Gaeun tenung baju yang dihantar padanya untuk dipakai ketika majlis perkahwinan Sehun dan Jia. Menitik air matanya melihat baju yang cukup cantik itu. Majlis bakal berlangsung tiga hari lagi. Gaeun tiada hati langsung untuk bertandang ke majlis tersebut.
Gaeun teringatkan akan seseorang. Gaeun lipat baju tersebut dan dimasukkan semula ke dalam kotak bungkusan tadi. Gaeun pergi ke meja solek dan telefonnya dicapai. Nombor seseorang ditekan dan segera panggilan Gaeun dijawab.
○○○
Hari yang dinantikan sudah tiba buat semua orang, kecuali Sehun. Hatinya gelisah. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak elok bakal berlaku.
"Hun kenapa tak siap lagi?" soal mummy.
"Geunyang. Tak rasa nak siap."
"Hey, sayang. Mana boleh macam tu. Jurusolek dah sampai dah. Tak excited ke nak kahwin?"
"Mummy pun tau how I feel about this weeding, right?"
Mummy mengeluh. Lengan anak lelakinya diusap.
"Hun, please? Jangan buat mummy macam ni ya, sayang? Sekali je tolong dengar cakap mummy, ya?"
Sehun merenung wajah mummy. Dia juga mengeluh. Sehun bangun dari birai katil.
"Arraseo. Mummy keluarlah, Hun nak mandi."
○○○
Para tetamu mulai memenuhi ruang majlis. Sehun masih belum naik ke pentas, menunggu kedatangan anak dan isterinya. Jantung Sehun semakin laju. Telefon dicapai di dalam poket blazernya.
"Hyung, dah ambil Gaeun dengan Hyera belum?"
"Bawak bersabar, Oh Sehun. Aku on the way ni. Jalan jammed pulak."
Sehun mengeluh.
"Arraseo. Cepat sikit tau. Kalau dah ambil telefon aku balik."
"Macam lah tak jumpa kat sana nanti. Yelah-yelah aku telefon nanti."
Pintu ruang menunggu dibuka. Jasad daddy terpacul disebalik pintu.
"Daddy, Hun takut."
"Nak takut apanya Hun? Masuk ni dah kali yang ketiga kamu kahwin tau." kata daddy sambil tergelak kecil dihujung.
"Daddy, tak kelakar. Hun nak Gaeun dengan Hyera." adu Sehun.
"Kan Junmyeon dah pergi ambil. Kejap lagi sampailah. Majlis pun lambat lagi."
"Iya tau tapi Hun nak dorang dengan Hun sebelum Hun naik pentas."
Telefon Sehun berdering. Junmyeon.
"Dah ambil dah?" soal Sehun pantas.
"Sehun..."
"Hyung, kau dah ambil Gaeun dengan Hyera, kan?"
"Gaeun dengan Hyera tak ada, Hun."
Lutut Sehun lemah. Dia terduduk di atas kerusi.
"Apa dia, hyung?"
"Gaeun dengan Hyera tak ada. Aku dah call tapi number not in service."
○○○
"Dah ambil semua barang ke?" soal Taeyeon.
"Dah. Hyera mana?"
"Ada dalam bilik. Tengah tidur."
"Erm, biarlah dia tidur."
Gaeun ambil tempat di sofa sebelah Taeyeon.
"Sorry, eunnie. Eun susahkan eunnie pulak." ujar Gaeun.
"Eunnie tak kesah, Eun. Eunnie pun suka ada orang duduk dengan eunnie, lagi-lagi Hyera. Cuma, eunnie terkilan sebab ulah Sehun."
"Kan Eun kata, Eun yang suruh Sehun kahwin dengan Jia. Bukan salah Se—"
"Tapi dia punca Eun suruh dia kahwin dengan Jia, kan? Jangan salahkan diri sendiri, Eun."
Gaeun mengeluh pendek. Rasa menyesal juga ada kerana berkata sebegitu.
"Sehun ada telefon eunnie? Mesti Sehun cari Eun."
"Ada. Tapi eunnie tak angkat. Eun jangan fikir sangat, ya? Eun duduk je sini diam diam, jaga Hyera elok-elok. Minggu depan kita tukar sekolah Hyera."
Gaeun hanya mengangguk lemah. Dia bangun.
"Eun masuk bilik dulu ya, eunnie? Nak mengemas."
"Arraseo. Rehatlah. Nanti eunnie masak, kita makan sama-sama."
"Gomawo, eunnie."
○○○
Suasana majlis riuh. Pengumuman mengejut dari Junmyeon selaku pengacara majlis sangat mengejutkan semua tetamu. Majlis dibatalkan. Sehun tak mahu majlis diteruskan tanpa Gaeun dan Hyera.
"Awak gila ke Sehun?! Mana kita nak letak muka?"
"Muka kau masalah kau lah. Letak lah mana-mana kau nak letak. Aku tak ada masalah."
"Sehun, sekarang bukan masa untuk buat kelakar!" marah Jia lagi.
"Siapa kata aku buat kelakar!? Cukup, Jia. Aku penat. Sorry sebab aku masih tak dapat nak tunaikan cita-cita kau. Junmyeon hyung dah tunggu kat lobi. Kau baliklah dulu. Barang-barang kau nanti aku bawa kemudian."
Sehun tinggalkan Jia. Dia menuju ke parking lot. Earpiece segera dipakai sejurus masuk ke kereta.
"Yeoboseyo. Saya nak extend bilik 1 malam atas nama Oh Sehun. Both rooms, ya."
Panggilan dimatikan selepas mendapat jawapan daripada receptionist hotel.
Pedal minyak ditekan menambah kelajuan. Rumahnya dituju. Sehun melangkah ke dalam rumah. Hampir gugur jantung Sehun saat kad kredit yang diberi pada Gaeun terletak elok di atas meja makan.
Dalam masa yang sama, Sehun masih lega. Cincin kahwin mereka tidak ditanggalkan oleh Gaeun. Begitu juga rantai hadiah ulang tahun perkahwinan pertama. Taulah Sehun yang Gaeun masih cintakan dia. Cuma mungkin merajuk lebih sikit kalini.
Sehun percaya yang Gaeun akan kembali padanya selepas berita perkahwinannya bersama Jia dibatalkan. Sehun tersenyum sendiri.
saya harap anda semua dapat bersabar dengan kekerapan saya update 🥹 sangat tidak kerap ya 😂 kitonyo busy wak 😭 penat exchange student dekat jakarta pun tak habis lagi 🫠 jangan lupa vote anak anak 🤗
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanficKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3