31

19 6 0
                                    

Junmyeon mengurut pelipisnya selepas mendengar cerita Sehun. Parah kejadiannya ni.

"So kau memang dah nekad lah nak terus tipu Gaeun, kurangkan perhatian pada dia dan fokus pada Jia?"

Sehun mengangguk lemah.

"Tapi Jia tak ada apa-apa pun. Mengandung pun tidak. Kalau dia mengandung tu boleh lah kalau kau nak kira bertanggungjawab. Ni elok je urus butik tu." rungut Junmyeon.

Dia kesiankan Gaeun. Wanita baik sepertinya tidak patut menerima layanan seperti ini.

"Iya, itulah masalahnya. Tapi kalau aku tak ikut cakap dia dengan mummy, dorang nak beritahu Gaeun. Aku tak nak kecewakan dia."

"Habis, apa yang kau nekad tu takkan kecewa kan dia lah? It will hurt her more, Oh Sehun."

Sehun mengeluh. Dia buntu untuk fikirkan penyelesaian terbaik. Sehun tiba-tiba teringat sesuatu. Dia sudah berjanji mahu pulang awal kepada Gaeun. Masih sempat untuk dia pulang kerana angka baru menunjukkan jam 5 petang.

"Hyung, aku balik dulu. Aku dah janji dengan Gaeun nak balik awal harini. Kau belanjakan harini? Hehe, gomawo."

Sehun memecut laju hilang dari pandangan Junmyeon. Dia masuk ke dalam kereta sambil humming lagu kegemarannya.

Sudah separuh jalan Sehun menekan pedal minyak, dia menerima panggilan dari Jia.

○○○

Gaeun tarik handbrake. Jam sudah menunjukkan angka 7. Lama juga dia keluar bersama Aeri dan Baekhyun tadi. Mereka menemani Hyera bermain di taman sambil berbual kosong.

Disebabkan kerjaya Baekhyun sebagai seorang doktor, mereka perlu manfaatkan masa cuti dia dengan baik.

Gaeun berfikir sama ada Sehun sudah pulang atau belum kerana dia tidak menerima sebarang mesej dari lelaki itu jika benar Sehun sudah pulang.

Gaeun mendukung Hyera yang terlena. Seronok benar dia bermain bersama seorang kanak-kanak yang lebih kurang bayanya. Gaeun terfikir yang Hyera mungkin seorang introvert memandangkan waktu kecilnya yang tak boleh bersama orang lain kecuali Sehun, Gaeun dan omma Gaeun.

Ternyata tidak kerana Hyera sangat peramah anaknya. Mungkin saja kelmarin Sehun dan Hyera jarang membawa Hyera bertemu orang luar. Mujurlah dia senang buat kawan sekarang. Tak adalah dia risau mahu menghantar Hyera ke sekolah nanti.

Tadi juga puas dia dilayan oleh Aeri dan Baekhyun. Comel benar mereka, kelihatan seperti ibu bapa sebenar. Eloklah mereka kahwin, memang cocok.

Sampai dirumah, Gaeun melihat selipar rumah Sehun masih terletak elok. Kasut kerjanya juga tiada. Gaeun tak mahu bertanggapan negatif. Mungkin saja Sehun dalam perjalanan pulang.

Gaeun letakkan Hyera di dalam biliknya. Dikejutkan anaknya itu untuk membersihkan diri. Risau mengingau nanti.

Gaeun turut sama membersihkan diri. Siap mandi, Gaeun menjenguk Hyera di bilik. Elok sahaja dia meniarap sambil membelik iPadnya.

"Sayang omma lapar? Makanan Hyera tadi ada lagi. Kalau lapar, omma nak panaskan."

Hyera menutup gajetnya. Tumpuan diberi pada Gaeun.

"Lapar tapi Hyera nak makan dengan appa. Appa dah balik ke omma?"

"Ajik. Dah pukul 9 ni nanti Hyera nak tidur. Kena makan sekarang."

Hyera akur dan main semula dengan iPadnya. Gaeun keluar ke dapur dan memanaskan semula makanan Hyera yang dibungkus dari kedai tadi.

Selepas 5 minit penyediaan, Gaeun memanggil Hyera untuk makan. Perlahan sahaja kunyahan anak kecil itu. Kesian pula dia melihat anaknya sebegitu.

Gaeun ambil telefonnya di dalam poket dan bangun dari meja.

"Hyera makan dulu, omma nak telefon kawan kejap, ya?"

Hyera hanya mengangguk. Hyera memang pintar. Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sepertinya, dia sangat bijak kerana sudah pandai petah bercakap dan mudah mendengar kata.

"Yeoboseyo?"

"Hmm, kenapa?"

Gaeun berjeda. Ini bukan Sehun.

"Mummy. Hun ada?"

"Dia dekat tandas. Mandi."

"Oh. Sehun di rumah mummy, ya? Dia tak bagitau Eun pulak."

"Takkan semua benda dia nak report dekat kau."

Gaeun tertampar. Merah padam mukanya walaupun tidak di hina depan-depan.

"Betullah tu. Takpelah mummy, nanti Eun telefon Hun balik."

"Tak payah. Jangan ganggu dia untuk malam ni. Dia ada tetamu yang perlu dilayan."

Panggilan dimatikan oleh mummy. Hampir menangis Gaeun dibuatnya. Gaeun pergi ke meja makan semula, melihat Hyera. Tinggal suku sudah makanannya.

"Hyera lepas makan nanti gosok gigi then tidur, ya? Appa balik lambat, tak payah tunggu. Nanti omma teman Hyera tidur."

"Nae, omma."

○○○

"Tak tidur lagi?" soal Sehun yang baru pulang.

Gaeun tidak memandang Sehun langsung. Matanya tajam menonton televisyen pada jam 2 pagi ini. Soalan Sehun juga dibiarkan.

Sehun dekati Gaeun di sofa. Dia masih dihiraukan Gaeun. Sehun tersenyum kecil. Dia tau dia salah.

"Sayang, I'm sorry. Hun tau Hun tak tepati janji."

"Janji apa? Hun ada janji apa-apa ke dengan Eun?"

"Hun janji nak balik awal sebab Eun nak bincang perkara penting pasal Hyera. Hun ingat sayang, Hun ingat. Hun dah balik awal dah tadi tapi ada benda yang Hun kena settlekan. Kalau tak percaya, tanya Junmyeon hyung." terang Sehun.

"At least, bagilah tau. Mesej pun tak. Nasib baik mummy angkat call tadi."

"Mummy angkat call? Eun call Hun?"

Gaeun berdecit.

"Eun peliklah. Hyera tu darah daging Hun tau. Tapi Eun yang beria buat semua benda untuk dia. Dahlah Hun, Eun mengantuk. Pandai-pandailah ambik air sendiri kalau nak. Eun tidur dulu."

sorry kalau macam mengarut 🙏🏻😭 i'm still trying to be on the right path 🫠

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now