Saat ini seperti sahaja dia terjah masuk ke dalam bilik Jungkook dan memaki lelaki itu habis-habisan. Mana tidaknya, tempat dia hanya 15 langkah selepas keluar dari bilik Jungkook.
Tadi dia sempat juga bertanya kepada staf perempuan yang di panggil Jungkook itu bertanya mengapa dia perlu datang ke sini untuk menunjukkan tempat, sedangkan ia sangat hampir dengan biliknya sendiri.
Gadis itu sendiri tidak mempunyai jawapan tentang soalannya itu.
Sudahnya dia mula melakukan kerja ketika salah seorang pekerja senior datang memberikan tugas dengan sedikit tunjuk ajar daripadanya. Pekerja terdekat sudah memberi lampu hijau kepadanya untuk bertanya jika tidak faham apa harus di lakukan selepas itu.
Nasib baik pekerja kat sini baik-baik semua, kalau tidak memang aku serbu bilik kau dan maki tau! Getus Irene dalam hati.
Dalam Irene sedang fokus dengan kerja pertamanya, mejanya di datangi seseorang. Dan jelas, orang itu merupakan seorang lelaki melihat pada pakaiannya.
Irene mendongak. Sesaat kemudian dia menjeling orang tersebut.
Geram yang sudah terkubur sebentar kembali menyerang. Melihat Jungkook berdiri di sini membuat dia kembali geram. Tanpa mempedulikan bos 'kecik' itu, Irene menyambung kerjanya kembali.
Jungkook jongket kening dengan reaksi selamba Irene. Jarinya digunakan mengetuk meja Irene.
Irene berdecit. Dia pandang Jungkook dengan pandangan yang tajam bagai menembusi jantung lelaki itu.
Beberapa pekerja di situ sudah lirik antara satu sama lain ketika melihat Irene yang tidak kentar dengan bos mereka. Sedangkan, hari ini baru hari pertama dia bekerja.
"Nak apa?" nadanya perlahan tetapi kedengaran cukup keras.
"Kejap lagi lepas lunch awak ikut saya jumpa klien." Arah Jungkook selamba.
"What? Hello, Mr. Jungkook, I'm not you P.A."
"Memang pun. Tapi tak ada salahnya kan kalau saya buat yang kelainan. Lepas lunch tunggu saya kat lobi, jangan membantah." Jungkook melangkah pergi sebelum sempat Irene membantah arahannya.
Irene mendengus tidak suka. Tahulah lelaki itu bos, tapi dia sudah lupakah apa sudah berlaku antara mereka dahulu. Tiada perasaankah lelaki bernama Jeon Jungkook ini.
"Sabarlah. Jangan marah-marah nanti dah tak lawalah," tegur salah seorang staf perempuan yang paling dekat dengannya.
Irene menoleh ke arah gadis itu.
"Dia memang macam tu ke?"
Gadis itu menggeleng.
"Selalunya memang dia pergi jumpa klien dengan P.A. dia. Apa-apa pun saya Seulgi." Gadis bernama Seulgi mengukir senyuman.
"Saya Irene." Dalam geram dengan bos entah apa-apa itupun dia tetap ukirkan senyuman.
Seulgi menarik kerusi supaya lebih dekat dengan Irene.
"Sabar ajelah erk. Mungkin bos tu nak uji awak macam mana, boleh tahan ke tak nak kerja kat sini." Seulgi yang memang tidak tahu menahu tentang hubungannya dengan Jungkook memberi nasihat.
Kerana tidak mahu Seulgi berfikiran pelik dia anggukkan sahaja. Seperti memahami perangai bosnya itu.
Waktu lunch akan tamat dalam beberapa minit saja lagi, jadi Seulgi yang turun makan bersama Irene sudah panas punggung.
Kenapa dia pula yang panas punggung sedangkan yang perlu pergi adalah Irene? Ia kerana sikap selamba Irene duduk sambil bermain dengan telefon pintarnya. Pergi ke lobi pun Irene tidak mahu, di ajak naik ke atas pun dia cakap tunggu sebentar.
Dia bukan apa, dia takut Irene akan di buang kerja kerana sikap degilnya tidak mahu mendengar kata bos mereka.
Seulgi sentuh bahu Irene.
"Betul-betul tak nak pergi tunggu kat lobi macam yang Encik Jungkook cakap ke?" Seulgi benar-benar berharap agak Irene mengubah fikirannya dan pergi ke lobi menunggu bos mereka.
Tetapi jawapan yang diterimanya meleset seratus peratus bila Irene sekadar menggeleng kepala.
Sedikitpun Irene tidak kelihatan gentar dengan arahan Jungkook.
"Jomlah kita naik atas. Nanti disebabkan saya awak terlewat sama." Irene bangun.
Seulgi hanya menurut.
Mereka melangkah balik ke pejabat seusai membayar bil makanan. Seulgi pantas menekan butang lif.
Apabila pintu lif terbuka, Irene mula melangkah tetapi lengannya di tarik membuatkan badannya terus tertolak kembali ke belakang. Terperanjat Irene di buatnya, begitu juga dengan Seulgi yang melihat.
Terbuntang mata Irene saat melihat kelibat yang menariknya itu. Jungkook kelihatan selamba menarik lengannya daripada masuk ke dalam lif. Seulgi juga tidak membiarkan lif tertutup.
"Kan saya dah cakap tunggu saya kat sini lepas lunch kenapa pulak awak nak naik ke atas?" soal Jungkook dengan suara yang agak tegas.
Irene menggulingkan mata ke atas.
"Sekarang ikut saya pergi jumpa klien, jangan degil!"
Irene tidak memberi apa-apa balasan pada arahan Jungkook, tangannya sahaja sibuk cuba melepaskan diri daripada pegangan lelaki itu.
Jungkook mengemaskan lagi pegangan dan menoleh pada Seulgi.
"Awak pergi naik buat kerja macam biasa, tak perlu nak risaukan dia." Arah Jungkook juga dengan nada tegas.
Seulgi tidak cakap banyak terus dia menekan punat naik ke tingkatnya.
"And you... Ikut saya sekarang."
Irene masih tidak membalas.
Disebabkan Irene sengaja buat-buat tidak mendengar katakan, Jungkook terus menarik lengan Irene keluar dari situ.
"Eh, awak nak bawa saya pergi mana ni? Saya banyak kerja nak buat tau kat atas tu." Bebel Irene dengan dahi berkerut-kerut kerana menahan sakit saat lengannya di genggam kuat.
"Kan dah cakap saya nak pergi jumpa klien dan awak kena pergi dengan saya walau macam mana sekalipun. Boleh tak jangan degil," beritahunya.
Irene terpaksa berlari anak kerana Jungkook menapak terlalu laju sehingga hampir membuat dia terjatuh.
"Eh, saya boleh jalan sendirilah!" marah Irene apabila di heret begitu dengan lelaki itu.
"Kang saya lepas awak lari pulak."
"Tak, saya takkan lari. Saya akan ikut awak pergi jumpa klien awak walaupun langsung tak ada kena mengena dengan saya tu. Lepaskan, please... Sakitlah awak cengkam lengan saya macam ni." Kali ini dia terpaksa mengalah kerana sudah tidak tertahan kesakitan di cengkam lengan oleh Jungkook.
Pegangan di lepaskan dan langkah mereka juga terhenti.
Benda pertama yang Irene lakukan apabila dilepaskan adalah menjeling tajam ke arah Jungkook, selepas itu barulah dia membelek-belek lengannya yang merah di cengkam Jungkook tanpa perasaan.
"Saya mintak maaf. Salah awak sendiri buat saya cengkam tangan awak macam tu."
Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Jungkook. Tapi, malas pula dia nak berbalah dengan Jungkook, seperti membuang masa bercakap dengan Jeon Jungkook. Bukannya dia faham bahasa pun.
"Dah, jom. Kang lambat pulak."
Jungkook melangkah mendahului. Dengan terpaksa Irene mengikut langkah lelaki itu, nak larikan diri dia risau belum sempat pergi jauh dia sudah di tangkap. Bab berlari ni jangan di cabar Jungkook, menangislah kalau sudah di tangkap.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanficPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡