BAB 5

58 5 4
                                    

Punggung di labuhkan ke atas kerusi yang berdekatan dengan taman permainan. Sementara menunggu Jisung membelikan aiskrim untuknya, dia memerhati kanak-kanak sedang berseronok bermain. Walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain, mereka masih mampu bermain bersama tanpa berasa kekok sedikitpun. Itulah untungnya menjadi kanak-kanak.

Dia menguntum senyum ketika melihat seorang kanak-kanak perempuan bertocang satu dalam anggaran tiga ke empat tahun berlari anak. Tergeleng kepala Irene saat melihat dia melarikan diri daripada ditangkap orang tuanya.

Bahunya di tunjal perlahan menarik perhatiannya. Kelihatan Jisung memegang dua aiskrim. Aiskrim berperisa strawberi di gapainya dengan sengihan. Bukan selalu dapat menikmati aiskrim sekarang sejak meningkat dewasa.

Jisung duduk bersebelahan dengan Irene sambil menikmati aiskrim berperisa coklat.

"Kali pertama kita keluar berdua macam ni. Kalau tidak, mesti ada Yeri noona sama-sama sebab dia seorang je ada lesen memandu masa tu. " Jisung tertawa sendiri mengenangkan Yeri yang terpaksa menjadi pemandu mereka berdua.

Irene terikut ketawa sama.

"Noona okey ke?"

Tawa Irene sudah berhenti, kini hanya kerutan sahaja yang terukir. Tidak faham dengan maksud soalan yang diutarakan Jisung itu.

"Yeri noona ada bagi tahu yang baru-baru ni noona dengan Yeri noona terserempak dengan Taehyung hyung." Ucapnya apabila melihat riak Irene jelas tidak memahami maksudnya tadi.

Pandangan Irene terarah ke arah kanak-kanak masih bermain. Sesekali aiskrim di dekatkan pada bibir.

Jisung senggol lengan Irene dan jongket kening.

"Noona okey je. Tak ada apa-apa masalah walau berjumpa dengan Taehyung tu." Tenang Irene memberi jawapan.

"Ye ke? Tapi, Yeri noona cakap noona macam menggelabah bila jumpa Taehyung hyung masa tu. Mesti noona risau kalau mata tu ternampak Jungkook hyung, kan?" Jisung tersenyum senget.

Irene kerut dahi.

"Tak adalah. Lagipun, noona dengan Jungkook kan dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Apa yang nak risau sangat," berlagak sungguh cara dia menjawab bagaikan dia benar-benar tidak kisah jika bertentang mata dengan Jungkook.

Jisung mencebik tidak percaya. Dalam keadaan sekarakang, dia lebih mempercayai kata-kata Yeri daripada kakak sendiri. Nampak sangat kakaknya sekadar menipu dirinya.

Irene menghabiskan aiskrim di tangan lalu mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Dia menghalakan telefon ke arah Jisung.

"Tak payah cakap pasal benda tu. Sekarang apa kata Jisung senyum dan pose cepat, noona nak tangkap." Arah Irene.

Tidak menunggu lama dengan penuh bergaya Jisung memandang ke arah kamera telefon kakaknya itu.

Jisung mengambil telefon itu daripada pegangan Irene. Giliran Jisung pula ambilkan gambar untuk kakaknya, setelah itu mereka bergambar berdua.

Usai bergambar, Jisung berdecit melihat salah satu gambar mereka berdua di mana Irene sengaja menjulingkan matanya.

"Tahulah cantik, tapi tak perlulah sampai nak julingkan mata tu. Apa, dah bosan sangat ke jadi cantik?"

Bahu di angkat dengan gaya berlagak.

"Sekali sekala jadi tak lawa sikit, apa salahnya. Tapi, buat macam tu pun still nampak cantik tau." Sombong benar jawapan Irene itu sehinggakan Jisung sudah buat gaya seperti mahu termuntah.

Lagak Jisung yang mahu termuntah itu membuat Irene tertawa. Kelakar dia melihat Jisung buat begitu.

Untuk seketika mereka diam. Kesempatan itu Irene guna untuk menikmati pandangan sekeliling dan Jisung pula menghabiskan aiskrim di tangan.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now