BAB 9

37 6 18
                                    

Senyuman manis Irene terukir bila matanya bertentang mata dengan seorang lelaki separuh abad itu. Pantas Irene menghampiri lelaki itu, apabila sudah dekat dia memberi tunduk hormat. Senyumannya semakin melebar memandang lelaki itu di hadapan matanya kini. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan lelaki ini.

"Lama uncle tak jumpa kamu ni. Makin hari makin cantik, berseri aje muka tu. Macam mana belajar, okey semua?" soal lelaki separuh abad itu penuh keramahan.

Irene mengangguk beberapa kali mengiakan penyataan lelaki tersebut.

"Semuanya okey, dan Irene masih seperti dulu. Tak ada yang berubah," ucapnya membetulkan penyataan memujinya tadi.

Lelaki itu mengangguk-angguk beberapa kali mendengar jawapan Irene itu.

"Kejap lagi kamu boleh masuk interview. Sekarang masih ada beberapa orang yang menunggu giliran, lepas tu giliran kamu pulaklah. Uncle tak boleh lama, nanti kita jumpa lagi." Lelaki itu melihat jam di tangannya.

Spontan keningnya terangkat seperti tertanya-tanya. Jika lelaki di hadapannya ini mahu ke tempat lain, siapa yang sedang melakukan interview di dalam sana.Ataupun appa Jungkook ini meminta pekerjanya bertugas untuk meninterview.

Tanpa sempat dia membuka mulut, Encik Jeon melangkah pergi dari situ dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Mungkin ada perkara mustahak yang harus dikendalinya sehingga perlu meminta pekerja yang dipercayai lain interview mereka yang ada.

Tidak mahu mengusutkan kepala memikirkan benda yang tiada kaitan dengannya, dia kembali ke tempat tadi. Menunggu dengan sabar gilirannya tiba.

Nervous juga mahu temuduga, selama ini dia mana pernah pergi mana-mana temuduga. Jantungnya berdetak kencang, risau jika dia terbuat silap ketika berdepan dengan orang besar di dalam nanti.

Tangan menyentuh dada sendiri sambil pejamkan mata.

"Irene kau boleh buat. Tak ada apa yang perlu kau risaukan sangat." bicaranya pada diri sendiri cuba menyedapkan hati sendiri.

Walau bagaimanapun, debaran masih menggila. Akhirnya Irene mengambil telefon dan mengirim mesej kepada Yeri, sekurangnya boleh juga melupakan sekejap debaran yang menggila kini.

Setelah hampir satu jam, kini tibalah giliran Irene pula. Jantungnya semakin berdebar saat melihat senyuman seorang gadis yang bertanggungjawab memanggil setiap nama yang datang untuk interview.

Pintu ditolak perlahan, dia menjenguk kepala.

Aduh lelakilah pulak. Kenapa bukan perempuan, getus hatinya semakin gundah gulana.

"Hai," sapanya dengan rasa tidak kena.

Dia terlupa pula bertanya dengan appa bagaimana untuk memulakan perbualan apabila masuk temuduga.

"Silakan duduk," pelawanya sambil mengarahkan tangan ke arah kerusi berdepan dengannya.

Cuma terpisah dengan meja besar di tengah-tengah.

Dahi Irene berkerut seribu, dia pandang arah tangan lelaki itu. Arahan lelaki itu di endahkan.

Lelaki yang sedang menanda sesuatu berkerut hairan kerana hujung matanya dapat melihat gadis itu berdiri keras tidak bergerak.

Kepala di dongak.

Mata mereka bertembung.

Kedua-duanya terkaku. Fail di tangan hampir terlepas dari pegangan, tetapi nasib baik dia pantas tersedar. Dia mengejapkan pelukan pada fail tersebut.

Irene pandang lelaki dengan pelbagai perasaan.

"Irene."

Dadanya bergetar mendengar lelaki itu menyebut namanya setelah sekian lama.

"A... Awak buat apa kat sini?" Irene menyoal.

"Saya kerjalah."

Irene pejam mata dan toleh arah lain. Apa bodoh sangatlah soalan tu, dah kat tempat kerja mestilah kerja. Takkan bersuka ria pulak, getus hati Irene memarahi diri sendiri kerana mengutarakan soalan yang terasa sangat bodoh.

"Maksud saya kenapa awak di sini, bukan ke awak pergi sambung belajar?" Irene menyoal sekali lagi, tetapi kali ini dia memastikan soalannya bukan kedengaran bodoh seperti tadi.

Jungkook berdiri.

"Saya tak sambung belajar. Selama ni saya ada aje kat sini, cuma awak je tak tahu." Jungkook menatap Irene dengan perasaan rindu.

Sumpah, rindunya pada gadis ini hampir-hampir membuat dia hilang pertimbangan. Hatinya begitu menggesa supaya mendekati Irene dan mendakapnya seraya mengucapkan perkataan rindu dan sayang.

"Silakan duduk, awak datang untuk temuduga, kan?" Jungkook mempelawanya sekali lagi.

Dia tidak mahu terus hanyut dengan perasaan sendiri.

Kepala di angguk sekali. Lambat-lambat Irene menghampiri tempat duduk berhadapan dengan Jungkook.

Jungkook kembali melabuhkan punggung.

Dia menghulurkan tangan.

Irene merenung tangan yang dahulunya selalu menggengam jemarinya.

"Irene, bagi saya awak punya fail tu. Biar saya tengok," pinta Jungkook lembut.

Irene jadi kalut. Pantas fail itu di letak atas tangan Jungkook. Kening di garu sekali.

Bodoh benar dia saat bertemu mata dengan Jungkook. Tidak sangka bertemu dengan Jungkook hari ini telah menjawab persoalan hati sendiri. Jungkook tidak padam dari hatinya.

Tak boleh Irene, kau tak boleh biarkan dia terus berada dalam hati kau, dia dah kecewakan kau dan kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia, tegas hati Irene mengingatkan diri sendiri.

Spontan kepalanya tergeleng.

Jungkook yang sedang memeriksa mengerling ke arah Irene yang tiba-tiba menggeleng. Tetapi tidak pula dia bersuara apa-apa.

Irene pandang Jungkook, buat seketika dia terbuai dengan kesempurnaan yang dimiliki Jungkook.

"Okey, kita boleh mulakan sekarang, kan."

Kalut Irene mengangguk.

Tidak lama kemudian temuduga mereka berakhir. Temuduga mereka tidak terlalu berjalan lancar apabila kedua-duanya ada saja melakukan perkara luar kesedaran mereka.

Seperti merenung tanpa sedar saat salah seorang sedang berbicara, sehinggakan perlu mengulanginya sekali lagi.

"Nanti pihak kami akan hubungi awak untuk keputusan. Ianya tidak mengambil masa yang lama memandangkan kami memang memerlukan pekerja baru di sini." Beritahu Jungkook sambil mengambil kesempatan menatap sepuasnya muka Irene.

Gadis itu akan keluar selepas ini dan mungkin tidak akan bertemu lagi jika dia tidak diterima.

Irene angguk beberapa kali. Dia sudah tidak betah lagi duduk di sini berdua dengan Jungkook. Risau jika datang lagi perangai peliknya.

"Terima kasih, saya minta diri dulu."

Irene memberi Jungkook satu tunduk hormat sebelum keluar dari situ.

Hilang kelibat Irene dari pandangan, Jungkook bersandar dan mengeluh. Dia benar-benar terseksa apabila hanya mampu memandang tetapi tidak mampu menyentuhnya walaupun hanya sekadar menyentuh hujung jarinya.



Bab ni dah siap dua tiga hari yang lepas sebenarnya tapi malas nak publish lagi time tu. Tapi bila dah tutup wattpad rasa macam malas pulak nak membukanya, hari ni baru bukak balik.

Jangan lupa vote and comment, okay.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now