32

17 6 0
                                    

Sehun memandang roti bakar dan kopi di atas meja makan. Mengeluh dia tatkala rumah kosong. Dia melihat nota di pintu peti.

"Eun dah siapkan sarapan. Jangan lupa makan sebelum pergi kerja. Eun keluar jogging dengan Hyera."

Sehun tersenyum nipis. Bertuahnya dia dapat isteri sebaik Gaeun. Dalam pada marah, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

○○○

"Omma, omma."

Gaeun terhincut sedikit dengan kejutan Hyera.

"Ya, sayang. Ada apa?" soal Gaeun dengan suara seraknya, baru bangkit dari tidur.

"Appa balik."

"Hah?"

Gaeun melihat jam di dinding. 1 tengah hari. Ini bukan waktu kebiasaan Sehun pulang. Dulu mungkin ya, tapi tidak sekarang. Baru saja Gaeun ingin bangun, Sehun sudah masuk ke dalam bilik.

Sempat dia berbisik sesuatu pada Hyera. Terus keluar anak itu dengan wajah gembira. Gaeun hiraukan Sehun dan ingin berlalu ke tandas untuk mencuci muka. Tangannya ditahan Sehun.

"Sayang, jangan macam ni, please? Kalau Hun ada buat salah, beritahu. Jangan berdingin macam ni. Hun tak selesa."

Gaeun pusing menghadap Sehun.

"Hun rasa apa salah Hun?"

Sehun mengeluh kasar. Dia menggeleng.

"Hun tak tau, sayang. Hun tak tau salah Hun selain yang Hun mungkir janji nak balik awal. Itu je."

Kini Gaeun pula yang mengeluh. Kalah lah dia kalau Sehun dah pujuk sebegitu. Perempuan, mana mahunya merajuk lama-lama kalau suami kacak macam ni yang pujuk.

"Hun balik lewat satu hal dan Hun pergi rumah mummy tanpa beritahu Eun. At least, message lah, sayang. Jangan senyap je. Eun risau."

Sehun tersenyum kecil. Dia sentuh dagu Gaeun dan mengangkat wajah cantik itu memandangnya.

"Keure. Jeongmal mianhae. Cepat beritahu apa yang Eun nak bincang tu."

Sehun menarik Gaeun duduk di birai katil. Fokus dia memandang Gaeun, bersedia untuk mendengar.

"Macam ni, Eun fikir starting from this year, Eun nak buat birthday party for Hyera. Alang-alang lepasni kan dia nak sekolah dah so kita boleh jemput kawan-kawan dia."

"Tapi Hyera tak sekolah lagi. Tunggu lah dia sekolah dulu. Lagipun tak penting pun birthday party tu. Kita sambut kecil-kecilan macam biasa cukuplah." bidas Sehun.

"Ala, kita kenalah biasakan. Lagipun ramai lagi kawan-kawan kita yang masih tak jumpa Hyera lagi. Masa ni lah kita nak jemput dorang. Nanti kalau Hyera dah sekolah, nak jemput kawan Hyera pulak."

"Eun dah tanya jugak Hyera. Dia pun nak birthday party. Eun selalu dengar dia bukak lagu happy birthday dekat Youtube tau. Eun pulak yang kesian tengok dia."

"Lagipun Hyera anak Hun, kan. Takkan Hun tak nak happy kan dia."

Gaeun menunduk.

"Ni kalau tak makan pujukan ni, bunuh jelah aque." bisik hati Gaeun.

"Hyera anak kita. Sekali lagi cakap macam tu, Hun cium Eun sampai lemas." tegas Sehun.

"Kalau Hun tak setuju, tak—"

"Okay lah. Kita buat. Hun takut Hun sibuk jadi Eun uruskan semuanya ya? Guna je credit card Hun yang Eun pegang tu. Apa-apa beritahu Hun."

Tersenyum lebar Gaeun mendengar jawapan Sehun. Dia mendekati Sehun dan cium seluruh wajah lelaki itu. Sehun melagakan hidungnya dengan Gaeun dan bergurau manja. Pecah ketawa pasangan itu.

○○○

Majlis hari jadi Hyera berjalan lancar selepas beberapa minggu persiapan dilakukan oleh Gaeun sendiri. Seronok sikit dia dapat melakukan aktiviti lain selain daripada mengemas rumah, memasak dan juga menonton drama.

Gaeun mula mengemas meja yang serabut dek hadiah-hadiah Hyera. Semua tetamu sudah pulang termasuk keluarga Sehun dan Gaeun. Kepala Hyera sudah terlentok di atas meja beralaskan tangannya.

"Banyak lagi ke?" soal Sehun.

"Yang kotak dah tak ada, tinggal yang paper bags je. Biar Eun bawak ni, Hun dukung Hyera. Dah lembik dah dia tu."

"Arasseo. Hun tunggu dalam kereta terus lah. Eun nak jumpa owner kedai dulukan?"

Sehun beredar selepas terima anggukan Gaeun. Seorang pekerja restoran itu menghampiri Gaeun. Mereka adakan majlis di restoran memandangkan mudah untuk mereka, tidak perlu berpenat.

"Madam, boss tak dapat nak hadiri majlis. Jadi dia serahkan pada saya untuk semuanya. Dia kirim salam pada madam. Jadi sebab madam dah buat payment, so nothing left. Madam serahkan saja urusan pembersihan pada team kami. Hati-hati dalam perjalanan dan terima kasih sebab menggunakan khidmat kami."

"Laa, terkilan saya tak dapat jumpa dia. Takpelah, saya minta diri dulu. Terima kasih atas service yang tiptop. Ada rezeki, saya buat lagi disini. Jumpa lagi." balas Gaeun.

Gaeun ambil paper bag berisi hadiah Hyera dan bergerak ke kereta.

TBC

just to let everyone know, mayra akan cepatkan timeline this fanfic sebab mayra tak nak bawak fanfic ni to my next semester. i have 2 more weeks before start new semester 🥲

i want to finish this ASAP sebab rasa macam dah lama sangat fanfic ni which i publish it on 8 July 2021 🙃 MEMANG LAMA WOI 😭

also mayra ada new fanfic hehe so next semester nak start new fanfic dah tapi mayra akan mark as slow update sebab my schedule sangat sangat pack ya with course's field trip 🥹 daripada mayra hiatus, baik slow update kan? at least lama lama habis hshshshs okay tu je bye 🏃‍♀️

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now