Telefon Gaeun berdering. Nama Jinyoung tertera di skrin.
"Yeoboseyo? Wae, Jinyoung?"
"Eun. Esok free? Aku ingat nak ajak kau dengan Hyera keluar."
"Esok? Sorry, Jinyoung tapi esok first day Hyera sekolah. Pendaftaran mula esok."
"Oh really? Dah besar dah Hyera, dah nak sekolah. Takpelah kalau macam tu lain kalilah. Aku letak dulu, ya?"
"Jinyoung, kejap." arah Gaeun. Tanpa pengetahuan Gaeun, Jinyoung tersenyum di hujung talian.
"Kenapa tu?"
"Kita keluar esok. Kau teman aku pergi sekolah Hyera."
"Sehun? Sepatutnya ibu ayah kena datang, kan?"
"Sehun ada meeting yang tak boleh dielakkan. Aku tak nak first impression kawan-kawan Hyera adalah Hyera takde ayah."
Jinyoung senyap seketika.
"Boleh, Jinyoung?"
"Arasseo. Esok pagi aku jemput kau. Pukul berapa pendaftaran?"
"10 a.m."
"Alright. See you tomorrow, bestie."
Panggilan dimatikan. Gaeun mengeluh sikit.
"Betul ke apa aku buat ni?"
○○○
Hyera bangun awal harini. Semangat dia mahu bersekolah. Secara tak langsung, Gaeun juga turut serta bangun awal, mempersiapkan puteri sulungnya itu.
"Hyera mula sekolah harini?" soal Sehun.
Dia juga bangun awal kerana ada meeting penting. Tak sangka dia clash dengan pendaftaran Hyera.
"Iya." jawab Gaeun ringkas.
"Kenapa tak bagitau Hun? Boleh Hun cuti awal-awal."
"Awak lupa? Awak yang kata harini ada meeting penting. Saya tak sempat nak beritahu yang harini hari daftar Hyera tapi awak dah kata dulu yang meeting tu tak boleh postpone at all. You choose your work rather than your daughter." marah Gaeun.
Gaeun memang cukup geram dengan Sehun. Dia dah tak kesah soal Sehun berdingin dengannya namun dia geram kerana Hyera terlibat sama diabaikan.
"I'm sorry. Hun tak berniat macam tu. Masa Eun tanya tu kan Hun tengah sibuk. Sepatutnya Eun bagitau terus tarikh tu hari pendaftaran Hyera."
Gaeun berdecit.
"Cukup lah, Sehun. Letih dah saya dengar alasan awak. Pergilah meeting tu. Saya dah siapkan pakaian awak. Saya nak uruskan Hyera. Suruh Jia yang betulkan tali leher awak kalau senget."
Gaeun keluar dengan menghempas pintu bilik. Sehun tak mampu berbuat apa-apa. Dia tau ini salahnya. Dia masih tak ada bukti yang dia tidak memperkosa Jia.
○○○
"Good morning, princess. Ready for school?" soal Jinyoung ceria.
Tersenyum Gaeum melihat balasan ceria Hyera. Kereta mula bergerak. Jam masih awal, 8 pagi namun Sehun sudah lama meninggalkan rumah.
"Thank you, Jinyoung. Sorry sebab susahkan kau."
"No problem. Anything for you, Eun."
"Mengadalah kau. Marah girlfriend kau nanti."
Gelak Jinyoung terhambur.
"Dia okaylah. Dia tahu kau best friend aku. Lagipun dia bukan jenis cepat cemburu. As long as aku cintakan dia, dia okay."
"Bagusnya girlfriend kau. Untung kau dapat orang macam dia."
Jinyoung dan Gaeun berbalas senyum. Mereka tiba di sekolah Hyera tak lama selepas itu. Pendaftaran berjalan lancar. Rutin sekolah ini, ibu bapa perlu mengambil gambar bersama dengan anak. Kerana Jinyoung hadir, dia dipaksa mengambil gambar bersama Gaeun dan Hyera, menggantikan Sehun. Indah gambarnya seperti keluarga bahagia.
Gaeun ambil salinan digital gambar yang ditangkap, dipindahkan ke telefonnya. Sedih Gaeun melihat gambar itu. Hyera pasti kecewa kerana bukan appanya di hari pertama persekolahannya sedangkan role model Hyera adalah appanya.
○○○
"Ini apa?" soal Sehun pada Gaeun.
Terhinjut Gaeun kerana dikejutkan dengan balingan telefon Sehun di atas meja console itu.
"Apa?"
"Kenapa Jinyoung? Sepatutnya Eun berdua je dengan Hyera."
"Awak tanya saya kenapa? Awak ingat saya sanggup ke biar Hyera ke sekolah tanpa ayah? Saya pun bukan ibu betul dia. Eloklah dua-dua bukan ibu bapa sebenar Hyera, kan?"
"Jangan melampau, Eun. Eun cakap macam Hun ni ayah yang tak bertanggungjawab, kan?"
"Saya tak pernah cakap macam tu. Kalau awak rasa diri awak macam tu, maknanya betulkan?"
Tangan Sehun hampir naik ke pipi Gaeun. Menggeletar tangannya menahan diri sendiri.
"Oh nak pukul? Pukullah! Awak ingat saya takut ke?! Pukullah, Sehun! Pukul! Lempiaskan semua kemarahan awak dekat saya! Pukul!"
Gaeun memukul dada bidang Sehun sambil menangis. Sehun peluk Gaeun kuat sambil mengusap kepala isterinya.
"Mianhae, mianhae, jagiya." ucap Sehun perlahan.
Gaeun keluar dari pelukan Sehun dan masuk ke biliknya dan dikunci. Biarlah Sehun tidur di ruang tamu atau di bilik kerjanya.
double update yeay! weekend ni tak busy sangat and masih tak banyak kerja so sempatlah update 😆 also tengah ada idea, kalau takde idea rasanya tak update 😂
next week mayra tak janji for update lagi-lagi weekend sebab mayra ada field trip so 🥹 enjoy!!!!
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanfictionKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3