Chapter 1

5.2K 191 25
                                    

CHAPTER 1
Writen by : Raiz4You

Firash's Point of View

Aku berjalan lesu ke arah rumah. Penat menyelubungi diri ku selepas kerja di cafe berdekatan di rumah ku.

"Ahhhh!!! Penatnya!!!" jerit ku selepas sampai ke rumah. Melepas semua penat lelah yang telah ku lalui seharian ini.

Aku rasa macam nk bunuh diri je. Sebelum tu, mari aku perkenalkan diri aku. Nama aku Muhammad Firash Rizqi. Umur aku 20 tahun sekarang. Aku anak yatim piatu. Keluarga aku mati dalam sebuah kemalangan yang tak dapat dielakkan. Aku sorang je yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Masa tu umur aku 17 tahun. Dah tiga tahun kemalangan tu berlaku.

Sekarang ni aku tinggal sebatang kara kat rumah peninggalan ibu bapa aku. Masa mula-mula hidup sebatang kera ni, aku dah berputus asa nak hidup. Aku pernah nak bunuh diri aku dengan kelar pergelangan tangan aku. Tapi makcik sebelah rumah nampak apa aku buat, dia halang aku.

Jadi, ni lah aku yang sekarang. Kehidupan yang penuh dengan penat dan lelah. Ok, sekarang berhenti cakap pasal diri aku. Sekarang ni aku nak mandi pastu pergi kedai bakeri.

Kenapa aku nak pergi bakeri? Aku nak jual diri aku. Ok ok, joke aside... Aku nak beli kek untuk sambut hari jadi aku. Walaupun keseorangan, akan ku tetap menyambut hari kelahiran ku. Ayat dramatis bhai.

Selepas mandi, aku salin baju untuk bersiap ke bakeri. Then, I'm ready to go now!

Sepanjang perjalanan, seyuman ku tak luntur dari bibir ku. Senyuman tu kan sedekah. Jadi, apa salahnya aku senyum kan?

Author's Point of View

Selepas beberapa minit Firash berjalan kaki dari rumah, tiba lah dia di bakeri yang sememangnya menjadi tempat kegemaran dia pada waktu kecil dulu. Masuk sahaja ke dalam kedai tersebut, haruman manis bauan kek menerpa Firash.

"Sedapnya bau, ni kalau tak beli ni rugilah aku." bisik Firash dalam hatinya sambil menelan air liurnya.

Seorang pekerja bakeri tersebut memandang ke arah Firash dengan muka yang kehairanan. Dalam hatinya berkata " Budak ni sesat ke?" sambil memandang Firash sekali lagi.

Firash merasakan ada seseorang memerhatikannya dan dia rasa tidak selesa. Lalu dia mencari orang yang memandangnya tadi. Dia melihat seorang wanita yang berumur 20-an memandangnya dengan sangat tekun.

Firash beranjak dari tempatnya ingin menyapa wanita tersebut.

"Akak, ohh akak, akak ade masalah dengan saya ke?" tanya Firash dalam keadaan yang tidak selesa.

Wanita tersebut terkejut dengan kehadiran Firash yang secara tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Tak ada lah.." jawab wanita tersebut dengan keadaannya yang masih terkejut.

Lalu wanita tersebut bertanya, "Adik kenapa sensorang kat sini? Mana ibu bapa adik?" dengan mukanya yang kehairanan.

Ini lah sifat manusia yang Firash tidak sukai iaitu, memanggilnya seperti seorang budak-budak.

"Tahu lah aku rendah, tapi tak payah cakap macam aku ni masih budak.." bisik hati Firash. Dia dah rasa geram je dengan ucapan wanita tersebut. Tapi umi dia pernah cakap yang dia kena hormat orang yang lebih tua daripada dia.

Lalu dia berkata, "Ibu dan ayah saya dah meninggal kak, lagi satu umur saya 20 tahun kak. Bukan budak-budak lagi..." sambil menahan amarahnya.

"Lah... Ye ke? Maaf lah dik... Akak ingat adik kena tinggal ngan mak ayah adik. Lagi satu, muka adik comel sangat sebab tu nampak macam budak-budak lagi. Maafkan akak ye dik?" kata wanita tersebut dengan nada yang bersalah.

"Tak pe lah kak, saya dah biasa pun..." kata Firash dengan mukanya yang cemberut.

"Dah pilih dah nak beli kek apa?" tanya wanita tersebut kepada Firash.

"Saya nak beli kek ni lah..." kata Firash sambil menunjuk ke arah kek yang ingin dibeli olehnya.

Selepas selesai pembelian kek tersebut, bermula perjalanan Firash untuk pulang ke rumah tercintanya.

Semasa dalam perjalannya, seseorang manusia melanggarnya menyebabkan kek yang telah dipegang olehnya dengan utuh jatuh ke bumi beserta dirinya juga.

"Aduh! Sakitnya!" adu Firash kesakitan. Selepas itu, Firash memandang ke arah depan untuk melihat siapa yang melanggarnya.

Dia terkejut apabila dia melihat ada beberapa orang seperti bodygaurd sedang berdiri dihadapan. Lalu dia melihat sekali lintas siapa yang melanggarnya di antara kalangan mereka.

Di antara mereka semua, terdapat seorang lelaki yang berpakaian berlainan daripada mereka. Dia melihat lelaki tersebut sedang membersihkan pakaiannya seperti sedang mengelap kotoran yang berada di pakaiannya.

Firash memandang ke arah kek yang baru sahaja dia beli tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat kek tersebut jatuh berderai di atas tanah.

"Tidak!! Kek aku!!!" Jerit Firash.

Firash menuju ke arah lelaki yang sedang mengelap bajunya tersebut. Dia tak kisah lagi yang lelaki tersebut seorang ketua gangster atau tidak. Yang dia tahu lelaki tersebut perlu bayar ganti rugi kek dia sekarang juga.

"Hoi! Bayar balik kek aku!" Jerit Firash apabila sampai dihadapan lelaki tersebut." Dan mintak maaf sekali sebab kau dah langgar aku!" sambung Firash lagi.

Lelaki tersebut membuat muka tidak faham atas perkataan yang di lontarkan Firash kepadanya. Lalu lelaki terus berjalan dengan mukanya yang tidak bersalah.

Firash yang berasa geram atas perbuatan tersebut meluru terus kearah lelaki tersebut. Tanpa berfikir panjang, Firash menendang 'masa depan' lelaki tersebut. Meraung lelaki tu dibuatnya.

"Tu sebab kau tak nak mintak maaf dan bayar ganti rugi kek aku!" kata Firash kepadanya "Menyebalkan.." sambung Firash.

Lelaki tersebut mengerang kesakitan. Lelaki-lelaki yang berada disekeliling lelaki tersebut mula bergerak untuk membelasah Firash tapi di halang oleh lelaki tersebut.

"Biarkan dia" kata lelaki tersebut kepada para bodyguardnya.

Firash berlalu pergi tanpa menghirau mereka.

"My little bunny..." bisik lelaki tersebut di dalam hatinya.

TBC

So author rasa sampai sini dulu kot chapter 1. Maaf jika ada salah silap dalam gaya penulisan. Setiap kritikan yang diberikan akan menjadi panduan penulisan saya.So..... Adios guys!

See you guys in the next chapter!

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now