24

43 8 0
                                    

"Bos awak ada?"

"Nama Encik siapa ya? Encik ada buat appointment ke?"

Lelaki putih itu menggeleng.

"Maaf ya, Encik. Prosedur untuk jumpa bos memang kena buat appointment dulu. Lagipun bos ada tetamu kat dalam."

"Saya tanya, bos awak ada tak?" soalnya agak tegas. Gadis muda itu sedikit gentar.

"A-ada, Encik. Ada kat dalam."

"Cakap dengan dia, Oh Sehun nak jumpa dia. Now."

"B-baik, Encik. Encik Oh tunggu sekejap, saya panggilkan bos."

Setiausaha Jinyoung melangkah ke bilik yang terpampar nama Jinyoung di muka pintu itu. Sehun hanya memerhati gerak geri wanita itu memanggil majikannya. Wanita itu kembali ke arah Sehun selepas menutup pintu bilik Jinyoung.

"Encik Oh boleh duduk di kerusi tu dulu. Sementara bos selesaikan urusan dia, Encik Oh boleh minum dulu. Saya buatkan air sekejap."

Memecut wanita itu ke pantri selepas siap melunaskan kerjanya. Longgar lutut berurusan dengan manusia bernama Oh Sehun ni.

Lima minit menunggu, secawan kopi mendarat di atas meja di hadapan Sehun. Disisip air itu sebaik sahaja setiausaha Jinyoung melangkah pergi. Segar sedikit rasanya apabila dapat menikmati air berkafein itu di awal 10 pagi ini. Minum pagi orang panggil.

Sedang larit Sehun menilik telefon bimbitnya sambil diselangi dengan hirupan kopi, tiba- tiba bahagian tepinya sedikit gelap. Ditoleh ketepi dan jasad Jinyoung kelihatan.

"Ada urusan apa kau cari aku sampai ke sini?" soal Jinyoung.

"Aku nak bincang dalam bilik. Aku tak nak lah orang tau perangai sebenar kau."

Jinyoung menjongket kening. Langkah diatur ke biliknya dan diikuti Sehun. Masing-masing labuhkan punggung di meja perbincangan.

"Boleh tak kau jangan kacau isteri aku lagi? Termasuk mertua aku." kata Sehun sebaik sahaja duduk.

Jinyoung tertawa sinis.

"Pasal ni je ke? Buang masa jelah kau ni. Aku tak pernah kacau Gaeun. Lagipun dia kawan aku, tak salah pun kalau aku ambil berat pasal dia."

"Kau boleh tipu omma appa Gaeun tapi bukan aku. Kau tak pernah anggap Gaeun sebagai seorang kawan. Aku tau benda tu."

Jinyoung ketawa lagi.

"Bro, tingginya confident kau. Aku tau Gaeun tu isteri kau tapi kau tak boleh baca isi hati dia. Kau yakin ke yang dalam hati dia terpahat nama kau?"

"Yakin. Yakin sangat malah terlebih yakin. Aku yakin dengan cinta Jung Gaeun terhadap Oh Sehun.

Kalini, Jinyoung berdecit. Riak wajahnya berubah.

"Kau tak pernah wujud dalam kamus hidup Gaeun. Aku kawan dengan dia sejak sekolah. Dia tak pernah cerita apa apa apa pasal kau pada aku."

"Aku classmate dia, Jinyoung. Meja kitorang bersebelahan. Walaupun aku tak banyak bercakap dengan dia selain daripada meminjam barang tapi aku masih tau dengan siapa dia berkawan. Yang pasti, bukan kau. Kau hanyalah lalang dalam hidup dia. Nothing."

Sehun bangun dari duduknya. Suara Jinyoung menghentikan langkah Sehun.

"Tiba masanya nanti aku yang akan bertakhta dalam hati Gaeun, Oh Sehun. Kau tunggu."

Sehun tersentak. Jantungnya berdetak laju. Entahlah, tapi dia dapat rasakan bahawa Jinyoung tak main-main dengan kata-katanya.

Sehun teruskan langkah keluar dari bilik Jinyoung. Kaki dimaju ke keretanya.

"Tuhan, kau jagakan hati Gaeun untuk aku."

○○○

Gaeun sisip airnya. Hyera yang berada di kerusi bayi dilihat. Anak kecil itu ralit menonton kartun Robocar Poli di iPad mini kepunyaannya.

Dilihat sekeliling restoran sebelum membelek telefon. Tiada pula kelibat Sehun. Dia yang mengajak Gaeun makan disini memandangkan Gaeun juga keluar bersama Hyera membeli barang dapur.

"Lama tunggu?" soal Sehun.

Gaeun tersenyum melihat kehadiran Sehun dan tingkahnya mencium kepala Hyera.

"Lama sikit tapi okay je. Hilang jugak lenguh-lenguh kaki ni beli barang tadi."

"Aloo kesiannya dia. Sorry, Hun tak dapat teman Eun beli barang kalini. Tak boleh nak cuti pulak, ada meeting pagi tadi."

"It's okay, Eun faham. Lagipun ada Hyera temankan Eun. Lepasni Hun sibuk ke?"

"Taklah sibuk, tapi kerja tu adalah. Kenapa?"

"Nak ajak beli baju Hyera. Anak dara awak tu dah besar. Sendat dah baju-baju dia. Bulat sangat."

Sehun tertawa kecil. Matanya dikecilkan dan kening dinaikkan tanda berfikir.

"Untuk Hyera, sibuk pun Hun akan luangkan masa untuk dia." kata Sehun sambil memandang Hyera.

"Untunglah orang bernama Oh Hyera ni."

Gaeun mencubit pipi Hyera. Berkerut muka budak itu menahan sakit dek cubitan ibunya.

"Dahlah tu, dah order belum ni?"

"Belum. Nak tunggu Hun." ujar Gaeun.

"Arasseo. Eun nak makan apa?"

"Apa-apa je. Hun pilihkan untuk Eun, boleh?"

"Gedik jugak kau ni. Ingat baik sangat."

"Mummy." Gaeun terkedu.

"Apa salahnya? Eun gedik dengan Hun je, suami dia jugak. Mummy cemburu ke apa ni? Mummy buat apa kat sini?" soal Sehun.

"Tak kuasa mummy nak cemburu. Mummy teman Jia cari barang untuk butik dia. Kebetulan mummy ada benda nak bagitau Hun. Ingat nak call je tapi nampak Hun dekat sini, mummy bagitau terus je lah."

"Apa dia?"

"Minggu depan Jia ada buat majlis pembukaan untuk butik dia, hari Jumaat malam. Jangan kerja lewat sangat. Make sure datang."

"Erm Hun rasa Hun tak boleh lah mummy. Hun dengan Eun dah ada plan lain."

"Eh? Kita ada plan apa-apa ke?" sampuk Gaeun.

Sehun mengangguk kecil pada Gaeun, memberi hint bahawa Gaeun perlu menyokongnya.

"Ha-haah lah baru ingat ada plan. Tapi nanti kami cuba untuk ubah plan kami ya, mummy. Teringin juga nak tengok butik Jia." kata Gaeun dan diakhiri dengan senyuman.

Mummy endahkan Gaeun lagi. Senyumannya hilang. Benci betul mummy dengannya.

"Tak kira, mummy nak juga kamu datang. Mummy tak nak dengar apa-apa alasan."

"Mummy."

Mummy berlalu pergi tanpa hiraukan panggilan Sehun. Gaeun menghalang Sehun yang cuba mengejar mummy.

"Hun, tak apalah. Kita pergi jelah majlis Jia tu."

"Lepas apa yang jadi masa birthday party Sena haritu, Eun ingat Hun nak lagi ke hadir majlis yang ada Jia? Hun tak nak pergi. Hun tak nak tengok Eun kena sindir dengan Jia lagi."

"Eun baik-baik je, Hun. Tolonglah jaga hati mummy. Hmm?" pujuk Gaeun.

"Kita makan dulu. Nanti Hun fikirkan."

"Arasseo."

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now