29

14 6 0
                                    

Seminggu berlalu. Sehun kerap balik lewat dan pergi awal ke tempat kerja. Gaeun hanya berfikiran positif. Mungkin saja Sehun memang banyak kerja.

"Hun pergi kerja dulu. Hun balik lewat lagi." beritahu Sehun acuh tak acuh.

"Okay. Tapi rehatlah sekali-sekala. Hun dah seminggu balik lewat. Bawah mata tu dah gelap."

Gaeun cuba menyentuh bawah mata Sehun namun ditepis perlahan oleh Sehun. Gaeun terkedu dengan reaksi suaminya itu. Sehun ambil beg kerjanya di tangan Gaeun dan melangkah keluar. Tanpa sempat Gaeun ucapkan apa-apa.

"Hun."

"Hun tertinggal morning kiss favourite Hun." ucap Gaeun perlahan.

Hampa, kerana Sehun sudah pun hilang saat namanya disebut.

○○○

Gaeun sibuk menghadap komputer ribanya. Mencari birthday party planner untuk majlis hari jadi Hyera. Gaeun sudah jumpa beberapa laman web yang menawarkan service dengan harga yang berpatutan. Gaeun bookmark laman web tersebut dan menutup laptopnya.

Dia perlu berbincang dengan Sehun terlebih dahulu. Sehun masih belum tau tentang ini. Maklumlah, Sehun agak sibuk. Jadinya dia perlu menunggu Sehun.

Malam. Gaeun larit menonton drama di televisyen berseorangan. Hyera sudah lama beradu jam 10 tadi. Sejam juga Gaeun menonton satu episod drama tetapi Sehun masih belum pulang.

Gaeun takkan tidur selagi Sehun belum pulang. Walaupun dia mengantuk sekalipun, dia akan cuba hilangkan mengantuk demi menjemput kepulangan Sehun. Bagi Gaeun, itu adalah tugas isteri.

Hampir saja Gaeun tersengguk dan terlena, Gaeun dikejutkan dengan bunyi kunci pintu terbuka. Gaeun pasti itu Sehun. Gaeun segera bangun dan bergerak ke pintu.

Jasad Sehun muncul disebalik pintu. Tersenyum Gaeun dapat melihat Sehun. Dia ambil beg kerja Sehun dan mendekatkan dirinya dengan Sehun menunggu ciuman biasa di dahi.

"Hun kotorlah. Eun pergilah tidur. Hun nak mandi."

"Tak apa, Eun tunggu. Hun nak air?"

"Tak mahu. Tak payah tunggu, pergi tidur." balas Sehun dingin.

Gaeun ditinggalkan di ruang tamu. Dia sekali lagi terkedu dengan sikap Sehun. Gaeun tak mahu dimarahi Sehun jadi dia menutup semua lampu di luar dan masuk ke bilik seperti yang disuruh.

Gaeun dengar kunci pintu bilik air terbuka. Dia yang darinya baring sambil termenung menunggu Sehun cepat-cepat memejamkan mata.

Gaeun menunggu Sehun untuk baring dan memeluknya atau menciumnya sebelum tidur. Namun hampa tatkala Sehun keluar dari bilik itu.

"Mana dia pergi? Takkan keluar semula kut?" soal Gaeun sendiri.

Gaeun pejamkan mata. Mencuba untuk tidur. Dia palingkan badan. Masih tak boleh lena. Dia tak tenang memikirkan ke mana perginya Sehun.

Gaeun bangun. Dia keluar dari bilik dan lihat seluruh rumah gelap. Namun ada cahaya yang keluar dari bilik kerja Sehun. Lega sikit hati dia bila tau Sehun di dalam.

Gaeun ketuk pintu bilik Sehun. Senyap. Gaeun berdegil dan terus buka pintu bilik itu. Dia dapat lihat Sehun di meja kerjanya sedang menghadap laptop sambil memakai headphone. Patutlah tak menyahut.

Gaeun menghampiri Sehun dan memeluk leher suaminya. Terangkat bahu Sehun kerana terkejut dengan tingkah Gaeun. Manusia mana tak terkejut kalau tiba-tiba ada orang memeluk lehernya pada jam 1 pagi sebegini.

Sehun buka headphonenya dan palingkan mukanya menghadap Gaeun yang sedang melentokkan kepalanya di bahu Sehun. Sehun cium bibir Gaeun sekilas.

"Dah pukul 1 pagi baru dapat kiss."

Gaeun muncungkan bibirnya. Sehun tersenyum nipis. Dia tarik tangan Gaeun membawa isterinya ke pangkuan. Sehun dan Gaeun tatap sesama sendiri.

"Hun okay?" soal Gaeun sambil memegang pipi Sehun.

Sehun turunkan tangan Gaeun dan memegangnya erat. Sesekali diusap lembut tangan isterinya.

"Hun kalau ada masalah, ceritalah. Jangan pendam. Eun sedia mendengar."

"Tak ada masalah apa pun. Hun penat sikit je sebab banyak kerja dekat pejabat. Junmyeon hyung kan cuti."

"Aik pekerja yang cuti, boss pulak yang buatkan kerja pekerja? Untunglah jadi Junmyeon oppa."

Sehun dan Gaeun tergelak kecil. Sehun bermain dengan rambut Gaeun.

"Eun kenapa tak tidur lagi? Dah lewat dah."

"Tak boleh tidur sebab Hun tak ada. Rindu."

"Mianhae. Hun ada kerja yang nak disettlekan. Sebab tu tak boleh tidur lagi. Eun tidur je dulu, nanti Hun masuk, okay?"

"Tak mahu. I want cuddle. Hun pergi kerja pun tak kiss Eun, apatah lagi bila balik. Sibuk sangat sampai lupa rutin sendiri."

Gaeun menunduk. Ada terselit rasa geram dengan diri sendiri sebab mengada sebegini. Namun apa yang terbuku di hati perlu di beritahu. Gaeun tak mahu Sehun meneka sendiri kerana nanti dia juga yang sakit hati.

Sehun sentuh dagu Gaeun dan mengangkat muka wanita itu kembali. Sehun mencari anak mata Gaeun.

"Ya, Hun tau Hun salah. Tapi Hun harap sangat Eun faham. Hun sibuk sangat."

"Tapi kiss sekejap pun tak sempat ke." ujar Gaeun perlahan.

"Apa dia?" soal Sehun. Dia dengar je sebenarnya cuma sengaja mahu Gaeun ulang.

Gaeun menggeleng dan kembali menunduk. Dia pandang tangannya yang digenggam erat oleh Sehun. Gaeun dengar keluhan Sehun sebelum dia menjerit kecil tatkala Sehun mengangkatnya duduk di atas meja.

"You're really miss me huh?" soal Sehun halus.

Dia mengepung Gaeun dengan tangannya di atas meja. Jarak antaranya dengan Gaeun dikurangkan sedikit demi sedikit. Sehun satukan dahinya dengan Gaeun.

Gaeun ambil langkah awal dengan mencium bibir Sehun dahulu. Sehun membalas lembut buat Gaeun semakin menikmatinya. Sedikit desahan keluar dari Gaeun dan Sehun berhenti.

"Hun takkan tinggalkan Eun, kan? Masih ingat janji Eun, kan?"

"Ya, sayang. I remember everything. Hun pun tak boleh hidup tanpa Eun, macam mana Hun nak tinggalkan Eun?"

"Arraseo. Eun percayakan Hun. Tapi Hun jangan jauh-jauh dari Eun. Nanti Eun rindu."

"Okay-okay Hun janji Hun takkan jauh dengan Eun walaupun Hun sibuk. Esok Junmyeon hyung dah balik, so kerja Hun tak banyak dah. Kita boleh spend time lama."

Sehun lagakan hidungnya dengan Gaeun. Bibir Gaeun juga dicium sekilas. Gaeun diturunkan dari meja.

"Dah, pergi tidur. Hun nak siapkan sikit lagi kerja nanti Hun masuk."

Gaeun keraskan badan, tak mahu keluar. Sehun yang masih berdiri terus mengangkat Gaeun secara bridal style dan keluar dari bilik kerja itu menuju ke bilik mereka.

hey semua! saya tau ada yang baca ni jadi mintak sangat tolong vote ya 🙏🏻😭 kasi semangat sikit nak menulis hewhehw

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now