"Sehun marah kau?"
Gaeun mengangguk lemah. Airnya disisip. Wajah Jinyoung dipandang.
"Takpe, nanti aku bincang dengan dia sendiri."
"Tak perlulah, Jinyoung. Sehun tak suka kau nanti tak pasal-pasal bergaduh pulak."
"Tapi kau bergaduh dengan dia, kan?" soal Jinyoung tak puas hati.
"Iya, tapi kitorang memang dah berdingin pun so don't worry. Aku takut makin parah kalau kau masuk campur."
"Okay, fine. Tapi kalau makin teruk, bagitau aku."
Gaeun hanya mengangguk lemah. Dia berseorangan sekarang. Awalnya dia mahu menjemput Hyera, tetapi Sehun tiba-tiba telefon katanya mahu bawa Hyera berjalan. Gaeun hanya turutkan kerana dia tahu Hyera sudah lama tidak luangkan masa bersama Sehun.
Gaeun keluar membeli barang dapur untuk ibu bapanya sebelum dia bertandang ke rumah tempat dirinya dibesarkan. Entah kebetulan apa, dia terserempak lagi dengan Jinyoung. Mulalah sesi meluahkan perasaan kerana Jinyoung berkait sama.
"Aku gerak dululah, takut omma appa tunggu lama pulak." pamit Gaeun.
"Okay, Gaeun. Hati-hati."
○○○
"Sorang je? Kata pergi ambil Hyera dulu tadi?" soal omma Gaeun.
"Erm, masa on the way ambik tadi Sehun call nak bawak Hyera jalan-jalan. Biarlah dia luangkan masa banyak-banyak dengan appa dia."
Gaeun bawa barang ke dapur dengan bantuan appa. Banyak juga barang dibelinya tadi. Omma mengikuti mereka ke dapur.
"Kamu okay, Eun?" soal omma, sayu.
"Erm? Okay? Okay je. Kenapa, omma? Eun nampak tak okay ke?"
"Ya. Kamu nampak penat."
"Oh. Mungkin Eun tak cukup tidur. Hyera kan dah mula sekolah." Gaeun senyum kelat. Dia mula angkat punggung ke hadapan. Tak mahu disoal lagi.
"Kamu ada masalah ke Eun? Kamu tak ceria macam biasa."
"T-tak ada. Eun okay. Eun balik dululah omma, tadi Sehun text dia on the way balik. Kesian dua beranak tu nanti kalau Eun takde."
"Okay, hati-hati. Kalau ada masalah, beritahu omma. Omma sedia mendengar ya, sayang?"
Gaeun tahan air mata. Sumpah sikit lagi nak keluar air mata dia. Gaeun angguk laju sambil ambil barang-barangnya.
Okay dah menitis. Gaeun lap air matanya segera sebelum angkat kepala kembali menghadap omma.
"Eun balik dulu, omma. Ada masa nanti Eun datang lagi. Love you."
○○○
"Jia! Mana boleh macam tu!" marah Sehun.
Mereka di arked sekarang. Geram pula Sehun melihat Jia mengajar Hyera mengelat.
"Bolehlah! Awak je yang mengada. Ikut sangat peraturan tu."
"Ish kut ya pun nak mengelat, janganlah depan anak aku. Kau ajar pengaruh buruk tau."
"Dahlah, Sehun. Awak yang ajar saya main mengelat dulu."
Jia cucuk pinggang Sehun. Terkekeh lelaki itu menahan geli dan juga fakta Jia. Sehun tersenyum luas.
"Lama jugakkan kita tak datang sini? Habis je sekolah, terus kita berhenti." ujar Sehun, mengenang kisah lama. Sesekali matanya melilau mencari kelibat Hyera.
"Dah, awak yang sibuk nak kahwin. Mentanglah daddy dah offer kerja." balas Jia, turut sama mengenang kisah lama.
"Eh, kau yang tinggalkan aku dulu eh pergi belajar jauh-jauh. Aku ajak belajar sini tak nak. Ada jugak course fashion design kau tu." balas Sehun lagi, tak mahu kalah.
"Benda dah lepas, Sehun. Kita dah ada life masing-masing. Awak bahagia dengan cara awak, saya bahagia dengan cara saya. Walaupun tak bahagia sangat sebab masih ada target yang belum dicapai."
Sehun tersenyum kelat. Dia tahu apa yang Jia cuba sampaikan . Tangannya dinaikkan ke bahu Jia dan diusap perlahan.
"Sorry, sebab tak dapat tolong kau capai cita-cita kau. Kau pun tau isi hati aku dari dulu ada siapa."
Jia turunkan tangan Sehun. Dipegang seketika tangan besar sepupunya itu.
"Tapi cinta boleh dipupuk, Sehun. Kalau awak boleh bukak hati untuk Gaeun, kenapa untuk saya tak boleh?" soal Jia sambil matanya merenung anak mata Sehun yang turut sama memandangnya.
Sehun yang mula tersedar akan tingkahnya, menarik tangannya dan dipisahkan dengan tangan Jia.
"Sorry, Jia. Aku tak boleh. Iya aku pernah kata aku sayang kau dulu tapi sebagai seorang sepupu je Jia. Aku tak ada perasaan lebih dari tu. Tolonglah Jia jangan cakap soal ni lagi. Kalau kau nak hubungan kita jadi macam dulu balik, silalah ungkit pasal hal ni lagi. Cukuplah, aku tak nak bergaduh dengan kau lagi."
Sehun tinggalkan Jia. Dia mencari Hyera yang sudah ke mana perginya. Sehun temui Hyera di tempat mesin anak patung. Segera didukung anaknya dan dibawa keluar dari arked dan juga pusat beli belah itu.
halo semua!!!! aaaa haritu mayra janji nak siapkan fanfic ni before masuk sem baru tapi sem yang baru tu dah habis dah sekarang 😭😂 okaylah tak nak janji apa apa dah lepasni 😂 cuma yeah mayra akan siapkan ASAP this story sebab new story tu shhsksjs mayra excited nak buat lagi lagi lepas mv Cream Soda keluar HAHAHAHAHA boleh agak kut cerita macam mana kan? 🤪
lama jugak mayra tinggal ni huaa okay semua jumpa esok pulak hehe do enjoy this part and please vote okay ngee 🫶🏻
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanficKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3