Kaki menapak perlahan melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Sebenarnya dia tengah berdebar hebat dan tertanya-tanya ke mana harus dia pergi terlebih dahulu sebelum mulanya kerja di sini.
Dia mengatur langkah mendekati seorang wanita yang kelihatan seperti peramah orangnya.
Irene gigit bibir sendiri kerana terlalu gementar.
Wanita itu mengangkat muka bila terasa ada seseorang berdekatan dengan tempatnya. Dia menguntum senyum saat bertembung mata dengan gadis yang tidak pernah di lihatnya sepanjang empat tahun sudah bekerja. Jadi, dia pasti gadis itu adalah orang baru di sini.
"Ya? Ada apa-apa saya boleh bantu?" tanyanya dengan nada lembut.
"Urm... Saya pekerja baru kat sini. Jadi... Apa saya patut buat?"
Dia benar-benar tidak tahu apa harus dilakukan untuk pertama kalinya. Jadi dia buat rasa malu bertanyakan kepada wanita tersebut.
Wanita itu tersenyum. Kan betul tekaannya tadi.
Dia bangun.
"Saya Tiffany. Awak?" dia kenalkan diri seraya menghulurkan tangan.
Irene menyambut huluran tangannya kelam kabut.
"Saya Bae Joohyun, tapi panggil aje Irene."
"Okey Irene, awak duduk sekejap di sana. Biar saya pergi jumpa dengan Tuan Jeon beritahu tentang kehadiran awak." Beritahunya.
Irene mengangguk.
Dia duduk di tempat yang di katakan tadi. Wanita yang bernama Tiffany tadi sudah menghilangkan diri.
Tuan Jeon? Maknanya itu uncle Jeon lah kan. Kalau Jungkook mesti guna encik memandangkan dia anak kepada uncle Jeon, bisik hatinya sendiri.
Dalam masa yang sama dia menarik nafas lega. Tidak perlu dia bertemu dengan Jungkook pada hari pertama bekerja di sini.
Beberapa ketika kemudian Tiffany datang menghampiri.
"Tuan Jeon mintak awak tunggu sebentar kerana ada sesuatu yang baru di selesaikan terlebih dahulu." Beritahunya sama dengan apa bosnya memberitahu dia tadi.
Irene mengangguk faham.
Sedang dia menunggu di situ, hujung mata menangkap kelibat Jungkook dan Taehyung di situ. Mukanya berkerut, matanya membuntang apabila dua lelaki yang sangat dikenali sudah berada di situ. Fikirnya Jungkook lebih awal tiba ke pejabat.
Irene mengalihkan pandangan ke arah lain dan mengharapkan dua lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya.
Tetapi...
"Eh, Irene?" teguran daripada lelaki yang menghadiahkan beg tangan kepadanya.
Mata dipejamkan rapat-rapat. Ikutkan dia nak buat-buat bodoh saja, tapi rasa macam bersalah pula nak buat-buat tidak dengar pun. Lambat-lambat dia menoleh, senyuman juga pantas di berikan kepada kedua lelaki itu.
Pandangan Irene lebih terarah pada Taehyung, dia jika boleh tidak mahu menoleh ke arah Jungkook walaupun dia dapat merasakan Jungkook sedang merenungnya.
"Awalnya sampai."
"Yalah, kan hari pertama." Irene beri jawapan ala kadar.
Jungkook pandang Irene buat seketika dan berlalu pergi.
Taehyung sekadar memerhati. Dia kembali memberi perhatian kepada Irene.
"Selamat datang. Harap-harap awak sukalah kerja dekat sini," ucap Taehyung mengalu-alukan kehadiran Irene di sini.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡