"Eun okay?" soal Sehun saat brek tangan ditarik.
Gaeun memandang Sehun dan tersenyum. Anggukan kecil diberi.
"Hun tak payahlah risau. Eun yakin, lepas Hun marah Jia haritu, dia takkan berani apa-apakan Eun lagi."
Sehun mengeluh perlahan. Tangan Gaeun disatukan dan diusap perlahan.
"Okay tapi janji jangan jauh-jauh dengan Hun."
"Arraseo. Dah, jom?"
"Jom."
Sehun dan Gaeun keluar dari kereta. Sempat Sehun satukan tangannya dengan Gaeun. Tergeleng kecil Gaeun kerana ulah Sehun.
Mereka disambut baik oleh penyambut tetamu. Tangannya ditunjukkan ke meja VVIP dimana tertera nama 'Encik dan Puan Oh'. Mereka menuju ke meja tersebut. Lega hati Sehun kerana makanan sudah terhidang. Tak perlu dia susah-susah untuk bangun dan meninggalkan Gaeun berseorangan.
"Hai, Gaeun." tegur seseorang.
Gaeun dan Sehun toleh ke kanan serentak, arah suara kedengaran. Merah padam muka Sehun saat melihat lelaki itu. Anak mata Gaeun bergetar. Dia buntu memikirkan reaksi yang perlu diberi.
"J-jinyoung. Kau buat apa dekat sini?" soal Gaeun.
"Orang dah jemput, aku datanglah. Salah?"
"Orang jemput? Kau tak ada kena mengena dengan keluarga aku. Siapa yang jemput kau?" soal Sehun baran.
"Sehun, saya yang jemput dia. Eun yang kenalkan kitorang then saya jemputlah." terang Jia saat dia melihat ketegangan antara mereka.
"Nasib majlis Jia je tau. Kalau tak dah lama aku halau kau." balas Sehun perlahan.
Dia betulkan coatnya secara kasar. Gaeun hulurkan air dan disisipnya sedikit. Belakangnya juga diusap perlahan.
"Hun. Tolong kawal baran Hun, ya? Eun tau Hun benci sangat dekat Jinyoung lepas tau apa yang dia buat pada Eun tapi kehadiran dia harini, bukan salah dia langsung. Dia datang pun sebab Jia jemputkan, kalau tak dia tak datang pun."
"Ya, Hun tau tu. Hun lupa yang Eun pernah kenalkan diorang."
"Arraseo. Kita makan dululah sementara nak tunggu majlis."
"Hmm."
○○○
Gaeun mencuci tangan selepas keluar dari tandas. Tisu diambil dan dikeringkan tangannya. Beg tangannya juga dibuka dan diambil gincu untuk menambah gincu yang berkurangan dibibir akibat makan tadi.
"Jinyoung bagitau aku yang korang rapat dulu. Kau memang tak ada hati eh dekat dia? Sepupu aku jugak yang kau aim. Memang dah plan nak rampas harta ke?"
"Kau merepek apa? Tak fahamlah. Boleh tolong lukis tak?"
Jia berdecit. Badannya dipusingkan ke arah Gaeun.
"Jangan buat-buat bodoh Gaeun. Kau sebenarnya tau je kan yang Jinyoung tu suka kau?"
"So? Kalau dia suka aku pun kenapa? Aku ada hak untuk tolak atau terima dia."
"Dan kau sepatutnya tolak lamaran Sehun untuk kahwin dengan dia. Kau ada hak, kan?"
"Aku ada hak untuk terima Sehun jugak! Jia, tolonglah jangan cari pasal tentang hal ni lagi. Kau kejarlah Sehun tu sampai hujung dunia sekalipun, dia takkan terima kau. Kalau orang lain sekalipun yang gantikan tempat mendiang Sooyoung unnie, orangnya tetap bukan kau. Tolong ingat benda ni."
Jia menghela nafas kasar. Dia menghampiri Gaeun.
"Kalau macam tu, aku yang akan buat Sehun gantikan tempat kau dengan aku. Jangan pernah main-main dengan aku ya Gaeun. Kau belum kenal siapa aku. Aku tak pernah tak dapat apa yang aku nak."
Jia melanggar bahu Gaeun sebelum keluar dari tandas. Gaeun berpaut pada sinki, menahan kakinya yang lemah longlai berhadapan dengan Jia. Air mata Gaeun gugur. Dia takut. Takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia tak mahu kehilangan Sehun dan Hyera. Hanya mereka sahaja yang menjadi kekuatan Gaeun buat masa sekarang.
○○○
"Buat apa lama-lama dekat tandas?" soal Sehun.
"Oh tandas penuh tadi. Tu yang lambat sikit tu, tunggu queue."
"Yeke, patutlah lama. Ni tadi omma call, dia bagitau Hyera menangis tak nak tidur. Dia sibuk nak main iPad dia. Omma dah suruh berhenti tapi degil budak tu. Entah perangai siapa dia ikut."
"Perangai awaklah. Saya dengar cakap omma dengan appa, okay."
"Yelahtu. Jomlah balik. Kesian pulak omma nak melayan Hyera. Esok nak balik rumah kita pulak."
"Eung, kaja."
○○○
"Nak omma!" jerit Hyera. Hyera hampir petah bercakap. Banyak perkataan yang sudah dia boleh katakan.
"Kita tidurlah dulu. Meh halmeoni tepukkan Hyera ya, sayang. Kejap lagi omma dengan appa sampai, halmeoni kejutkan Hyera."
"Shireo! Hyera windu omma!" tangisannya semakin jelas kedengaran.
Pintu rumah terbuka. Berlari Sehun dan Gaeun mendengar suara anaknya.
"Hyera sayang, kenapa ni?"
"Omma!"
"Ya, omma ada ni. Kenapa tak nak tidur? Kenapa tak dengar cakap halmeoni?"
"Nak tidur dengan omma." kata Hyera manja.
"Ara-ara. Jom kita tidur, ya? Ajak appa naik, nanti omma datang okay?"
"Hmm. Appa, ngee."
Hyera tayangkan giginya dan mendepakan tangan, minta didukung Sehun. Sehun angkat Hyera dan dicium pipi anak kecilnya.
"Lain kali jangan nangis-nangis macam tu tau. Kesian dekat halmeoni. Hyera tak sayang halmeoni ke?"
"Cayang. Tapi omma dengan appa janganlah salu tinggalkan Hyera."
"Okay-okay appa mianhae, hmm?"
"Naep!"
Sehun dan Hyera mengekek kecil sehingga ke bilik. Sehun membawa Hyera ke tandas untuk mencuci kaki dan tangan dahulu sebelum membawanya ke katil.
"Hyera baring dulu, tunggu omma naik tau. Kalau omma tanya, cakap appa mandi. Arrachi?"
"Nae! Appa, iPad Hyera kat mana?"
"Aip, no more iPad. Dah lewat ni. Sambung esok pulak." tegas Sehun.
Hyera akur walaupun bibirnya sudah muncung sedepa. Tersenyum Sehun melihat perangai puteri tunggalnya.
hi? hehe i know its been a while i'm updating this bcs i'm busy with uni bfr this and currently work since its semester break ㅠㅠ very sorry for the delay huhu enjoy the update!
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanficKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3