05

42 12 2
                                    

Gaeun meregangkan badannya selepas hampir 5 jam dia duduk menghadap komputer. Telefon dicapai takut-takut ada perkara penting.

"Eun, jom pergi makan. Lapar lah. Cepat pergi cepat balik."

"Ala Seol sorry tapi aku dah ada janji."

Seolhee mencebik.

"Hurm makan sorang-sorang lah ni."

"Kau ajak lah Woosik. Korang pun dah lama tak date, kan?"

"Woosik busy lah. Kalau nak ajak dia kena plan dari semalam."

"Try jelah. Kau kan yeochin dia. Takkan dengan yeochin pun nak berkira waktu."

"Hmm yelah. Kau janji dengan siapa ni?"

"Future husband aku." sasul Gaeun.

Gaeun bulatkan matanya. Begitu juga Seolhee. Gaeun tampar bibir kecilnya itu.

"Dude, siapa?"

"Ex crush aku. Hehe."

"Uyoo. Tahniah. Nanti jangan lupa jemput aku."

"Mestilah. Kau kan kawan baik aku."

"Eii tak sabar nak tengok kau kahwin. Mesti cantik. Bila berlangsung?"

"Hujung bulan ni. Kau tolong aku buat preparation ehh? Aku takut tak sempat."

"No problem. Dah pergi, encik bakal suami dah tunggu."

Gaeun mengangguk. Begnya dicapai dan dimasukkan telefon ke dalamnya. Keluar sahaja dari bangunan pejabat, Gaeun sudah dapat lihat Sehun yang berdiri sebelah keretanya bersama kaca mata hitam. Sekali pandang memang terus jatuh cinta. Gaeun tersenyum sendiri.

"Patutlah aku suka dia dulu. Dari dulu sampai sekarang handsome."

Gaeun melangkah ke arah kereta mewah itu. Sehun yang sedang ralit bermain telefon itu mengangkat kepala tatkala terdengar derapan kasut seseorang.

"Lama tunggu?" soal Gaeun.

"Tak. Jom. Nanti lambat. Aku nak bawak kau pergi somewhere."

"Ke mana?"

"Ikut je lah. Yang pasti kita makan dulu."

Gaeun hanya menurut. Masuk sahaja ke dalam kereta, dia pakai seatbelt. Sehun memulakan perjalanan. Suasana dalam kereta agak kekok.

"Gaeun, hujung minggu ni, Hyera discharged. Lepas ambil Hyera, kita jumpa parents kau terus, boleh?"

"Nae?"

"Aku nak tunjukkan Hyera dekat parents kau. Yelah, takkan nak tipu dorang. Hyera pun bakal jadi anak kau."

"Aku ikut je. Tak kesah."

Sehun mengangguk tanda 'okay'. Perjalanan diteruskan sehingga sampai di restoran. Mereka menikmati makanan tengah hari mereka. Siap makan, mereka kembali ke kereta. Sehun memandu kereta ke arah sebuah pusat membeli-belah."

"Kita nak buat apa kat sini?"

"Cari cincin."

"Ouh. O-okay."

Mereka melangkah ke kedai Pandora. Gaeun menelan air liurnya. Tangan Sehun ditahan. Sehun pandang Gaeun pelik.

"Sehun, tak ada kedai lain ke? Sini mahal sangat lah."

Sehun tergelak. Tangan Gaeun disatukan dengan tangannya.

"Bakal suami kau ni CEO tau. Aku bayar, don't worry. Kau pilih je."

[C] Married with My Ex Crush (Sehun EXO)Where stories live. Discover now