BAB 19

39 5 14
                                    

Pagi itu Irene menolong omma membuat sarapan mereka sekeluarga. Hari cuti begini sajalah dia dapat duduk bersantai di rumah, jika tidak pasti dia kesibukan dengan kerja. Cuti begini jugalah dia dapat berbual panjang dengan adik lelakinya.

Selepas sarapan Irene naik ke bilik dan mandi terlebih dahulu. Dia sarapan tadi tanpa mandi terlebih dahulu.

Dia turun ke bawah sesusah mandi, dan hanya kelibat Jisung saja kelihatan di situ. Omma dan appa entah hilang ke mana pun dia tidak pasti.

Dia merapati Jisung ralit bermain dengan telefon pintarnya.

"Omma dengan appa mana?"

"Keluar dating." Jawapan pendek itu sudah cukup membuat Irene terkejut besar.

Bagaikan tidak percaya.

"Biar betul kau ni?" bahu Jisung di tolaknya perlahan.

Jisung kerut dahi dan angguk kepala dengan muka serius. Bermakna Jisung bukan sedang bergurau di siang hari. Dia memang bercakap benar tentang orang tua mereka.

"Appa sendiri yang cakap macam tu tadi masa Jisung tanya nak ke mana. Jadi, Jisung bagi tahu benda yang samalah" jawabnya seraya menutup telefon.

Irene tongkat dagu dengan tangan.

"Bukan main lagi pergi dating pulak. Cuba duduk rumah berbual dengan anak-anak kat rumah ni. Habis, kita berdua nak buat apa sekarang? Takkan nak melepak tengok tv aje."

Jisung duduk menghadap Irene. Dia sudah tersengih dan jongket kening untuk beberapa kali.

Irene ikut jongket kening.

"Apa cerita noona dengan Jungkook hyung. Dia masih mengarah noona?"

Irene buat muka bosan.

"Alah noona, ceritalah."

"Ish, kau ni macam perempuanlah. Tak padan dengan lelaki, sibuk nak tahu macam-macam pulak."

Jisung mencebik.

"Cerita ajelah. Tengah bosankan. Apa salahnya bercerita tentang Jungkook hyung dengan adik noona yang comel ni." Jisung buat muka comel.

"Dia masih macam dulu. Mengarah itu dan ini. Tak ada beza, yang bezanya hanya noona tak lagi membantah arahan dia. Itu aje." Terangnya serba ringkas.

Tidak sukalah dia bercerita tentang Jungkook pada hari cuti begini. Sudahlah setiap hari pasti akan di pandang muka Jungkook. Takkanlah hari cuti pun perlu bercerita pasal lelaki itu lagi. Sudah tiada idea lainkah Jisung ini.

"Noona tengok Jungkook hyung tu sekarang makin handsome tak?"

Dia buat muka menjengkelkan pada soalan tersebut. Entah apa yang menarik perhatian Jisung untuk berbicara tentang Jungkook pun dia tidak tahulah. Banyak-banyak soalan, soalan sebegitu juga yang Jisung ingin bertanya padanya.

"Hello, jawablah." Jisung petik jari.

Dahi Irene berkerut-kerut. Tidak sudi dia mahu bercerita tentang Jungkook.

"Soal lain, please..." pintanya.

Jisung silang tangan.

"Tak apa, nanti Jisung pergi buat lawatan kat tempat kerja noona. Boleh jumpa Jungkook hyung sekali." Satu senyuman di hadiahkan buat kakaknya.

"Kalau setakat nak pergi jumpa dia baik tak payah pergi langsung." Jelingan tajam dihadiahkan khas buat adik lelakinya.

Jisung menjeling manja.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now