, Jungkook tu putuskan hubungan sebab nak kau fokus pada pelajaran kau. Baik kan dia tu," puji Yeri sambil menikmati makan tengah harinya.
Senyuman Irene semakin pudar apabila Yeri menyebut nama Jungkook setelah lama dia tidak mendengar sesiapa menyebut nama itu. Dia terfikir akan kata-kata Yeri sebentar tadi.
Baik? Baikkah Jungkook memilih memutuskan hubungan mereka kerana memikirkan tentang pelajarannya. Jadi, baik jugakah tindakannya memutuskan hubungan tanpa berbincang apa-apa dengannya. Entah, dia tidak pasti apa harus dilabelkan pada tindakan Jungkook padanya itu.
Yeri yang perasan akan perubahan Irene pantas menukar topik.
"Eh, kenapa lambat sangat kau ni nak makan sebiji roti tu pun. Tengok ni, aku yang makan penuh sepinggan pun dah tinggal separuh. Kau makan roti suku belum lagi," bebelnya sengaja dibuat bagi menarik perhatian Irene.
Tangan yang sedang memegang roti di bawa ke mulut perlahan. Sedikit demi sedikit dia menjamahnya. Hilang segala selera makan apabila teringatkan lelaki bernama Jeon Jungkook. Rindunya pada lelaki itu tidak pernah berkurang walaupun saat satu ketika dia bertegas pada hati dan perasaan mengatakan dia begitu bencikan Jungkook.
Badannya dibaring ke atas katil sambil menarik nafas lalu dilepas perlahan.
Yeri juga ikut membaringkan tubuh ke atas katilnya yang bersebelahan. Tetapi, tidak lama kemudian Yeri bangun bangun dari pembaringan.
"Aku mandi dulu erk?" Yeri pandang ke arah Irene.
Tanpa sepatah kata Irene menganggukkan kepala.
Beberapa minit kemudian Yeri hilang dari pandangan. Irene lantas duduk di atas katil lalu mengambil bantal yang menjadi temannya sepanjang berada di sini. Sebelum melakukan apa-apa, mata Irene terarah pada pintu bagi memastikan Yeri benar-benar sudah tiada di situ.
Apabila sudah yakin yang Yeri sudah benar-benar sudah hilang di balik pintu. Zip sarung bantal pantas di bukanya. Sekeping gambar dikeluarkannya dan ditatapnya dengan penuh kerinduan.
Matanya sudah bertakung dengan air mata. Bibir diketap menahan dari tangisan. Setiap kali melihat wajah lelaki ini, hatinya bakal menjadi begitu rapuh sekali. Buatlah bagaimana sekalipun, pasti dia tidak dapat menahan air mata saat menatap wajahnya.
"Awak, saya rindu... Kenapa awak perlu titik noktahkan hubungan kita? Saya nak tahu apa sebab hubungan kita terpaksa diputuskan." Hatinya merintih rindu pada lelaki itu walaupun hanya pada sekeping gambar sahaja.
Air mata tidak mampu ditahan lagi, dibiarkan mengalir membasahi pipi. Sesekali Irene menyapu air mata daripada terus mengalir.
Wajah Jungkook didalam gambar diusapnya penuh kasih dan cinta. Setitis demi setitis air mata mula membasahi gambar tersebut.
Hujung mata menangkap pergerakan pintu pantas memasukkan kembali gambar ke dalam sarung bantalnya. Pantas juga air mata dihapuskan kerana tidak mahu Yeri menyedarinya. Tetapi, rakannya itu lebih tangkas menangkap perubahan yang sedang berlaku kepada Irene. Tanpa menunggu lama, dia menerpa ke arah Irene lalu menyentuh bahu itu kejap.
"Kenapa kau menangis ni? Aku minta maaf kalau kata-kata aku tengah hari tadi telah buat kau teringatkan dia. Bukan niat aku nak buat kau sedih macam ni," ucapnya dengan perasaan bersalah.
Irene pantas menggeleng dan memberi satu senyuman walau tidaklah manis dipandang ketika itu. Tetapi dia cuba untuk mengukir senyuman.
"Tak adalah. Kau tak bersalah pun. Aku aje yang mengada menangis segala." Irene bangun dan mencapai tualanya lalu mengambil pakaian.
"Aku nak mandi pula." Setelah itu Irene menghilangkan diri.
Jangan lupa vote dan komen
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanficPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡