46

30 6 0
                                    

Suasana hening. Hanya bunyi kipas yang kedengaran. Jelas ketegangan di muka Tuan Oh.

"Kenapa Sena tak beritahu daddy awal-awal? Mummy ugut Sena ke?"

Sena menggeleng sambil menunduk. Tuan Oh mengeluh.

"Pasal mendiang Sooyoung. Sena tau jugak?"

"Tak, daddy. Sena tak tau. Sena pun terkejut bila oppa kata macam tu tadi." balas Sena. Kepalanya tetap tertunduk.

"Jia? Kamu tau yang aunty punca mendiang Sooyoung pergi? Yang aunty tolak Sooyoung, kamu tau?"

Mata Jia membulat. Wajah ibu saudaranya yang hampir menangis itu dilihat.

"J-jia tak tau, uncle. Jia pun terkejut sekarang ni."

"Baik. Tapi kamu jujur dengan uncle. Betul ke Sehun rogol kamu? Uncle takkan benarkan kamu jejak kaki di rumah kami lagi atau berhubung dengan keluarga kami kalau kamu tipu. Jawab, Jia."

Jia memandang Puan Oh. Wanita yang berusia itu tapi masih cantik dipandang sekali. Wanita itu mengangguk kecil tanda menyuruh jujur.

"T-tak, uncle. Jia tipu. Jia yang koyakkan baju Jia sendiri dan tuduh Sehun. Jia memang perangkap Sehun, uncle. Jia nak Sehun kahwin dengan Jia."

Tuan Oh mengeluh. Memang anak buahnya yang seorang ini degil. Tak seperti anak buahnya yang lain.

"Kalau mendiang appa dengan omma kamu masih ada, mereka mesti kecewa dengan kamu Jia. Appa kamu tu tak pernah sekali pun buat jahat dekat orang lain. Omma kamu pun adalah adik ipar paling baik yang uncle ada. Kenapa kamu macam ni, Jia? Tak cukup ke kasih sayang dan perhatian yang keluarga uncle beri pada kamu? Kamu tau kan yang Sehun sayang kamu sebagai adik je? Kamu sedarkan perkara tu Jia? Tapi kenapa masih memaksa?"

Jia terdiam. Dia menunduk dan sedikit esakan keluar. Perhatian Tuan Oh dialihkan pada Sena semula.

"Mummy ada cederakan Eun ke Sena?"

Sena menggeleng. Gerun dia dengan daddy sendiri sehingga tak mampu untuk keluarkan suara.

"Apa yang jadi masa mummy serang Eun? Cerita, Sena."

"Mummy... mummy tunjuk gambar oppa dengan Jia eunnie dekat arked dengan Hyera. Masatu oppa pegang tangan Jia eunnie. Lepastu mummy ingatkan Eun eunnie pasal ugutan mummy 5 tahun lepas, masa oppa dengan eunnie kahwin."

Daddy mengeluh kasar dan meraup mukanya.

"Maknanya selama Eun kahwin dengan Sehun, dia dihantui dengan ugutan kamu, Junghwa?" soal daddy lagi.

Kecewa. Wajahnya yang tegang tadi kini berubah kecewa. Tak disangka isterinya sanggup memperlakukan sebegitu terhadap anak dan menantunya.

"Saya... saya..." Puan Oh hilang kata. Air matanya mulai menitik.

"Lagi, Sena?"

"Eun eunnie setuju untuk suruh oppa ceraikan eunnie. Tapi eunnie ada kata yang dia tak boleh tolong kalau oppa sendiri yang tak nak ceraikan eunnie. Lepastu Sena dah tak dengar apa-apa khabar dari eunnie. Sena terkejut bila oppa datang rumah dan kata nak kahwin dengan Jia eunnie. Dan Eun eunnie hilang masa hari majlis oppa dengan Jia eunnie. Tu je yang Sena tau daddy."

Sena menghembus nafas lega. Hilang beban di bahunya setelah diceritakan semua. Tuan Oh memandang Jia dan isterinya silih berganti. Dua manusia itu sedang menunduk.

"Junghwa. Saya takkan maafkan awak selagi Eun dan Hyera tak balik. Buatlah macam mana, yang penting saya nak Eun dan Hyera balik. Jia, kamu pun sama." arah Tuan Oh.

Klek. Pintu bilik Sehun terbuka. Doktor Boo menghampiri keluarga itu.

"Saya dah masukkan air dekat Sehun. Saya akan bawa nurse saya untuk pantau keadaan dia, jaga diet dia supaya dia kembali bertenaga." pesan Doktor Boo.

"Terima kasih, doktor. Saya pun dah buntu nak bawak dia ke hospital macam mana. Dah seminggu dia macam tu. Kawan dia pun buntu."

"Saya faham. Nasib juga Tuan telefon awal kalau tak makin teruk dia. Erm saya ada dengar dia meracau tadi dan sebut nama orang. Dua orang. Tak silap saya E-eun? Haa dengan Hyera?"

Mereka memandang sesama sendiri. Tuan Oh tersenyum nipis.

"Doktor saya rasa saya tau punca Sehun jadi macam ni. Nama yang dia sebut tu sebenarnya isteri dengan anak dia. Mereka ada perselisihan faham sikit dan sekarang mereka tinggal berasingan."

Tuan Oh menggosok lehernya. Segan kerana terpaksa buka aib keluarga sendiri.

"Oh. Maaf kalau saya tersilap."

"Eh tak apa doktor. Saya rasa doktor memang perlu tau."

Doktor Boo hanya mengangguk.

"Seeloknya, bawalah isteri dengan anak dia jumpa dia. Saya yakin yang dia akan betul-betul pulih kalau mereka ada. Saya balik dulu. Esok nurse saya akan datang dan pantau Sehun sampai dia nampak sihat sikit."

"Baik, terima kasih sekali lagi doktor."

Mereka semua menunduk hormat dan Tuan Oh menghantar Doktor Boo ke muka pintu.

○○○

"Pulangkan Gaeun." ujar Junmyeon.

Jinyoung tersenyum nipis.

"Kau fikir aku ke yang bawak lari dia?

"Well, aku agak je. Manatau betul? Who knows?"

Jinyoung berdecit kecil. Telefon dikeluarkan dan dibelek sedikit kemudian dihulur pada Junmyeon.

Sebuah ruangan sembang terpampang di skrin. Junmyeon membacanya.

"Jinyoung. Tolong carikan Gaeun. Ahjumma dapat tahu pasal Sehun daripada besan ahjumma. Sehun sakit, Jinyoung. Tolong ahjumma ya, nak? Ahjumma kesian dengan Sehun."

Jinyoung tarik semula telefonnya. Junmyeon termangu seketika.

"So? Masih nak tuduh aku? Eh kalau aku yang bawak lari Gaeun, aku takkan sewenangnya berlegar dekat office macam ni. Dengan aku-aku hilang sekali."

Junmyeon terdiam. Ya tak ya.

"Sebenarnya aku pernah lalu depan pejabat Gaeun dan aku nampak macam dia." ujar Jinyoung

Mata Junmyeon membulat.

"Bila?"

"Barulah jugak. Aku sengaja try nasib. Tapi aku tak pastilah tu betul-betul dia atau tak."

Junmyeon berfikir.

"Kau tolong siasat boleh? Tolong kembalikan Gaeun."

Jinyoung mengeluh.

"Arraseo. Apa-apa info nanti aku roger kau."

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now