02

49 15 11
                                    

"Oh Sehun!?"

Gaeun teguk airnya rakus. Sakit dadanya kerana menahan sedak. Seolhee menggosok perlahan belakang rakannya itu.

"Jung Gaeun, kan?

Gaeun mengangguk.

"Apahal mamat ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba muncul?" monolog Gaeun.

"Aku ada hal nak cakap sikit dengan kau."

"Apa dia?"

"Berdua."

Sehun kerling ke arah Seolhee.

"Ahh Eun aku sakit perut lah. Aku pergi tandas kejap ehh."

Gaeun mengangguk. Sehun mengambil tempat di kerusi Seolhee.

"Haa apa dia?"

"Kahwin dengan aku." pinta Sehun.

"WHAT!? Kau gila ke apa!? Aku bukan perampas okay."

"Alaa tolong lah aku Gaeun. Aku terdesak ni."

"Habis Sooyoung eunnie kau nak campak mana?"

"Dia dah meninggal."

Sehun menunduk. Gaeun sudah tayang riak bersalah.

"S-sorry. Aku tak tahu. Bila dia meninggal?"

"Semalam. Masa nak lahirkan anak kitorang."

Gaeun menekup mulutnya. Matanya memandang Sehun sayu. Sehun masih lagi menunduk.

"Dia baru meninggal semalam tapi harini kau ajak aku kahwin? Bukan kau sayang dia ke?"

"Ye aku sayang dia. Aku cintakan dia. Tapi keadaan mendesak aku untuk kahwin lain. Aku tak pandai nak jaga baby. Aku tak pandai nak uruskan baby. Lagipun aku tak nak anak aku dibesarkan tanpa kasih sayang dari seorang ibu."

Gaeun serba salah. Dia kesian dengan Sehun tapi dia tak nak kahwin dengan orang yang dia tak cinta. Memang Sehun crushnya dahulu tapi dia sekadar suka begitu. Tak adalah sampai cinta. Lagipun Sehun pun tak cintakan dia. Dia takut jika suatu hari nanti Sehun akan tinggalkan dia.

"Tapi, kenapa aku? Ramai lagi perempuan kat luar sana yang boleh tolong kau untuk jaga anak kau."

"Sebab kau je yang aku jumpa sekarang ni. Lagipun aku tak nak lah kahwin dengan perempuan sembarangan. Takkan aku nak anak aku dijaga oleh orang yang aku sendiri tak kenal. At least aku kenal kau. Even kita tak rapat masa sekolah dulu tapi aku tau kau baik orangnya. Kau layak untuk jadi omma kepada anak aku."

Sehun senyum. Gaeun buntu. Dia kesian dengan Sehun sangat-sangat. Dia juga kesian dengan anak Sehun. Tapi dia tak mahu dirinya kecewa kelak tapi dalam masa yang sama dia tak mahu hampakan Sehun. Sehun letak harapan yang terlalu tinggi pada dia.

"Bagi aku masa. Aku bagitau kau kemudian. Aku nak kena masuk pejabat balik ni."

"Aku hantar kau."

"Tak apa, aku dengan kawan aku. Kesian dia balik sorang-sorang nanti."

Telefon Gaeun berdering. Seolhee.

"Eun, aku dah balik pejabat. Woosik hantar. Aku terserempak dengan dia tadi."

"Dah balik? Haa tak apa lah. Aku balik sendiri. Jumpa nanti."

Gaeun matikan panggilan. Sehun tersenyum memandang Gaeun. Tangan gadis itu ditarik.

"Kawan kau dah balik. Jom aku hantar."

Gaeun mengeluh. Baru je dia nak lari dari Sehun. Suasana dalam kereta sunyi.

"Sorry kalau aku buat kau terkejut tapi aku memang terdesak. Aku nak anak aku membesar dengan kasih sayang yang sempurna."

"Aku faham tapi please bagi aku masa. Kahwin bukan benda main-main, Sehun. Nak pula kahwin tanpa rasa cinta. Aku tak cintakan kau and kau pun tak cintakan aku. Lagipun aku takut, kau akan tinggalkan aku bila anak kau dah besar nanti."

Sehun mengeluh. Signal diberi ke arah kanan masuk ke perkarangan pejabat Gaeun. Satu kad dihulur Sehun kepada Gaeun.

"Dah buat keputusan nanti call aku. Aku takkan ganggu kau. Ambillah masa seberapa lama yang kau nak. Tapi kalau boleh, janganlah lama sangat. Kalau boleh, bila anak aku dah discharged nanti kau dah ada jawapan. Aku tak paksa tapi aku berharap sangat yang kau terima."

Gaeun mengangguk dan diambil kad pada Sehun. Tali pinggang dibuka sebelum Gaeun keluar dari kereta mewah itu.

"Gaeun."

Gaeun berhenti. Ditoleh kebelakang menghadap Sehun.

"Ya?"

"Aku janji dengan kau, aku takkan tinggalkan kau kalau kau kahwin dengan aku."

Gaeun senyum kecil. Kepala ditunduk sedikit dan pintu ditutup. Kereta Sehun memecut pergi dan Gaeun masuk ke pejabat semula.

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now