42

22 5 0
                                    

Hari demi hari, bulan demi bulan. Sudah 3 bulan Sehun berusaha mencari Gaeun. Kalau 3 bulan yang lepas, dia percaya yang Gaeun akan kembali semula padanya, namun bukan kalini.

Sehun sudah mula tak senang duduk. Dia menjadi takut sekarang. Takut jika cinta Gaeun terhadapnya sudah kabur.

Kerjanya yang bertimbun dipandang kosong. Tiada langsung rasa mahu menyentuh kerja-kerja itu. Dia datang ke pejabat hanyalah untuk menghindarkan dirinya dari terlalu rindukan Gaeun dan Hyera jika dia berada di rumah.

"Daripada kau tenung kertas-kertas tu, baiklah kau pergi cari Gaeun." suara Junmyeon mengganggu lamunan Sehun.

"Nak cari kat mana lagi, hyung? Aku rasa hampir satu Seoul ni aku cari dia tiap-tiap hari. Kalau dia tu bekerja takpelah jugak, boleh terjah office dia. Ni kat mana dia duduk pun aku tak tau." Sehun meraup mukanya.

"Aku ada upah orang untuk cari Gaeun tapi dia pun kata dia tak jumpa. Dia kata dia nak give up. Walaupun aku bayar dia tiap-tiap bulan tapi dia kata dia tak puas. Bagi dia cari Gaeun ni tak ada hasil so aku terpaksa lepaskan dia." adu Junmyeon.

"See? Orang aku pun sama. Aku suruh dia track sekolah Hyera. Tapi tulah, ada sekolah yang kata Hyera tak sekolah disitu, ada yang kata tak boleh bagitau sebab PnC. Aku suruh dia stalk sekolah-sekolah yang tak nak bagitau tu tapi dia tak nak. Katanya dia tak nak tanggung risiko sebab bukan bidang kerja dia."

Sehun dan Junmyeon mengeluh serentak. Junmyeon yang dari tadi berdiri duduk di kerusi di hadapan meja Sehun.

"Betul ke Taeyeon tak tau Gaeun duduk mana?" soal Junmyeon curiga.

"Iya. Aku dah tanya banyak kali. Hampir setiap minggu. Dia marah aku. Dia suruh aku report polis kalau tak percaya. Aku tak nak lah libatkan polis. Benda ni masalah keluarga aku."

"Hurm. Omma appa dia?"

○○○

Gaeun tenung telefonnya. Omma. Gaeun gementar. Panggilan diangkat sebelum panggilan itu tamat.

"Yeoboseyo, omma. Wae?"

"Lambatnya angkat. Busy ke?"

"Erm. Tengah memasak tadi kejap lagi Hun dengan Hyera nak balik makan tengah hari." tipu Gaeun.

Sudah 3 bulan sebenarnya Gaeun menipu ommanya. Gaeun beritahu yang dia baik-baik sahaja dan bahagia bersama suami dan anaknya.

"Tapi Sehun baru balik dari rumah omma."

"O-oh, ya? Sehun tak bagitau Eun pun yang dia nak singgah rumah omma." jawab Gaeun gagap.

"Memanglah dia tak bagitau, kamu lari dari rumah, kan?"

DANG!

Nampaknya omma dah tau. Ini mesti Sehun yang bagitau.

"Kamu pergi mana, Eun? Kesian Sehun cari kamu. Patutlah kamu tukar nombor. Bukan sebab sim card rosak, kan? Tapi sebab kamu nak lari dari Sehun, kan? Apa salah Sehun, nak? Kesian omma tengok dia."

Gaeun menggigit jarinya. Dia tau perbuatannya salah tapi dia ego.

"Omma tak tau apa yang Sehun buat pada Eun. Omma tak tau apa yang Eun hadap selama satu tahun ni."

"Kan omma dah pesan, kalau ada masalah, cerita dengan omma, sayang. Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Selama ni omma ingat kamu bahagia, Eun."

Air mata Gaeun menitik sendiri. Badannya menggeletar sekarang.

"Omma, tolong. Bagi Eun selesaikan masalah rumah tangga Eun sendiri, ya? Eun penat, omma. Eun penat. Eun harap sangat omma faham. Eun mintak maaf kalau Eun derhaka dengan omma tapi Eun nak selesaikan masalah rumah tangga Eun sendiri." ujar Gaeun teresak-esak.

"Eun sabar, ya. Baiklah omma serahkan semuanya pada Eun. Tolong jangan berahsia dengan omma lagi ya, sayang. Omma mintak maaf jugak sebab omma tak tau yang anak omma menderita selama ni."

Gaeun menangis lagi dan lagi.

"Gomawo, omma. Omma~"

"Ya, sayang?"

"Tolong rahsiakan perkara ni dari appa, ya? Omma tau kan appa macam mana? Eun masih sayang dan cintakan Sehun, omma. Eun tak nak appa bergaduh dengan Sehun."

"Arraseo. Omma tolong Eun. Eun jaga diri ya, nak. Senang-senang baliklah rumah, omma dah rindu cucu omma dengan anak omma."

Gaeun tersenyum kecil.

"Okay, omma. Eun letak dulu, ya?"

○○○

"Hey, kau yang hasut Gaeun supaya lari, kan?" tuduh Jia pada Jinyoung.

Jinyoung menyedut airnya.

"Wah, kau? Sedap mulut kau menuduh aku? Bukti mana bukti? Ada? Kalau tak ada, jangan main tuduh-tuduh eh."

Jia terdiam. Otaknya ligat memikir idea untuk membalas Jinyoung. Jinyoung tersenyum sinis.

"Haa tau pulak diam. Melulu tuduh orang. Eh kalau aku yang bawak lari Gaeun, dah lama kau terima surat kahwin kitorang tau."

"Okay, fine! Aku salah! Habistu apa plan kau?" soal Jia.

"Entah. Idea aku banyak dah keluar sebelum ni tapi kena reject dengan kau kan so aku dah tak ada idea sekarang."

"Tak menganggak eh kau nak perli aku?"

"Habis? Nak buat apa lagi? Aku call Gaeun, number not in service. Aku pergi sekolah anak dia, katanya dah pindah. Aku upah orang pun pihak sekolah tak nak bagi details, so apa lagi cara aku boleh buat?"

"Kawan-kawan dia?" soal Jia cuba membantu.

"Tak tau. Aku tak pernah kesah pasal kawan-kawan dia sebab aku hanya nak Gaeun."

"Ish, kau ni! Tak pernah ke dengar orang tua-tua kata kalau nak tawan hati someone tu, kau kena tawan hati orang sekeliling dia dulu. Mak ayah dia, adik-beradik dia, atuk nenek dia, sepupu-sepapat dia, kawan-"

"Yelah-yelah aku tau." potong Jinyoung.

"Nantilah aku fikir." sambung Jinyoung lagi.

"Erm sebelum buat tu bagitau aku dulu. Kau selalu buat apa-apa tak beritahu aku dulu." ujar Jia, terasa.

○○○

"Eun!"

"Omma? Kenapa ni?" soal Gaeun risau.

"Parah, Eun. Appa dah tau pasal kamu dengan Sehun. Jinyoung jumpa appa."

"Hah?!"

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now