48

29 5 0
                                    

Gaeun menghembus nafas berat. Pintu rumah agam ini dipandang. Tangannya erat digenggam suaminya.

"Eun ready?"

Gaeun mendongak memandang Sehun. Muka Gaeun gementar. Sehun lepaskan tangannya dan alihkan ke muka Gaeun. Pipi isterinya diusap.

"Hun yakin seratus peratus yang mummy dengan Jia dah berubah. Kalau mummy belum berubah, mana mungkin mummy yang ajak, kan?"

Gaeun mengangguk kecil. Bibirnya dikucup sekilas oleh Sehun memberi kekuatan pada isterinya.

"Jom."

Sehun membuka pintu rumah. Riuh suasana rumah seperti ada majlis.

"Eunnie!" jerit Sena sambil berlari. Gaeun dipeluk erat. Sungguh dia rindu benar dengan kakak iparnya itu. Gaeun balas pelukan Sena.

"Sena rindu eunnie." ucap Sena perlahan.

"Eunnie pun rindu Sena. Maafkan eunnie ya sebab tinggalkan Sena."

Pelukan dilepaskan dan mereka menatap sesama sendiri. Mata mereka bergenang.

"It's okay, eunnie. As long as eunnie dah balik semula, Sena dah bersyukur sangat."

Sena alihkan perhatian kepada Sehun pula. Muka abangnya disentuh dan digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Erm dah berisi sikit. Tapi masih kurus. Jom kita makan. Mummy yang masak tau."

"Serius?"

Sena mengangguk. Sehun dan Gaeun tersenyum serentak. Mereka menuju ke meja makan. Mummy keluar dari dapur membawa senduk.

"Hun, Eun? Dah lama sampai?" tegur mummy.

Gaeun kekok. Pelik kerana mummy mesra begini.

"Baru je sampai." jawab Sehun.

"Oh iya? Mari, makan. Sejuk nanti tak sedap.

Sehun mengangguk. Gaeun dan Hyera membuntuti Sehun. Gaeun duduk ditengah antara Sehun dan Hyera. Gaeun hidangkan buat Sehun dan Hyera sementara Sena hidangkan buat mummy dan daddy.

Mummy tersenyum sendiri. Dia baru sedar yang Sehun bahagia disamping pilihan hati dia. Sebagai seorang ibu, dia tak pernah melihat anak lelakinya itu seceria ini. Wajahnya sentiasa berseri. Mummy sebak. Dia salah menilai Gaeun.

Mummy memandang Hyera pula. Berselera benar dia makan. Anak kecil itu tak tumpah cantiknya seperti Sooyoung. Dapat juga dia mengubat rindu sedikit pada menantu pertamanya itu.

"Sedap ke tok mummy masak, Hyera?" soal mummy.

Hyera memandang Gaeun. Dia juga kekok kerana neneknya itu memang tidak pernah mesra bersamanya. Tambah pula dia pernah melihat Gaeun dimarahi olehnya. Gerun anak kecil itu.

"Jawablah, tok mummy tanya Hyera tu." arah Gaeun lembut.

Hyera memandang mummy semula.

"Sedap!" ujar Hyera jujur beserta senyuman.

Mummy tergelak kecil. Cucunya comel.

"Kalau sedap, makan banyak-banyak, ya? Kalau tak cukup nanti tok mummy masak lagi."

Hyera mengangguk sambil tersenyum dan dibalas mummy. Gaeun mengusap rambut Hyera. Sehun yang disebelah Gaeun tersenyum lebar.

Masa berlalu pantas. Mereka makan dengan cepat memandangkan masing-masing lapar. Sekarang, Gaeun berada di dapur bersama mummy.

"Seronok lari?"

Gaeun yang sedang mencuci pinggan itu berhenti.

"M-maksud mummy?"

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now