Gaeun urut pipinya. Lenguh kerana sedari tadi tersenyum kepada tetamu. Gaeun menemani mummy di meja doorgift. Memberi buah tangan kepada tetamu yang sudah sudi hadir. Tetamu sudah mula beransur pulang memandangkan majlis penyatuaan sudah selesai.
Ada tetamu yang masih menikmati makanan mereka, ada juga yang tengah bersama rakan-rakan dan ada juga yang baru tiba. Keadaan lengang seketika. Mummy menoleh ke belakang.
"Eun, duduklah kalau penat. Jangan risau pasal doorgift ni. Yejun kan ada."
"Betul tu, Puan Eun. Saya dah pesan tak perlu bantu, tapi Puan Eun ni baik sangat lah Puan Oh. Dia nak juga bantu saya."
"Maaf, menantu saya ni memang ringan tulang sikit. Eun, pergi dekat Hun ya? Teman dia."
"Tak naklah, mummy. Hun dengan Junmyeon oppa dengan kawan-kawan dorang. Bosan. Baik Eun duduk sini teman mummy."
"Arraseo tapi Eun duduk je okay? Jia dengan Jinyoung kan dah bayar Yejun so biar Yejun buat kerja dia, okay? Lagipun Eun mengandung kan. Tak elok penat-penat." ujar mummy sambil dudukkan Gaeun dikerusi.
Yejun menekup mulutnya.
"Puan Eun mengandung? Kenapa puan tak beritahu saya awal-awal. Ahh serba salah saya dibuatnya. Maaf, Puan Oh, Puan Eun."
Yejun menunduk 90 darjah. Gaeun tersenyum kecil. Bahu Yejun ditepuk.
"Tak apa, saya okay. Puan Oh ni je melebih."
Puan Oh tergelak.
"Saya pun lupa nak beritahu. Saya lupa yang Gaeun memang tak nampak macam mengandung sebab badan dia kecik jadi baby bump tu tak nampak sangat. Ni pun dia pakai baju longgar."
Yejun tersenyum. Dia hulurkan air buat Gaeun.
"Terima kasih."
"Omma~"
Gaeun melilau mencari anaknya. Dilihat Hyera berlari ke arahnya sambil diikuti Sena.
"Omma, Hyera rimaslah. Hyera nak tukar baju." adu Hyera.
Dahinya yang berpeluh-peluh dikesat Gaeun.
"Hyera main dekat mana ni sampai berpeluh? Main dekat luar dewan ke? Sena?"
Sena berjeda. Dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga Hyera oleh Sehun sebenarnya.
"Hyera yang nak, Sena ikutkan je."
Gaeun mengeluh.
"Mana boleh tukar baju sekarang, sayang. Kejap lagi kan Hyera kena ikut Uncle Jinyoung dengan Aunty Jia photoshoot."
Hyera mencebik.
"Ala, Hyera penatlah omma. Hyera tak mahu."
"Tak boleh, sayang. Hyera kan dah ada dalam gambar tadi kan jadi bridesmaid. Gambar pre-weeding pun Hyera ada. Photoshoot lepasni kenalah ada jugak. Hyera kan dah janji dengan Aunty Jia? Hyera tak nak Barbie ke?"
Hyera mencebik lagi. Dia mengangguk.
"Kalau nak, kenalah tolong Aunty Jia dengan Uncle Jinyoung. Arraseo?"
"Nae."
"Good girl. Sena, bawa Hyera makan dan suruh dia minum air kosong banyak, ya? Dalam bag dia tu pun ada kipas dengan tisu basah. Uruskan ya?"
Sena mengangguk. Dia terpaksa akur menjaga Sena walaupun anak buahnya itu sangat lasak. Sehun sudah berjanji untuk membelikan komputer riba baru untuknya. Sama sahaja anak beranak, kena rasuah dulu baru boleh minta tolong.
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanficKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3