12

27 10 0
                                    

"Eun, esok hari jadi Sena. Mummy nak buat birthday party esok. Jom, cari hadiah untuk Sena." ajak Sehun.

Gaeun yang sedang mengunyah berhenti. Rumah yang dia paling tak mahu pergi.

"Hun je lah pergi. Nanti tiada siapa nak jaga Hyera. Kalau dah pandai berjalan tak apa jugak."

"Mana boleh. Eun tau tak ramai kawan Sena yang syok kat Hun? Eun nak ke dorang tackle suami Eun yang handsome ni?"

"Hun cakap je lah yang Hun dah kahwin."

"Mana boleh, dorang tak percaya nanti. Lagipun Hun nak jugak tunjuk isteri Hun yang cantik ni. Hyera tu kita mintak tolong omma jagakan."

"Hun, yang kahwin dengan Hun sebab nak jaga Hyera tu Eun tau. Bukan omma Eun."

"Ala sayang~ kalau Eun tak pergi, Hun tak nak pergi." rajuk Sehun.

"Hun, pergi je. Nanti apa pula mummy fikir? Hun pergi, Eun duduk rumah jaga Hyera. Okay?"

"Kalau Hun pergi sorang pun sama je mummy akan fikir bukan-bukan. Jom lah. Nanti Hun bosan kat sana sorang-sorang."

Gaeun mengeluh. Dia memang akan kalah dengan pujukan Sehun.

"Okay. Fine. Tapi janji dengan Eun, Hun takkan tinggalkan Eun kat sana."

"Kenapa? Bukan ada han--"

"Tak nak lah pergi kalau macam tu."

"Okay-okay. Ya, Hun janji. Dah makan cepat, kita pergi beli hadiah dengan baju. Eun kena nampak paling menyerlah malam ni. Baru orang nampak yang Eun ni isteri Oh Sehun."

Sehun mengeyitkan mata. Gaeun menjeling Sehun. Ada-ada je lah si Sehun ni.

○○○

"Wow, my princess looks so gorgeous. Hun risau lah tetamu confius mana satu birthday girl nanti." gurau Sehun.

Gaeun hanya berdecit. Hyera sudah di hantar ke rumah omma petang tadi. Sampai di rumah mummy, jantung Gaeun berdegup kencang. Sudah lama dia tak hadap mummy dan Sena. Jujur, dia takut.

Mereka keluar dari kereta. Tetamu mula berbisik sesama sendiri saat pasangan yang sempurna itu menjamah mata mereka. Sehun pegang tangan Gaeun dan membawa diri ke dalam rumah.

"Oppa~"

Sena berlari mendapatkan Sehun. Dia peluk abangnya yang tinggi itu.

"Oppa, Jia eunnie datang jugak! Eunnie, sini!" jerit Sena.

"Hai, Sehun." tegur Jia.

"Hai." balas Sehun acuh tak acuh.

"Gaeun eunnie, ni Oh Jia sepupu kitorang. Dia baru balik dari UK."

Gaeun senyum kekok pada Jia. Jia hulurkan tangan pada Gaeun.

"Oh Jia, sepupu Sehun dan Sena."

"Jung Gaeun." balas Gaeun ringkas. Sehun berdehem sebelum merangkul pinggang kecil Gaeun.

"Sorry, its Oh Gaeun. Glad to see you here Jia."

Sehun bawa Gaeun pergi. Mereka duduk di meja bulat yang disediakan. Sehun tinggalkan Gaeun untuk ambil makanan.

"Hai, Gaeun." sapa Jia.

"Hai. Jia, kan?"

Jia mengangguk. Dia pandang Gaeun atas bawah.

"Takde lah cantik mana pun. Macam mana lah Sehun boleh jatuh hati dengan kau ni. Teruk betullah taste Sehun ni. Sooyoung dulu pun bukan cantik sangat pun. Tch."

Jia jeling Gaeun. Gaeun hanya senyum kelat.

"Sehun berhak buat pilihan. Dia yang nak kahwin dengan aku."

"Tapi kau boleh tolak. Kenapa kau kena setuju?"

"Aku pun berhak buat pilihan. Dan aku dah pun pilih Oh Sehun untuk jadi suami aku."

Jia pandang Gaeun kasar. Dia tak boleh terima yang Gaeun tak mahu mengalah.

"Tinggalkan Sehun. Kalau tak, nasib kau akan sama macam Sooyoung."

Gaeun pejamkan mata dan menarik nafas dalam.

"Kau kena lawan dorang, Gaeun. Demi Hyera."

"Sembang apa?" soal Sehun sambil bawa sepinggan makanan.

"Satu pinggan je?" soal Gaeun.

"Hun kenyanglah. Eun je lah yang makan. Nah. Aaa~"

Gaeun buka mulut. Jia sudah jeling menyampah. Boleh pula dorang ber'sweet' depan dia.

"Pergilah sembang dengan mummy dengan Sena. Dorang rindu kau tau."

"Saya datang nak panggil awak. Mummy suruh panggil. Kek Sena nak ditiup dah. Mummy nak semua ahli keluarga ada."

"Ouh, okay. Jom, Eun."

"Mummy nak ahli keluarga sahaja." kata Jia sambil tekankan perkataan sahaja.

Sehun buat tak tahu dan menarik Gaeun bangun.

"Yah Oh Sehun, awak pekak ke?"

"Apa? Gaeun isteri aku. She's part of the family. Apa masalah kau?"

Jia mendengus kasar. Dia berlari meninggalkan mereka berdua.

"Hun pergilah. Takpe, Eun nak habiskan makanan ni."

"No! Abaikan Jia tu. Dia memang tak betul sikit."

Gaeun tak ada pilihan. Dia terpaksa ikut. Mereka menyanyikan lagu hari jadi buat Sena. Lilin ditiup sebelum kek dipotong. Masing-masing bertepuk tangan.

"Eun, tolong mummy ambilkan pinggan tu. Nak agihkan dekat tetamu."

Gaeun hanya menurut. Gaeun pegang pinggan sementara mummy meletakkan kek ke atas pinggan. Seperti disengajakan, Sena tertolak pinggan tersebut dan kek itu jatuh ke atas gown putih milik Gaeun.

"Sena! Kenapa careless sangat ni!?" marah Sehun. Dia ambil tisu dan buang krim-krim yang terlekat di baju Gaeun, dibantu empunya baju.

"Hun, tak apalah. Sena kan tak sengaja."

"Nah pakai baju ni." hulur Jia.

"Are you serious, Oh Jia? Ni baju ahjumma tau tak!?" tempik Sehun.

"Oppa, baju tu sesuai apa untuk eunnie." sampuk Sena.

"You're never changed, Oh Sena. Eun, kita balik."

Sehun tarik Gaeun pergi meninggalkan majlis. Ramai tetamu yang mengecam Jia dan Sena. Orang secantik Gaeun di samakan dengan taraf orang gaji. Memang makan makian lah jawabnya.

"Sayang, I'm so sorry. Hun betul-betul ingat Sena dah berubah. Rupanya sama je. Selama ni Eun elak tak nak pergi rumah mummy sebab Sena ke?"

Gaeun mengangguk perlahan. Sehun meraup mukanya sebelum memeluk Gaeun.

"I'm sorry, sayang. I'm truly sorry."

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now