Jung Gaeun, pelajar baharu di Apgujeong High School. Kehadirannya tidak mengundang kekecohan pelajar lain kerana dia hanya lah golongan sederhana. Tiada yang perlu dibanggakan.
Masuk sahaja kelas, matanya tak beralih dari menatap seorang pelajar dingin. Aura dinginnya sangat menarik bagi Gaeun.
"Gaeun, perkenalkan diri." arah Bora saem. Mati lamunan Gaeun dari memandang lelaki tadi.
"Annyeonghaseyo. Joneun Jung Gaeun imnida. Sekolah lama saya di Daegu High School dan berpindah ke sini sebab halmeoni dah meninggal. Dulu, saya bersekolah di sana sebab tinggal dengan halmeoni. Saya harap semua orang boleh beri kerjasama yang baik dekat saya. Sila beri tunjuk ajar." Gaeun menunduk.
"Okay Gaeun, saya harap kamu boleh biasakan diri disini. Kamu boleh duduk disebelah Park Aeri."
Gaeun mengatur langkah ke arah tempat yang ditunjuk Bora saem. Aeri sangat periang orangnya. Dari mimik mukanya semasa menegur Gaeun juga boleh dilihat.
"Baik, kamu semua boleh berkenalan dengan Gaeun selepas kelas. Sekarang, buka buku teks masing-masing."
○○○
"Aeri, aku nak tanya sikit boleh?" soal Gaeun sebaik sahaja duduk di kerusi di kantin.
"Boleh, Gaeun. Apa dia?"
"Lelaki yang duduk sebelah aku tadi, siapa ehh nama dia?"
"Sebelah kau? Yang putih-putih tu ke?" Gaeun mengangguk.
"Oh dia. Nama dia Oh Sehun. Kenapa? Kau suka dia ehh?" soal Aeri. Gaeun hanya senyum.
"Takdelah. Aku tengok dia macam dingin je orangnya. Tapi handsome hehe."
"Kalau kau dah tau perangai sebenar dia, confirm, auto reject."
"Asal? Muka handsome macam tu ada orang reject? Dia reject orang, logiklah. Dia tak ada girlfriend ke?"
"Banyaknya soalan. Okay satu-satu. First, handsome-handsome pun ada orang reject? Ya, sebab perangai dia yang te rsangatlah annoying nak mampus. Perangai keras kepala dia tu paling menyampah. Second, dia tak ada girlfriend ke? So far, memang tak ada. Tapi tak tahulah nanti-nanti. Kau suka dia, kan? Mengaku jelah. Bukan kau sorang je crush kat dia. Ramai lagi perempuan kat sekolah ni suka dia. Jangan risau." bebel Aeri.
"Aku nak kata suka tu macam belum lagi tapi dia agak menarik lah bagi aku."
"Eloklah. Tak payah lah suka dia. Ramai lagi lelaki yang lagi baik dari dia kat sekolah ni."
Gaeun hanya mengangguk. Mereka meneruskan makan memandangkan waktu rehat hampir tamat.
○○○
Hari kedua berjalan dengan lancar. Hari ini juga, secara rasminya Gaeun mengisytiharkan yang dia crush dekat Sehun. Tapi hanya Aeri sahaja lah yang tahu.
Semuanya bermula apabila Sehun tanya soal mendiang nenek dia. Dengar sahaja suara lelaki bernama Oh Sehun tu, terus jatuh hati.
Hari-hari Gaeun selepas itu, hanya dipenuhi dengan mengusha Sehun. Makin buat Gaeun suka, Sehun banyak berhubung dengan dia. Macam-macamlah. Pinjam barang, pinjam homework, mintak makanan.
Senang cerita, agak fake hope ya sebenarnya. Lagi fake hope, bila satu sekolah tahu yang Sehun couple dengan Sooyoung.
Asalnya mereka sorok-sorok, tapi terkantoi apabila ada pelajar yang ternampak Sehun dating dengan Sooyoung di rooftop. Ada yang jealous tapi ada juga yang 'redho'.
Yelah, kalau nak dibandingkan mereka dengan Sooyoung tu, bagai langit dengan bumi. Sooyoung cantik bak model, sepadan sangat dengan Oh Sehun yang berada tu.
Termasuklah Gaeun. Dia juga tergolong dalam golongan yang 'redho' tu. Gaeun pula malas mahu berurusan dengan soal hati, jadi dia buat keputusan untuk tak lagi suka pada Sehun.
Lain pula ceritanya bila Park Jinyoung, pelajar kelas sebelah yang suka pada Gaeun pula. Gaeun pada awalnya, bangga lah juga sebab ada orang suka padanya, tapi orangnya pula bermasalah.
Jinyoung tu bukan tiada rupa, tapi perangainya yang selalu mengikut Gaeun ke sana ke sini sangat merimaskannya. Sampai Gaeun mahu ke tandas juga diikutnya. Mujur tak masuk ke dalam.
○○○
Kehidupan di sekolah tu diteruskan seperti biasa. Gaeun hanya fokus pada pelajarannya. Memandangkan keluarganya yang berpendapatan sederhana, dia perlu mendapat keputusan yang cemerlang untuk menjamin masa depan keluarganya yang cerah.
Dua tahun bersekolah, akhirnya Gaeun sudah menamatkan pelajarannya. Keputusan peperiksaannya tidak lah begitu baik tetapi cukuplah sekadar melepasi gred A.
Selepas mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran di universiti, Gaeun pun meneruskan kehidupannya seperti orang lain, sebagai pelajar universiti.
Kawan baru juga dijumpai. Aeri tak dapat belajar di universiti yang sama jadi dia terpaksa membuat rakan baharu. Baik orangnya. Perangai juga elok. Kang Seolhee, nama diberi.
Sepanjang tiga tahun belajar di universiti, tiada apa-apa yang menarik berlaku pada Gaeun. Dia hanya mencipta kenangan manis bersama Seolhee.
Kecuali satu hari dimana hari Sehun dan Sooyoung bernikah. Gaeun tidak lah frust menonggeng cuma kecohnya apabila dia menerima jemputan tapi dia tak mahu pergi. Seolhee pula memaksanya pergi.
Terpaksalah Gaeun ceritakan pada Seolhee yang Sehun tu ex crushnya. Barulah Seolhee tidak memaksanya lagi. Faham perasan bila crush kahwin. Eh ex crush.
○○○
Gaeun kini sudah bekerja. Dia bekerja hanya sebagai pekerja di sebuah syarikat arkitek. Begitu juga Seolhee. Dia juga dapat bekerja di syarikat yang sama. Tempat duduk mereka juga hanya selang satu meja.
Makan tengah hari tiba, Gaeun dan Seolhee pergi ke restoran berhampiran memandangkan mereka hanya berjalan kaki.
Makanan dinikmati dengan berselera sampai lah seseorang menegurnya.
"Jung Gaeun, kan?" hampir tersembur makanan Gaeun.
"Oh Sehun?"
Okay-okay sampai sini je hihi. Sorrylah kalau atas-atas tu macam cepat sangat sebab Mayra tak nak take time dekat situ. Sekolah tu just nak bagitau je macam mana Gaeun crush kat Sehun and macam mana blh jadi ex crush. So enjoy 🥳
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanfictionKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3