Gaeun melangkah ke dalam rumah. Jasad appanya yang duduk di sofa bujang itu didekati.
"Appa." panggil Gaeun.
Dia dihiraukan. Gaeun mendekati appanya lagi. Dia melutut dihadapan appanya dan disentuh tangan lelaki tua itu.
"Omo, Eun. Kenapa sampai melutut ni?" soal omma cemas. Dia berlari dari dapur ke ruang tamu.
Puan Jung berhenti bersuara apabila suaminya memandang. Dia tau suaminya sedang marah. Sebab itu dia juga gementar. Risau jika turut dimarahi.
"Appa. Appa tau kan Jinyoung tu macam mana? Appa percaya dia ke? Tak kan, appa?" soal Gaeun bergetar.
"Kalau Jinyoung salah, kenapa Sehun cari kamu sampai ke sini?"
"Tak... Masatu Eun balik lewat dari keluar sebab tu Sehun ca—"
"Jangan nak bohong, Jung Gaeun! Appa tak besarkan kamu untuk kamu bohong appa!" tengking Encik Jung.
Terhinjut bahu Gaeun dibuatnya. Puan Jung sudah menitiskan air matanya. Pertama kali dia melihat anak tunggalnya dimarahi ayahnya.
"Telefon Sehun ke sini. Appa nak jadi saksi dia lepaskan kamu."
"Appa, appa tolong. Eun tak nak jumpa Sehun buat masa sekarang. Dia tak boleh tahu mana Eun tinggal. Appa, jebal." rayu Gaeun.
"Dia yang mungkiri janji. Appa hanya menuntut janji. Dia yang buat perangai jadi dia kena tanggunglah silap dia. Appa nak dia lepaskan kamu."
"Appa." tegas Gaeun.
"Eun masih cintakan Sehun. Cuma Eun yang ego. Eun tak nak Sehun lepaskan Eun."
Gaeun menunduk. Hampir mencium kaki appanya.
"Appa, tolong. Tolong bagi Eun ruang untuk selesaikan masalah Eun sendiri, appa. Jebal, appa. Jebal." rayu Gaeun lagi.
Encik Jung bangun dan berlalu pergi ke tingkat atas. Tinggallah dua beranak itu sendiri di ruang tamu. Puan Jung mendapatkan Gaeun.
"Eun, sudahlah tu, ya?" pujuk Puan Jung. Gaeun menangis.
"Eun jangan risau. Nanti omma pujuk appa, okay? Haih orang tua ni pun, ada ke suruh menantu dia lepaskan anak dia macam tu je?" rungut Puan Jung.
"Eun balik dulu, ya? Sebelum balik tu, ambil dulu bekal. Omma dah masak, ingat nak makan sama-sama tapi keadaan makin keruh rupanya."
Gaeun hanya menunduk. Dia termanggu sendiri. Berfikir sama ada dia masih mahu meninggikan egonya atau sebaliknya.
○○○
Sehun melangkah lemah ke dalam rumah. Peti sejuk dibuka dan diteguk air mineral yang sejuk itu. Terasa berpasir pula tekaknya. Bilik dituju dan dibuka baju kerjanya, bersedia untuk mandi.
Sehun menggigil kecil. Dingin betul malam ni, fikirnya. Sehun teruskan langkah ke bilik mandi. Pemanas air di adjust supaya lebih panas daripada biasa.
Badannya mula dibasahkan. Satu badannya terasa keras. Sehun mula menggigil kasar. Cepat-cepat Sehun mencuci badannya dengan sabun dan memakai bathrobe. Gigi digosok dan muka dicuci sepantas yang boleh.
Sehun keluar dari bilik air dan mencari pakaian tebal. Sungguh dia tak tahan!
"Aku demam ke?" soalnya sendiri. Belakang tapak tangannya dilekatkan di dahi dan di leher.
"Erm, suam." kata Sehun sendiri.
Badannya juga terasa berat. Dia ambil keputusan untuk terus berada di katil. Kepalanya juga agak berat. Katil dan bantal terasa seperti memanggilnya.
Tak sampai seminit, Sehun terlelap dengan selimut dikelubung satu badannya.
○○○
"Sehun tak sampai lagi, Myeon?" soal Tuan Oh.
"Uncle." Junmyeon kaget. Jarang Tuan Oh akan masuk ke biliknya pagi sebegini.
"Belum, uncle. Biasa waktu macam ni dia dah ada. Myeon text dia pun dia tak baca lagi. Delivered je."
"Erm, dah cuba call?"
"Belum. Tadi Myeon ada hal dengan client kejap. Nanti Myeon dah call Sehun, Myeon bagitau uncle."
"Arraseo. Nanti Myeon text uncle ya?"
Junmyeon mengangguk. Pintu biliknya ditutup Tuan Oh. Junmyeon menyiapkan kerjanya sedikit dan telefon dicapai. Telefonnya mengeluarkan bunyi ringing tanda telefon Sehun aktif. Cuma belum diangkat.
"Erm."
Suara serak Sehun kedengaran di hujung talian.
"Baru bangun ke? Tak masuk office?" soal Junmyeon.
"Hyung..." panggil Sehun.
"Kau kenapa ni? Okay tak?" soal Junmyeon risau. Sehun jarang bermanja dengannya seperti ini. Kalau ya, maknanya ada sesuatu.
"Hyung, aku demam. Aku tak larat bangun."
"Hah?! Kau tunggu aku datang sekarang."
Panggilan dimatikan Junmyeon. Dia mengemas meja dan keluar mencari setiausahanya.
"Sejeong, cancel all my appointments. Saya ada emergency." setiausaha Junmyeon mengangguk.
Junmyeon berlari ke bilik Tuan Oh. Pintu diketuk dan dijengukkan kepalanya ke dalam.
"Uncle. Myeon nak pergi tengok Sehun kat rumah dia. Myeon call dia kata dia demam. Apa-apa nanti Myeon update uncle."
"Arasseo. Julsimhae."
Junmyeon mengangguk dan berlalu pergi. Dia pandu kereta agak laju. Drive thru McDonalds jadi tujuan. Bubur dan air coklat panas dipesan. Selesai membeli, keretanya dipecut ke rumah Sehun.
Kata laluan dimasukkan sejurus tiba di kondo lelaki itu.
"Sehun?" panggil Junmyeon.
Senyap. Junmyeon meletakkan bungkusan bubur tadi dan menuju ke bilik. Pintu diketuk. Masih senyap. Junmyeon cuba untuk buka dan pintu tidak berkunci.
"Sehun." panggil Junmyeon lagi.
Sehun tersedar. Dia pusingkan badannya yang mengiring dan telentang memandang Junmyeon.
"Hyung." suara Sehun serak.
"Hun, kenapa sampai jadi macam ni? Kenapa tak call aku awal-awal? Dari bila demam ni?"
"Tak tau. Tapi aku rasa tak sedap badan dari semalam."
Sehun berdehem. Kering betul tekaknya. Dia menyandar dan ambil botol air yang memang tersedia di meja lampu. Air diteguk sedikit.
"Kita pergi klinik lah. Pucat kau ni. Risau aku."
"Tak nak, aku nak Gaeun dengan Hyera."
Junmyeon terkedu. Kes berat ni demam rindu.
vote juseyo 🙏🏻🥹 kalau tak aye majok tak nak update 😔 walaupun aye salu update lambat tapi voteu pleaseuuu 😭🫠
YOU ARE READING
[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)
FanfictionKahwin dengan ex crush? Cinta berputik kembali ke? Seronokkan crush balas cinta >< Tapi dah jadi ex crush. Macam mana tu? Start : 08/07/2021 End : 29/09/2023 #19 in sehun (17/04/2024) thanks to @-haostetic for the beauty cover <3