45

32 7 0
                                    

Seminggu sudah Gaeun bekerja dan Seolhee agak pelik dengan tingkah Gaeun. Mereka kini di pantry, sedang menikmati waktu rehat mereka dengan menjamah makanan.

"Eun, dah seminggu kita makan kat sini. Kalau tak bawak bekal, kau nak order je makanan. Kau memang tak nak makan kat luar ke? Pulak tu setiap kali datang and balik or kau turun bawah, mesti pakai mask. Kau kenapa?" soal Seolhee risau.

Gaeun hanya tersenyum seraya menggeleng.

"Mustahil tak ada apa-apa. Semalam, ada client kau telefon aku. Mirae yang sambungkan. Pastu dia kata, Mirae sambungkan dekat aku sebab katanya kau dah berhenti 5 tahun lepas. Kau kenapa, Eun? Kau ada masalah apa? Kau lari dari siapa?"

Bertubi-tubi Seolhee menanya. Gaeun mengetap giginya. Dia sebolehnya tak mahu bercerita pada Solhee. Dia takut dia akan mengganggu emosi rakan baiknya itu yang sedang serabut menguruskan majlis perkahwinannya.

"Tak ada apalah, Seol. Masalah kecik je."

"Kecik? Kecik apanya kalau sampai macam ni rutin kau? Ceritalah, Eun. Manatau aku boleh tolong?"

"It's okay, Seol. Thanks for asking but I can handle this. Kau kan tengah sibuk uruskan majlis kau. Aku tak nak lah tambah beban kau. Kalau kau nak makan kat luar, kau ikutlah kawan-kawan lain. Aku okay je sendiri kat sini."

Seolhee turunkan utensilnya. Tangan Gaeun diraih.

"Eun, apa gunanya ada kawan kalau bukan tempat untuk bercerita, hurm? Ceritalah, aku dengar."

Gaeun mengeluh. Dia perlu juga cerita. Lambat laun Seolhee akan tau juga.

"Aku... aku lari dari suami aku."

"Kau lari dari Sehun?!"

○○○

"Myeon dah tak ada pilihan lain, uncle. Uncle dengan aunty cubalah jenguk Sehun. Myeon rasa ada baiknya jugak Sena dengan Jia ikut sekali. Manatau dapat pujuk Sehun ke hospital?"

Tuan Oh memandang Junmyeon sayu. Anak muda itu juga kelihatan tidak terurus. Hal syarikat, hal Sehun. Junmyeon secara rasminya yang menjaga Sehun. Memang lelaki itu sudah membawa sedikit baju-bajunya dan tidur di rumah Sehun.

"Arraseo. Petang ni uncle dengan aunty pergi tengok Sehun. Kamu baliklah ke rumah kamu dulu, berehat. Uncle tengok kamu pun dah tak terurus. Kami akan bawa Sehun ke hospital malam ni."

Junmyeon mengangguk kecil. Dia bangun dan menuju ke biliknya semula mengambil kunci kereta dan komputer ribanya. Kerja menimbun. Junmyeon bercadang untuk menyambung kerja di rumah selepas dapat berehat seketika.

Junmyeon memasang earpiece dan mendail nombor seseorang yang baru sahaja diambil dari telefon Sehun pagi tadi. Kereta bergerak sebelum panggilan dijawab.

"Yeoboseyo?"

"Park Jinyoung?"

"Nae. Jeoyo. Nuguseyo?"

"Kim Junmyeon."

"Aaa Junmyeon. Wae? Mana dapat number aku ni?"

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now