11

35 10 0
                                    

Telefon Sehun berdering minta diangkat. Nombor tak dikenali tertera.

"Sehun, naya. Taeyeon noona."

"Ahh noona. Wae?"

"Noona dah balik Seoul ni. Ingat nak jumpa Sehun. Free tak?"

"Bila? Kalau tak sibuk Sehun okay je."

"Weekend ni Sehun free ke?"

"Kalau ikutkan tak. Sabtu kerja, Ahad keluar dengan Gaeun beli barang dapur."

"Haa eloklah. Nanti Sehun bagitau Sehun beli barang kat mana. Noona pun nak jumpa Gaeun."

"Okay. Nanti Sehun bagitau."

○○○

Sehun tolak troli sementara Gaeun memilih barang. Sesekali Sehun main telefonnya bersembang dengan Taeyeon. Kaunter dituju selepas siap memilih barang. Black card diswap sebelum diturunkan tanda tangan.

"Eun kita singgah restoran tu kejap. Hun nak jumpa someone."

"Nugu?"

"Tengok je lah siapa."

Gaeun cemberut. Ni lah Sehun, suka sangat berahsia. Gaeun tunggu Sehun membeli air. Tiba-tiba seorang perempuan duduk di hadapan Gaeun.

"Eunnie!?" jerit Gaeun perlahan.

Gaeun bangun dan memeluk gadis di hadapannya.

"Eunnie buat apa kat sini? Eun rindu eunnie. Bila eunnie balik Korea ni? Sampai hati tau eunnie pergi New York masa Eun kahwin." rajuk Gaeun.

Taeyeon tergelak. Rindu betul dia dengan adik angkat dia ni. Gaeun dan Taeyeon memang rapat sejak sekolah. Mereka ditakdirkan untuk menjadi mentor-mentee dalam Program Mentor-Mentee di sekolah mereka.

Kebanyakan pelajar lain sudah tidak berhubung tapi tidak bagi Taeyeon dan Gaeun. Memandangkan Taeyeon dan Gaeun kedua-duanya anak tunggal, mereka jadi sangat akrab.

"Bukan eunnie sengaja. Dah syarikat tu tetapkan tarikh eunnie kena pergi haritu jugak. Takkan eunnie nak cancel. Rugi tau."

"Yelah tapi eunnie tak dapat lah tengok Eun kahwin. Eun dah lah kahwin sekali seumur hidup je."

"As long as Eun bahagia, eunnie okay je. Sehun tu baik orangnya."

"Macam mana eunnie tau suami Eun, Sehun?"

"Noona lah yang suruh Hun kahwin dengan Eun." sampuk Sehun sambil membawa tiga cawan air.

"Eunnie yang suruh?" soal Gaeun bingung. Taeyeon tergelak kecil.

"Sooyoung kan kawan baik eunnie. Masa dia meninggal, Sehun nangis teruk mengenangkan takde siapa nak jaga baby. Tu yang eunnie suruh Sehun kahwin dengan Eun. Eunnie tahu Eun boleh jadi isteri yang baik."

Gaeun ternganga sedikit. Patutlah Sehun tak nak cari orang lain.

"Macam mana Sehun? Seronok jadi suami Eun?"

Sehun dan Gaeun saling berpandangan. Sehun peluk bahu Gaeun.

"Boleh lah." gurau Sehun.

Gaeun menyiku perut Sehun. Lelaki itu mengaduh sakit.

"Ya, noona betul. Eun perfect. Pandai masak, cantik, pandai jaga baby. Untung Sehun ada isteri macam Eun."

Sehun cuit dagu Gaeun. Merah padam muka Gaeun. Kalau kat rumah tak apa lah jugak. Dah lah tempat awam, depan Taeyeon pula tu. Taeyeon senyum bahagia.

"Lega noona dengar Sehun suka Eun. Sehun, noona nak cakap berdua dengan Eun, boleh?"

"Okay. Eun, Hun tunggu dalam kereta tau."

Gaeun mengangguk. Sehun usap kepala Gaeun sebelum pergi.

"Eunnie, Sooyoung eunnie tak sedih ke kalau Sehun sayang Eun?" soal Gaeun risau. Taeyeon senyum kecil.

"Sooyoung pesan dengan eunnie. Carikan isteri yang baik untuk Sehun kalau dia dah pergi. Sooyoung tau Sehun macam mana. Sehun sendiri bagitau Sooyoung yang dia takut dengan bayi. Dia terima kalau Sehun sayang isteri baru dia. Eunnie yakin cinta Sehun sentiasa ada buat Sooyoung sebab tu cinta pertama dia. Tapi percaya cakap eunnie, Sehun akan cintakan Eun sepenuh hati dia. Sooyoung mesti bahagia kalau perempuan sebaik Eun, jadi isteri Sehun. At least dia tahu yang ada orang baik jagakan suami dia."

Taeyeon usap tangan Gaeun. Gaeun terharu. Dia rindu sangat dengan Taeyeon. Taeyeon sentiasa ada untuk dia.

"Mummy Sehun dengan Sena, okay?"

Gaeun angkat kepala. Dia menggeleng sebelum menunduk kembali.

"Kalau eunnie bagitau, Eun jangan bagitau Sehun tau. Eun tengok video ni dulu."

Taeyeon hulurkan telefon bimbitnya. Gaeun menekup mulutnya. Dia kenal manusia dalam video tersebut. Mummy dan Sooyoung. Mummy menolak Sooyoung sehingga jatuh dan cecair merah mengalir di peha Sooyoung. Mummy berlari keluar dari rumah dan video berakhir. Gaeun pandang Taeyeon meminta penjelasan.

"Eunnie terpaksa rahsiakan perkara ni dari Sehun atas kehendak Sooyoung. Sooyoung tak nak hubungan Sehun dengan mummy retak lagi. Kebetulan eunnie ada kat rumah Sooyoung dengan Sehun. Doktor bagi pilihan pada Sooyoung untuk selamatkan diri sendiri atau bayi dan Sooyoung pilih bayi. Dia dah penat untuk hadap semuanya lagi. Dia dah tak larat nak hadap kebencian mummy. Eunnie pilih Eun bukan sebab nak suruh Eun rasa apa yang Sooyoung rasa tapi eunnie kesiankan Sehun. Eunnie pilih Eun sebab eunnie tau Eun kuat."

Taeyeon masih pegang tangan Gaeun. Gaeun terkedu. Dia sedih bila tau punca Sooyoung mati dan dalam masa yang sama, dia takut dengan mummy.

"Ni, eunnie nak pesan. Hati-hati dengan mummy dan Sena. Dorang akan buat apa sahaja supaya Sehun kahwin dengan sepupu dia, Oh Jia. Jangan pernah tunjuk lemah depan dorang. Lawan selagi boleh. Eunnie tau semua ni berdasarkan pengalaman Sooyoung. Dia silap sebab tak melawan mummy dengan Sena. Sooyoung baik, dia tak sanggup nak balas apa-apa. Tapi eunnie tau Eun mesti boleh. Mummy dengan Sena ada kacau Eun tak?"

"Sekali je. Tu pun masa hari Eun kahwin. Dorang suruh Eun tinggalkan Hun bila Hyera dah cukup 5 tahun."

Taeyeon mengeluh.

"Eun lawan ya? Kalau tak mampu, bagitau eunnie. Eunnie balik ni pun sebab eunnie nak tengokkan Eun. Eunnie risau sangat takut dorang apa-apa kan Eun."

"Thank you, eunnie. Eunnie banyak tolong Eun. Eun balik dulu ehh. Kesian omma nak jaga Hyera lama-lama. Eunnie senang-senang datanglah rumah. Eunnie tak pernah jumpa Hyera lagi, kan? Tapi bagitau dulu, nak masak sedap-sedap."

Taeyeon senyum sebelum mengangguk. Mereka berpelukan sedikit sebelum Gaeun meninggalkan Taeyeon sendirian di restoran itu.

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now