Bab 33

39 4 11
                                    

Enjoy!

Seminggu dia tinggal di rumah keluarga Yeri, hari ini dia akan pulang ke rumah keluarga sendiri. Dua hari lepas keluarganya datang memujuk dia untuk pulang, tapi memandangkan omma juga ada bersama, dia langsung tiada hati mahu mengikut sama. Jadi, dia ambil keputusan untuk pulang sendiri sahaja, memandangkan dia memandu kereta sendiri.

Langkahnya pantas apabila masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak mahu bertembung dengan omma. Jika boleh dia tidak mahu bertentang mata dengan omma. Hatinya masih terluka dengan apa sudah terjadi. Bukan mudah bagi melupakan apa sudah berlaku, lagi-lagi ia membabitkan omma sendiri.

Di tengah tangga dia bertembung dengan adiknya. Mendadak dia berhenti melangkah. Irene urut dada, terkejut melihat adiknya yang dia fikirkan itu adalah omma. Tanpa sebarang bicara, Irene sambung melangkah naik ke bilik.

Jisung sekadar memandang. Dia tidak mahu mengganggu kakaknya yang baru pulang itu.

Pintu bilik di pastikan kunci. Tidak mahu omma datang ke biliknya. Bukan nak jadi anak yang tidak baik, tetapi jujur dia belum bersedia mahu bertentang empat mata dengan omma.

Nak tinggal lama-lama di rumah Yeri pun sudah terasa serba salah walaupun keluarganya tidak kisah langsung dengan kedatangannya. Lagipun esok dia sudah perlu masuk kerja seperti biasa, memandangkan cutinya sudah habis.

Sekarang dia mula rasa risau akan pandangan rakan sepejabatnya esok. Entah apa mereka akan fikir tentang dia. Sudahlah cuti lama begini, pasti ada yang akan berasa tidak puas hati padanya. Satu lagi, dia sudah fikir bagaimana banyaknya kerja yang dia tinggalkan sepanjang bercuti ini.

Bila sudah malam, Irene mula rasa bosan terperuk dalam bilik. Nak keluar dia tidak rasa itu suatu cadangan yang baik. Sejak dia pulang ke rumah tadi, sudah beberapa omma naik memanggil dia, tapi tidak pula dia mempedulikan walau sekali panggilan tersebut. Rasa bersalah, tapi dia terlalu terluka dengan kesalahan omma telah lakukan padanya.

Appa dan Jisung tidak pula ada datang memanggil. Mungkin mereka memahami keadaan saat ini.

Dia yang sedang berbaring pantas bangun mencapai telefon yang berbunyi pendek, menandakan ada mesej yang diterima.

Dan ianya daripada adiknya, Jisung.

Jisung:
Jisung ada belikan makanan, nak makan sekali tak? Kalau nak bukalah pintu, kita makan sama-sama. Berdua.

Irene:
Okey tunggu kejap noona buka pintu tu. Jisung tunggu sekejap ehh..

Usai membalas, Irene nyalakan lampu. Tadi dia sekadar menyalakan lampu malap sahaja.

Adik dia ni memang bagus, macam tahu-tahu saja kakak dia ni tengah tahan lapar dari tadi. Kalau Jisung tidak mengajak dia makan tadi, terpaksalah dia turun juga ke bawah cari makan sendiri.

Pintu bilik dibukanya perlahan. Dia dengar Jisung mengetuk.

Senyumannya terukir bila Jisung memandang dan masuk.

Jisung tutup pintu dan kunci seperti awal kakaknya buat. Dia faham yang Irene belum bersedia untuk bertemu dengan omma mereka. Lagipun, appa yang minta dia keluar beli makanan dan makan bersama Irene di bilik.

Mereka duduk tengah-tengah bilik yang luas tanpa barang itu. Jisung keluarkan makanan dari plastik. Dihulurkan pada Irene. 

"Terima kasih." Ucapnya seraya mengambilnya.

Jisung senyum. Dia suka bila lihat kakaknya baik-baik saja begini. Fikirnya kakaknya akan mengurung diri tanpa menjamah apa-apa makanan pun. Tapi bila lihat senyuman Irene, dia tahu kakaknya tidak begitu sedih seperti awalnya.

"Appa yang suruh Jisung beli semua ni kejap tadi. Omma tak nak masak sebab noona tak keluar bila dia panggil tadi. Merajuk," beritahu Jisung sambil menjeling kakaknya untuk melihat reaksinya.

"Beli untuk appa tak?"

Sekadar soalan itu saja keluar dari mulut Irene. Sedikitpun tidak bertanya tentang omma. Nampak sangat Irene masih marah pada perbuatan omma mereka. Tapi, kalau dia pun pasti akan marah juga.

"Appa tengah makan dekat bawah."

"Seorang?"

Jisung angguk.

"Kenapa tak temankan aje appa makan dekat bawah tu? Noona boleh makan seorang kat sini."

"Appa suruh Jisung naik makan dengan noona. Noona mesti bosan kan duduk berkurung dalam bilik aje sehari ni kan?"

Irene pantas angguk sambil buat muka sedih.

"Nasib baik esok dah masuk kerja balik. Tak adalah noona mati kebosanan dalam bilik ni esok-esok."

Jisung senyum lagi. 

"Makanlah. Mesti noona nak tidur awal kan malam ni, esok dah nak mula kerja balik."

Dia mengangguk sekali. Mereka sama-sama menjamah makanan masing-masing.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now