BAB 6

54 7 14
                                    

Irene dan Yeri menarik bagasi masing-masing masuk ke dalam kawasan Universiti mereka. Tertawa kecil Yeri apabila Irene memberitahu yang Jisung menangis saat dia sudah mahu bertolak. Menangis seperti pertama kali mereka berpisah, sedangkan ini sudah masuk semester akhir.

Tawa masing-masing terhenti bila kedengaran suara seseorang lelaki dari arah belakang. Langkah juga di hentikan mereka menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sangat dikenali menghampiri mereka berdua.

Irene mengerling sedikit ke arah Yeri.

"Baru sampai ke?" soal lelaki ketika sudah berdiri tidak jauh.

Mereka mengiakan saja.

"Kenapa awak kat sini? Takkan semata nak tanya tu kan," Yeri bersilang tangan.

Taehyung menguntum senyum dan hulur tupperware pada Irene.

Irene tidak menyambut huluran tersebut, sekadar memandang Taehyung dengan kerutan.

"Ambillah, ini saya buat bibimbap untuk awak berdua. Nanti makanlah," Taehyung masih tidak jemu menghulurkannya kepada Irene.

Perlahan Irene mengambilnya daripada Taehyung. Dia mengukir senyum untuk lelaki yang tidak kedekut dengan senyuman itu.

"Terima kasih. Nanti saya dengan Yeri makan ni," ucapnya seraya menoleh ke arah Yeri sekilas.

Yeri senyum dan angguk mengia kata-kata Irene. Lagipun, takkanlah nak di bazirkan sahaja makanan pemberian orang ini. Rezeki jangan di tolak.

Taehyung menoleh ke arah keretanya yang terparkir tidak jauh dari tempat mereka berdiri beberapa ketika.

"Saya rasa nak mintak diri dulu. Banyak benda nak di uruskan sekejap lagi. Jumpa lagi nanti, jangan lupa makan. Kasihan saya kalau awak berdua tak makan." Pesannya sebelum berlari anak melintasi jalan pergi ke keretanya.

Irene mengumam sahaja.

Yeri cuit tangan Irene dan memberi isyarat untuk beredar.

"Baik pulak si Taehyung tu datang sini nak bagi kita bibimbap ni. Ke..." Yeri tidak menyambung.

Irene angkat kening sebelah.

"Entah-entah si Taehyung tu nak try kau tak. Manalah tahukan, Jungkook dah tak nak, dia nak cuba nasib."

Irene buat muka tidak percaya dengan apa dia dengar. Malas mahu melayan tebakan yang langsung tidak boleh di terima itu, Irene berlalu pergi dengan tupperware di tangan. Lagipun, kata-kata Yeri itu terlalu pedih untuk dia menerimanya.

'Jungkook dah tak nak.' patah perkataan ini mula berulang di dalam kepala.

Nasib baik dia ingat Yeri ini kawan baiknya, jika tidak memang hari ini akan menjadi hari terakhir mereka berjalan bersama dan menjadi sahabat.

Tabah benar dia dengan mulut pakai lepas Yeri ini. Langsung tidak boleh menjaga perasaan dia yang masih lagi lembut.

Komputer riba yang menyala di biarkan tanpa di sentuh. Dia sudah jauh termenung sehinggakan kerja yang dilakukan di biarkan sahaja.

Yeri mengerling ke arah Irene seraya menjongketkan kening. Hairan dia dengan gelagat Irene seminggu dua ini, ada saja nak dilamukannya. Kadang-kadang dalam kelas pun Irene masih boleh mengelamun entah fikirkan apa. Sampaikan dimarahi beberapa kali.

Ehem!

Tiada tindak balas atau menguit sedikitpun. Masih sama seperti tadi.

"Irene? Oh Irene?" panggilnya sambil bangun menghampiri gadis itu.

"Rene!" Yeri menguatkan suara serentak menyentuh bahu Irene.

Terjongket bahu Irene apabila disentuh begitu dan di panggil.

Berkerlip-kerlip matanya memandang Yeri dengan muka tertanya-tanya.

"Kenapa? Kau nak apa-apa ke?" soalnya ingin tahu.

Yeri tidak segera membalas, sekadar menggeleng kepala beberapa kali.

"Kau tu yang kenapa? Asyik mengelamun aje kerja kau sekarang. Fikir apa... Tak, maksud aku fikirkan siapa." Tegas suara Yeri kedengaran pada pendengaran Irene.

Irene mengeluh perlahan dan menggelengkan kepala sekali.

"Tak ada apa-apalah. Tak perlu risau,"

Dia memilih tidak bercerita apa-apa walaupun Yeri adalah sahabat baiknya. Kadang-kadang kita perlu merahsiakannya tanpa perlu bercerita, walau sahabat sendiri pun.

"Terpulanglah pada kau tak nak cerita pada aku apa pun masalah yang kau ada. Tapi, boleh tak benda tu semua tolak tepi dulu. Kita sekarang berada di semester akhir, tak lama lagi dah nak exam pulak. Janganlah kau 'pergi jauh'sangat." pesan Yeri yang kian risau dengan tindak tanduk Irene yang kurang memberi perhatian pada pelajarannya.

Dia mengangguk tanda faham dengan nasihat Yeri itu.

"Dahlah, aku nak sambung buat kerja ni. Kau pergilah siap kerja kau tu, kang kerja kau pulak yang tak siap." Pandangan Irene beralih pada komputer ribanya.

Yeri mencebik. Datang ke sini konon mahu memberi nasihat, tapi tidak pasal dia pula yang kena balik.

Irene menaip sesuatu tanda dia sudah memberi tumpuannya pada kerja yang tergendala sebentar tadi. Fikiran yang asyik nak melayang jauh segera dia tepis.

Benar kata-kata Yeri tadi. Mereka sudah berada di semester akhir, jadi perhatian harus diberi sepenuhnya pada pelajaran. Takkanlah dia mahu mengecewakan omma dan appa yang meletakkan harapan tinggi padanya.

"Okey, Irene. Tak ada apa kau patut fikir pasal dia lagi, dia sendiri pun dah tak ingatkan kau lagi. Takkan kau bodoh sangat nak ingat dan rindukan dia, kan?" ucapnya pada diri sendiri.

Tapi persoalannya kini mampu ataupun tidak dia melupakan lelaki itu? Mampukah dia membuang lelaki dari hidupnya, setelah sekian lama dia bertapak di hati?

Irene pejam mata seraya menggelengkan kepala. Biarlah masa yang berjalan menentukan segalanya buat masa sekarang. Masih banyak perkara boleh dilakukan daripada memikirkan tentang perasaan.


Finally dapat jugak tulis part ni setelah bertarung dengan idea cerita lain 😂 dan maaf jugak part ni pendek. Idea kurang.
Apa-apapun jangan lupa vote dan comment tau.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now