27

20 6 0
                                    

"Eun, kut ya pun marahkan Hun tapi janganlah tunjuk depan omma dengan appa. Eun tak kesian dekat Hun ke sayang, hurm? Appa tanya Hun tadi tau kenapa Eun muncung je."

Sehun mengikut Gaeun dari dapur ke ruang tamu dan ke dapur semula. Ibu bapa Gaeun keluar ke taman bersama Hyera. Sengaja mahu memberi ruang pada pasangan itu.

"Biarkan. Biar omma appa tau. Biar dorang tau menantu dia buat perangai."

"Okay-okay, I'm sorry, okay? Ya, Hun salah sebab tuduh Eun cuai. Jeongmal mianhae, eo?"

"Hun tak patut tuduh Eun macam tu. Hun taukan betapa sayangnya Eun dekat Hyera? Dia anak susuan Eun, Hun. Secara tak langsung, dia anak Eun yang sah. Kalau Eun tak sayang Hyera, Eun takkan peluk dia macam tu dan Eun akan tinggalkan je dia."

"Ya, Hun tau tu. Hun terlampau risaukan Eun dengan Hyera dan Hun marah sangat tadi."

"Eloklah tu, ikutkan sangat perangai baran Hun tu. Eun dah pesankan supaya kawal baran tu. Baran dan ego takkan bawa kita ke mana pun Hun, malah dua benda ni yang akan hancurkan diri kita sendiri kalau kita junjung setinggi langit."

Tangan Gaeun sempat diraih Sehun sebelum wanita itu pergi. Gaeun ditarik ke dalam pelukan Sehun.

"I love you so much, Eun. Hun tak nak hilang Eun macam mana Hun hilang mendiang Sooyoung. Hun pasti Hun takkan mampu hidup tanpa Eun. Eun permata yang paling berharga yang Hun ada, yang tak dapat diganti walaupun dengan permata yang paling mahal dekat dunia ni. Tolong jangan marahkan Hun lama-lama. Janji dengan Hun, Eun takkan tinggalkan Hun, ya?"

Gaeun keluar dari pelukan Sehun. Air matanya dikesat menggunakan belakang tangan. Lengan besar Sehun disentuh dan diusap sehingga dia memegang erat tangan suaminya. Wajah Sehun ditatap sayang.

"Tak pernah terlintas pun dalam hati Eun untuk tinggalkan Hun. Hun adalah pertama, terakhir dan selamanya cinta hati Eun. Kalau boleh belah hati ni, nama Hun ada 80% dalam ni tau."

Sehun tergelak kecil. Hilang sikit kesenduan yang melanda rumah ni.

"Lagi 20% ada siapa?" uji Sehun.

"Mestilah omma, appa, Hyera, Sena, daddy, mummy, Taeyeon eunnie..."

"Amboi ramainya. Kesian diorang dapat sikit space je."

"Yelah, sebab hati Eun ni hanya untuk seorang lelaki yang bernama Oh Sehun sahaja."

Gaeun mencuit hidung Sehun. Tersenyum mereka berdua sesama sendiri. Sehun melagakan hidung mereka sebelum bibirnya mendekati bibir Gaeun dan disatukan. Leher Gaeun ditahan supaya ciuman lebih dalam.

"Saranghae." ucap Sehun usai ciuman dilepaskan.

"Nado."

○○○

"Hun tak balik makan tengah hari kejap lagi. Hun ada lunch meeting dekat luar. Malam pun Eun tak payah masak sebab Hun balik lewat. Hun makan kat luar je nanti." pesan Sehun.

"Arraseo. Elok-elok pergi kerja. Apa-apa telefon Eun."

"Okay, sayang. Hyera, appa nak pergi dah ni!"

Hyera yang berada di ruang tamu berlari mendapatkan Sehun. Dia mencium pipi Sehun sebelum berlari semula ke ruang tamu menonton kartun kegemarannya.

"Sayang, berapa kali dah omma pesan jangan berlari. Haih budak ni."

"Biarlah dia. Barang kat rumah ni tak ada yang bahaya pun dekat dia." ujar Sehun sambil memakai kasut kerjanya.

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now