"Aku dah kata dengan kau haritu, jujur je dengan Gaeun. Degil. Sekarang dah jadi lagi teruk. Siapa yang pening? Kau jugak kan?"
"Daripada kau membebel macam tu, baik kau tolong aku fikir, hyung." rungut Sehun sambil badannya dilentokkan ke belakang. Mujur kerusi pejabatnya itu mampu menampung beratnya.
"Aku tolong fikir? Kau yang cari masalah, aku pulak yang kena tolong fikir?" Junmyeon menggeleng melihat Sehun.
"Habis siapa lagi yang boleh tolong aku selain kau? Kau kan lagi tua dari aku hyung, kau matang sikit."
Junmyeon tergelak besar. Dia gelengkan kepalanya.
"Oh time dah teruk macam ni baru nak dengar cakap aku? Time keadaan masih okay tak nak dengar cakap aku?"
"Ala hyung~"
Sehun hampir menangis. Senyuman lebar Junmyeon hilang. Dia mengeluh.
"Apa yang kau nak aku buat? Apa je yang aku boleh tolong?"
"Tolong bagi idea? Takkan aku nak suruh kau pujukkan Eun pulak."
"Ihh tak nak aku. Erm, Eun ada bagi pilihan lain dekat kau? Selain dari lepaskan dia?"
"Tak ada. Dia suruh aku lepaskan dia je."
"Kau balik, ambil semula hati dia. Tanya dia balik elok-elok apa punca dia nak kau lepaskan dia. Kalau dah tau apa salah kau, tanya dia pulak apa yang kau perlu buat untuk tak lepaskan dia. Aku tau kau sayang dia, aku tau kau takkan lepaskan dia. Cubalah dulu cadangan aku. Mana tau menjadi?"
Sehun termenung dan mengeluh pendek.
"Hubungan kau dengan dia takkan elok serta-merta. Sekurang-kurangnya dia dah tak mintak kau lepaskan dia dah cukup bagus. Lepastu carilah jalan lain pulak nak betulkan hubungan korang. Yang penting tau dulu mana silap kau, punca dia mintak kau lepaskan dia. Faham tak aku cakap ni?"
"Faham, hyung."
"Haa kau nak sangat aku tolong kau bagi idea, kan? Ni dah berbuih mulut aku membebel, kalau tak dengar jugak aku libas kau." bebel Junmyeon lagi tanpa sedar.
"Baik, hyung. Hun akan dengar cakap hyung."
Sehun dan Junmyeon tersenyum sesama sendiri.
○○○
Sehun menelan air liurnya. Berat betul tangannya untuk menekan kata laluan pintu rumahnya itu. Sehun menarik dan menghembus nafas, cuba untuk bertenang. Kata laluan dimasukkan dan Sehun melangkah ke dalam.
Jantung Sehun berdetak laju semula apabila melihat wajah dingin Gaeun yang berada di sofa. Mata Gaeun melihat ke arah televisyen sahaja. Bergetar juga lutut Sehun. Plastik yang berisi makanan diletak di atas meja.
"Eun." panggil Sehun lembut sambil berjalan menghampiri Gaeun.
Gaeun hanya diam. Tersenyum pendek Sehun melihat lelaki dalam kaca televisyen itu. Gaeun tak tipu, dia memang minat akan pelakon Park Chanyeol itu.
"Hun ada beli pizza. Jom, makan? Hyera mana?"
"Saya kenyanglah. Awak makan jelah berdua dengan Hyera."
"Sampai hati Eun tak nak teman Hun dengan Hyera makan."
Gaeun berdecit.
"Dia keluar dengan perempuan lain sampai pulak hati dia." bisik Gaeun sendiri namun telinga Sehun masih dapat tangkap apa yang dibicarakan Gaeun.
"Gaeun..." panggil Sehun. Dia mengeluh pendek.
"Eun masih dengan keputusan Eun? Eun betul-betul ke nak Hun lepaskan Eun?"
"Iya. Saya tak nak tengok muka awak lagi."
Mata Gaeun mula bergenang. Dada Gaeun sangat sesak sekarang kerana apa yang dibicarakan sama sekali tidak seiring dengan hatinya.
Gaeun sayang dan terlalu cintakan Sehun. Mana mungkin dia tak mahu melihat wajah cinta pertamanya. Namun kekecewaan dan egonya lebih menguasai dirinya.
"Tapi Hun dah janji dengan appa yang Hun takkan tinggalkan Eun."
Gaeun ketawa sinis.
"Janji? Oh masa ni baru nak ingat janji? Awak ingat awak berdingin dengan saya, tinggalkan saya dan Hyera hidup sendiri, dengan awaknya yang tak melekat dekat rumah, lepastu kantoi keluar dengan Jia, bawak Hyera pulak tu. Awak fikir apa yang awak buat semua tu tepati janji awak pada appa ke? Awak bernasib baik tau saya tak mengadu dengan appa kalau tak awak dah tak merasa nak hidup lagi dekat dunia ni."
Seperti biasa, Gaeun akan beredar selepas bertekak dengan Sehun dan semestinya dia ditahan Sehun. Sehun turut bangun dan hadapkan Gaeun di hadapan dirinya. Tangan Gaeun digenggam erat.
"Eun tolong Hun, please? Tolong bagitau Hun, apa yang Hun boleh buat selain lepaskan Eun? Hun akan buat apa sahaja asalkan Eun bahagia. Hun tak boleh lepaskan Eun. Hun tak mampu, sayang. Hun cintakan Eun sangat-sangat lebih dari mendiang Sooyoung. Tolong Eun, bagitau Hun?"
Sehun merayu. Suaranya juga bergetar hampir menangis mengeluarkan air mata jantannya.
"Betul awak akan buat apa je? No objection at all?"
"Yes, my queen. Everything. As long as you still be my wife."
"Geurae. Kahwin dengan Jia."
"Jung Gaeun..."
menyepi sekejap hehe busy lah nok cuti sem ni kena berkebun lah merewang lah 😭😂 bila dah pindah duduk dekat dengan kampung ginilah jadinya 🫠😮💨
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanfictionKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3