33

21 5 0
                                    

"Suka betul dia ya nak sekolah? Belum daftar lagi dah sibuk ajak omma beli barang sekolah." ujar Gaeun pada Hyera di seat penumpang di sebelah.

Berhati-hati Gaeun undurkan kereta untuk keluar dari kawasan parking. Tersenyum Hyera mendengar soalan ommanya.

"Mestilah. Kita kena semangat pergi sekolah. Barulah boleh jadi pandai. Hyera nak jadi pandai, nak jadi macam appa."

Gaeun tersentak. Mendengar Hyera berkata soal Sehun, hati Gaeun dipenuhi dengan pelbagai rasa tak baik.

Hampir setahun Sehun menjadi seperti orang lain, bukan dirinya. Sehun tidak lagi manja seperti dulu. Sering bersikap dingin terhadap dirinya dan juga Hyera.

Kadang-kadang sampai menangis Hyera dibuatnya apabila Sehun tertinggi suara. Gaeun juga selalu terasa hati terhadap Sehun.

Cuma di rumah omma dan appa Gaeun sahaja Sehun bersikap seperti dulu. Kecewa Gaeun kerana Sehun hanya berpura-pura di hadapan mertuanya. Masuk sahaja ke bilik mereka, Sehun bersikap dingin kembali.

Tengok saja sekarang, Gaeun dan Hyera keluar berdua sahaja. Bukan dia tidak mengajak, namun Sehun membalas dengan alasan sibuk.

Punyalah terasa, Gaeun tak menggunakan kredit kad milik Sehun untuk dirinya. Dia hanya gunakan jika melibatkan Hyera. Kecuali barang dapur rumah. Jika makan berdua bersama Hyera diluar, Gaeun tetap menggunakan wang simpanan sendiri.

Gaeun memandu dengan tenang ke pusat membeli-belah. Tanpa berfikir panjang, Gaeun terus sahaja menuju ke kedai Smiggle untuk membeli barang Hyera. Ikut trend orang kata.

Selepas siap memilih dan membayar, Gaeun bawa Hyera ke restoran. Dah penat berjalan, malas dia mahu masak.

"Hey, may I sit here?" soal seorang lelaki ketika Gaeun dan Hyera berbual kosong.

"Jinyoung. Sorang jeke?"

"Erm nampaknya begitulah. Boleh aku join?"

"Duduklah. Kitorang pun berdua je."

"Oh ingat Sehun ada sekali. Takpe ke aku dengan kau ni? Nanti dia sound aku dekat office lagi." adu Jinyoung, tak sedar.

"Sehun pernah buat macam tu dekat kau?"

Jinyoung tergelak halus.

"Cerita lama. Hiraukanlah. Dah order belum?"

Gaeun menggeleng.

"Orderlah apa kau nak. Aku belanja harini. Hyera nak makan apa? Uncle belanja harini, so Hyera pilih je apa-apa ya?"

Bersinar mata Hyera. Gaeun hanya tersenyum.

"Kau kan, memang pandai ambik hati dia, kan?" Jinyoung buat berlagak. Terhambur gelak Gaeun.

"Hyera kalau nak tau, dulu Hyera takut dengan orang tau kecuali omma, appa, halmeoni dengan harabeoji. Tapi bila dengan Uncle Jinyoung, Hyera tak takut pun, menangis apatah lagi." jelas Gaeun.

Hyera tergelak comel.

"Malulah Hyera kalau nangis depan Uncle Jinyoung yang handsome ni." kata Hyera.

"Wah, pandai anak kau bergurau, Gaeun. Tak padan dengan pelat."

Mereka bertiga gelak serentak.

"Ikut Sehun. Pandai sangat loya buruk." ujar Gaeun sambil mencubit pipi Hyera.

Perbualan mereka terhenti seketika tatkala makanan sampai.

"Oh bercakap pasal Sehun, dia sibuk ke? Sebab jarangkan dia nak bagi korang keluar berdua je. Aku bukan stalk kau tau, tapi aku selalu perasan yang kau kerap keluar berdua dengan Hyera sekarang."

Air muka Gaeun berubah. Jinyoung pula yang cemas sekarang.

"Sumpah Gaeun, aku tak stalk kau. Jangan salah sangka. Aku selalu terserempak dengan kau sebenarnya tapi aku tak berani tegur sebab aku takut salah orang."

"No, bukan pasal tu tapi Sehun. Memang kitorang selalu keluar berdua sekarang. Aku tak tau apa yang sibuk sangat dekat pejabat tu. Selalu sangat balik lewat."

"Aku tanya kawan rapat dia dekat pejabat dan kawan dia kata memang sibuk. Tapi aku sedihlah sebab kalau betul pun sibuk, kenapa mesti berdingin dengan kitorang. Sepatutnya kitorang jadi comfort people dia, bukannya tempat hilangkan stress." luah Gaeun.

Gaeun sangat memerlukan pendengar sekarang. Walaupun dia tersilap meluah pada orang yang salah.

"Aku simpati dengan kau. Tapi kau yang pilih dia, kan? Kau pun sayangkan dia. Sabarlah, Gaeun. Cuba kau yang tanya dia sendiri if dia ada masalah apa dekat pejabat. Haih, Sehun ni. Kenapalah dia buat macam tu dekat kau. Kalau aku, memang aku takkan buat kau macam tu."

Gaeun tersenyum kelat. Lain macam je ayat Jinyoung fikirnya.

"Takpelah nanti aku cuba berbincang dengan dia. Kau macam mana? Lama jugakkan kita tak jumpa."

"Agaklah. Aku okay je. Masih bekerja seperti biasa."

"I see. It's good for you then."

"Ah, Gaeun. Aku tak taulah kalau aku perlu cakap pasal ni atau tak tapi kan kau kata Sehun sibuk, kan? Tapi aku selalu nampak dia dekat butik Jia."

Gaeun tertampar.

"Sehun dekat butik Jia? Tapi Sehun nak tengok muka Jia pun tak selera, takkanlah dia boleh pergi ke sana?"

"Itulah, aku pun pelik. Sebenarnya aku banyak contact dengan Jia sebab kitorang plan nak buat projek bersama and in the mean time, Jia selalu cerita dekat aku yang Sehun hari-hari tolong dia dekat butik. Day by day, Sehun makin lama makin happy. Dah 6 bulan juga Jia bercerita dengan aku."

Badan Gaeun menggeletar sebenarnya tapi Jinyoung tak perasan. Dia cuba untuk senyum.

"Eh Jinyoung aku lupalah yang aku masak nasi kat rumah tadi lupa nak tutup api." dalih Gaeun.

Dia mahu lari. Dia tak mahu dengar apa-apa dari Jinyoung. Gaeun yakin, itu hanya muslihat Jinyoung untuk pisahkan dia dan Sehun.

halo semua! tiba tiba saya senyap kan HAHAHA supposedly i finish this story before new semester start tapi new semester dah start and cerita tak habis lagi ni HAHAHAHAH ottokkee 🥴

maka dengan ini mayra akan cuba siapkan sebelum busy 🫠 which is maybe minggu depan dah busy 😭

so sorry tau mayra sumpah takde idea nak endkan cerita ni perfectly 😭 i'll try my best tapi kalau tak best jangan koyak tauu aaa 🥺 sumpah mayra punya busy tu lagi teruk dari matriks dulu sob sob

maybe akan lambat lagi end sebab mayra akan update slowly so thank you siapa yang tunggu, really appreciate 🫰🏻

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now