13

32 8 0
                                    

Gaeun bangun dari tidur. Harini, genap setahun dia berkahwin dengan Sehun. Gaeun pegang bahu Sehun dan dikejut suaminya itu.

"Hun, bangun. Lewat nak pergi kerja nanti."

Sehun merungut kecil. Dia tarik selimutnya dan sambung tidur semula.

"Oh Sehun, bangun. Eun dah pesan dah jangan tidur lewat kan. Tengok dah liat nak bangun. Jangan nak ponteng kerja lagi ehh. Daddy bising nanti."

Akhirnya Sehun bangun selepas mendengar bebelan Gaeun. Sehun bersila di hadapan Gaeun dan dicium bibir lelaki itu.

"Dah pergi mandi. Eun nak siapkan sarapan."

Sehun tersenyum kecil. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Siap mandi, dia memakai baju kerjanya. Tali leher diambil dan dia pergi ke dapur untuk mencari Gaeun.

"Eun~ pakaikan."

Gaeun berdecit. Mula lah tu malas dia nak ikat tali leher. Gaeun ambil tali leher dari Sehun dan mula mengikat. Sehun pandang Gaeun yang ralit mengikat. Gaeun angkat kepala selepas siap. Terkejut dia saat Sehun cium bibirnya.

"Asyik Eun je yang bagi morning kiss. Harini Hun pulak yang bagi."

"Eii kalau tau tadi tak bagi pagi tadi. Dah, jom sarapan. Lambat nanti."

Sehun membuntuti Gaeun ke meja makan. Sehun makan pancake yang dihidang Gaeun.

"Harini balik awal tau, Hun." pesan Gaeun.

"Tak boleh lah. Hun banyak kerja nak kena siapkan harini. Kenapa? Ada benda penting ke?"

"Tak ada lah. Saje je. Tak apalah kalau tak boleh. Eun ingat Hun tak sibuk." balas Gaeun dengan muka kecewa.

"Hun cuba, okay? Kalau tak boleh balik awal, Hun bagitau."

Gaeun hanya mengumam. Dia makan sambil kepalanya tertunduk sedikit ke bawah. Sehun tersenyum sendiri.

○○○

Gaeun tolak troli ke bahagian barang basah. Harini dia nak masakkan sesuatu yang istimewa buat Sehun sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Gaeun tahu yang dia akan kecewa jika Sehun tidak pulang awal harini tapi dia masih bersemangat untuk masak. Dia tahu yang Sehun masih tak ada apa-apa perasaan pada dia. Jadi dia hanya berfikir positif yang mungkin sebab itu, Sehun lupa akan tarikh perkahwinan mereka. Nak pula dah kali kedua dia kahwin. Mesti dia hanya ingat yang pertama sahaja.

Siap membeli, Gaeun singgah semula ke rumah omma untuk ambil Hyera. Dia bawa Hyera pulang ke rumah dan mula menyediakan bahan untuk memasak memandangkan hari sudah lewat petang.

Jam menunjukkan pukul 8 malam dan 90% masakannya sudah siap. Tiba-tiba Gaeun mendapat panggilan telefon. Sehun. Gaeun menghela nafas kasar. Dia sudah tau jawapannya apa.

"Eun, sorry. Hun tak boleh balik awal. Kerja still banyak. Eun jangan tunggu Hun tau."

Gaeun mengumam lagi dan mematikan panggilan. Dia siapkan sentuhan terakhir dan berlalu ke ruang tamu. Televisyen dibuka dan dia hanya termenung memandangnya. Tak ada langsung rasa mahu menonton televisyen apatah lagi selera untuk makan.

"Tulah kau Gaeun. Kau pun tau yang dia takkan balik awal, nak jugak masak. Kan diri sendiri dah kecewa." kata Gaeun pada diri sendiri.

Dia bangun dari sofa selepas menutup televisyen dan pergi ke balkoni. Gaeun memandang kota Seoul pada waktu malam dari balkoni kondominium mereka.

"Jauhnya termenung."

Gaeun tersentak. Bila masa Sehun balik? Kenapa dia tak dengar bunyi pintu? Gaeun pusing memandang Sehun. Dia beri pandangan kosong. Merajuk lah konon.

"Nasib baik Eun ni tak ada sakit jantung tahu? Kalau tak dah mati dah. Kata balik lewat? Dah kenapa terpacak kat sini pulak?" soal Gaeun kasar.

Sehun tergelak mendengar bebelan Gaeun. Dia dah agak yang Gaeun mesti merajuk dengannya.

"Eun ingat Hun lupa eh?" soal Sehun sambil mencuit hidung Gaeun.

"Lupa apa? Eun tak bagitau apa-apa pun."

"Happy anniversary, my queen."

Sehun depakan tangan. Gaeun mencebik sambil menjeling Sehun. Tiba-tiba sahaja dia pukul dada bidang Sehun dan menangis dalam dakapan lelaki itu.

"Alolo siannya dia merajuk. Dah-dah janganlah nangis. Eun buat Hun rasa bersalah sebab sakat Eun." kata Sehun sambil mengelus rambut Gaeun. Pelukan dilepaskan.

"Padan muka! Eun mati-mati ingat Hun tak ingat tau."

"Kenapa pulak Hun mesti lupa? Tarikh tu penting tau."

"Yelah. Hun bukan cintakan Eun pun. Buat apa nak ingat, kan?"

Sehun pegang kedua pipi Gaeun.

"Hey, hey apa cakap macam tu. Please jangan cakap pasal ni lagi. Ye, Hun mengaku yang Hun masih cintakan mendiang Sooyoung tapi Hun sayang Eun tau. Kenapa Hun kena sia-siakan Eun? Mendiang Sooyoung dah tak ada. Yang Hun ada sekarang ni hanyalah Oh Gaeun. Orang paling bermakna dalam hidup Hun sekarang ni. So, don't say that again, okay?"

Gaeun mengangguk. Dia benamkan mukanya ke dada Sehun dan dipeluk lelaki itu.

"Sorry. Eun janji tak buat lagi." kata Gaeun.

"Maaf diterima. Jom, makan? Eun masak special kan harini? Perut Hun tak berhenti berbunyi dari tadi."

Gaeun mengangguk gembira. Dia tarik Sehun ke meja makan. Mereka mula menikmati hidangan makan malam mereka. Gaeun makan dengan senang hati. Sesekali dia gerakkan tubuh badannya selepas satu suapan. Sehun hanya senyum memerhati gelagat Gaeun.

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now