special chapter

44 5 0
                                    

Suara bayi memecah kesunyian ruang bersalin ini. Air mata Sehun menitis. Gaeun selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka secara normal. Jujur dia takut perkara yang sama berlaku seperti mana berlakunya terhadap mendiang Sooyoung.

Tangan Gaeun erat dipegang Sehun. Mata wanita itu berkelip perlahan. Kuyu matanya menahan ngantuk kerana kepenatan. Sehun mencium dahi Gaeun yang berpeluh.

"Tidurlah kalau mengantuk, sayang. Hun tau Eun penat."

Gaeun mengangguk kecil sambil menelan air liur. Perit sedikit tekaknya kerana kehausan. Namun kantuknya tak dapat ditahan. Dia kepenatan. Lantas matanya terpejam.

"Encik keluar dahulu, ya? Kami uruskan puan sekejap dan kejap lagi kami akan bawa puan ke wad. Anak encik akan kami bawa kemudian sebab kami nak buat pemeriksaan dulu."

Sehun mengangguk setuju. Dia mencium dahi Gaeun lagi dan menuju ke luar ruangan hospital. Semua ahli keluarga menghampiri Sehun.

"Hun, Eun dengan baby macam mana?" soal omma dan mummy serentak.

Sehun mengangguk dan tersenyum. Dia dipeluk oleh mummy dan omma. Yang lain hanya melepaskan nafas lega. Perhatian mereka beralih ketika pintu ruang bersalin dibuka.

Lemah lutut Puan Oh melihat sebuah katil keluar bersama jasad seseorang. Dia trauma. Gaeun mati ke?

"Eun!"

Puan Jung mendekati katil yang ditolak oleh iururawat itu. Terkejut jururawat itu kerana katil itu ditolak.

"Eun, sayang. Kenapa buat omma macam ni? Kenapa tak kuat, sayang? Kenapa Eun tinggalkan omma?"

Puan Jung mengusap-usap kepala Gaeun sambil menangis. Yang lain hanya mendiamkan diri. Terkedu dengan apa yang mereka lihat sekarang. Mummy sudah jatuh terduduk.

Jururawat itu tersenyum. Terkebil-kebil Sehun melihat ulah ibu mertuanya.

"Puan, anak puan tidur je. Dia selamat melahirkan." ujar jururawat itu lembut.

Sehun menghampiri Puan Jung dan ditarik wanita itu supaya bangun.

"Omma, kan Hun angguk tadi masa omma tanya Eun dengan baby okay tak."

Puan Jung memeluk Sehun. Puan Oh pula diangkat oleh Tuan Oh. Jelas kemerahan muncul disebalik wajah dua wanita itu.

"Encik, boleh ikut saya ke wad. Yang lain boleh datang selepas pemeriksaan selesai, ya."

Jururawat itu tersenyum melihat karenah keluarga ini.

"Nanti Hun bagitau semua orang wad mana."

Sehun berlari mengejar jururawat yang sudah bergerak terlebih dahulu. Masing-masing terdiam kerana kejadian tadi.

"Aigoo macam mana boleh tersalah." ujar Puan Jung malu.

Dia menekup mukanya. Tuan Jung menghampiri dan memeluk isterinya.

"Biasalah tu manusia, tak lari dari kesilapan."

Semua tergelak halus. Sakit pipi masing-masing menahan ketawa daripada meletus kuat.

○○○

"All black for today, honey?" soal Gaeun pada Hyera yang baru sahaja duduk di meja makan untuk menikmati sarapan.

2 tahun sudah berlalu sejak Gaeun melahirkan putera sulung mereka, Oh Daehyun. Sehun mengunyah rotinya sambil kakinya digerakkan ke atas dan ke bawah seperti orang menjahit. Daehyun berada dipangkunya sementara Gaeun menyiapkan sarapan buat Hyera.

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now