Chapter Sebelumnya...
"Tu sebab kau tak nak mintak maaf dan bayar ganti rugi kek aku!" kata Firash kepadanya "Menyebalkan.." sambung Firash.
Lelaki tersebut mengerang kesakitan. Lelaki-lelaki yang berada disekeliling lelaki tersebut mula bergerak untuk membelasah Firash tapi di halang oleh lelaki tersebut.
"Biarkan dia" kata lelaki tersebut kepada para bodyguardnya.
Firash berlalu pergi tanpa menghirau mereka.
"My little bunny..." bisik lelaki tersebut di dalam hatinya.
CHAPTER 2
Writen by : Raiz4YouFirash's Point of View
Selepas sahaja aku sampai di rumah, aku terus masuk bilik . Mengenangkan kejadian yang berlaku tadi, hati aku mula penuh dengan marah yang membara.
"Arghhhh!!!!" jerit aku sambil menekup mukaku di bantal."Kalau aku jumpa mamat tu lagi, aku terajang dia habis-habisan." Geram betul aku dengan mamat tadi.
Aku ambik bantal yang aku tekup dekat muka aku tu, lepas tu aku tumbuk bantal tu banyak kali. Aku bayangkan yang aku tengah tumbuk muka dia.
"Muka je hensem tapi perangai macam setan." Bebel aku sorang-sorang sambil tangan aku tak henti-henti tumbuk bantal tu. Dengan hati yang masih dilitupi perasaan marah, aku terus turun ke bawah untuk ke dapur.
Aku mencari sumber makanan untuk di makan. Disebabkan nak beli kek untuk sambut hari jadi, aku malas nak masak. Aku ingat nak makan kek tu je. Tapi tu lah, dah nasib, nak buat macam mana kan?
Hati ni dari tadi mengenangkan kek yang jatuh tadi.
"Kalau lah dia bayar ganti rugi tadi, tak ada lah aku kebulur macam ni. Dah lah malas nak masak. Kalau tak nak bayar ganti rugi pun, at least minta maaf lah. Tu pun susah ke?" Cakap Firash yang sedang mencari sumber makanan yang ada di dapurnya.
Aku terus cari, tapi tak jumpa pula makanan."Mana pula makanan ni?"
Aku melihat peti sejuk ku, cuma ada ayam, telur, sayur-sayuran dan benda lain yang boleh di buat masak."Hmmm... Apa kata masak ayam je?" tanya aku pada diriku sendiri. Dah macam orang gila aku ni, dari tadi cakap sorang-sorang.
Aku terus mencari benda yang senang dimasak. Tak jadi nak masak ayam sebab aku memang malas nak masak benda yang susah-susah. Aku nak masak benda yang senang je.
Aku punya lah cari sampai pening aku dibuatnya. Tiba-tiba, aku ternampak secawan maggi cup yang berada dari tadi di para dapur aku.
"Lah, aku punya lah cari macam nak mati, rupa-rupanya ada je kat sini. Siapa lah yang letak maggi cup ni kat sini." ucap ku sambil mengambil maggi cup tersebut.
Kalau bukan kau yang letak, siapa lagi Firash oi? Tu lah kau Firash, letak benda kat mana-mana.
Aku mula pergi ambil cerek untuk buat air panas. Korang mesti dah tahu cara-cara nak masak maggi cup kan? Jadi tak payah lah aku nak terangkan. Bazir air liur aku je.
Jadi, selepas beberapa minit bertungkus-lumus masak maggi cup ni, akhirnya siap jugak. Aku terfikir juga, kenapa maggi cup ni dilabelkan siap dalam masa 2 minit, padahal aku buat lebih dari 2 minit?
Ahh! Tak kisah lah, yang penting aku dapat makan. Aku melihat maggi cup yang berada di atas meja makan tersebut. Walaupun kuantiti yang sedikit, ok lah dapat kenyangkan aku.
Masa tengah sedap-sedap makan maggi cup tu, tiba-tiba aku teringat pasal benda yang aku nak lupakan tadi. Hati aku yang baru pulih dari kesakitan yang aku terima mendidih kembali.
Aku harap lelaki yang aku tendang tadi tu mandul. Baru puas hati aku. Aku masih tak puas hati pasal benda tadi.
Masih hidup lagi eh manusia macam tu? Buat salah lepas tu tak tahu nak minta maaf. Dah buat salah tu mintalah maaf. Ni tak, buat muka tak bersalah lepas tu jalan macam tu je. Kerek je lebih.
Masa aku tendang dia punya 'aset' tu, aku tak kisah yang dia tu gangster ke, orang kaya ke, yang penting perangai macam tu lah wajib diberikan sepakan maut. Hati siapa yang tak sakit bila ada orang yang tiba-tiba langgar kau, lepas tu tak nak minta maaf atau bayar ganti rugi?
At least, minta lah maaf, baru aku tak marah. Ni tak, jalan macam tu je. Sebab tu aku pergi tendang dia punya 'aset' yang berharga tu.
Tiba-tiba merinding pula bulu roma aku. Bila difikirkan balik, macam mana kalau lelaki tadi tu ketua gangster? Mesti nanti dia cari aku, lepas tu tangkap aku dan campak aku kat jurang. Aku tak nak mati muda.
Tiba-tiba perasaan takut menyelubungi aku. Aku rasa menyesal pula tendang aset dia tadi.
"Ape yang kau dah buat ni Firash? Cari masalah betul lah kau ni..." bisik aku dalam hati.
Aku makan maggi aku dengan laju sebab tiba-tiba rasa seram sejuk pula.
Lepas dah siap makan, aku buang cup tu dalam tong sampah.Aku berkumur-kumur dahulu sebelum menuju ke arah bilik. Hari ni aku penat melayan karenah orang yang tidak ada adab dalam dirinya.
Sebelum aku menuju ke alam mimpi, aku memandang ke arah siling rumah, aku mengharapkan hari esok jadi lebih baik daripada hari ini.
Tanpa aku sedar, aku terlelap dengan sendirinya.
Sementara itu, di sebuah kawasan perumahan yang mewah, terdapatnya seseorang yang masih meringis kesakitan akibat tendangan maut daripada seketul Firash. Siapa lagi kalau bukan si lelaki yang tidak ada adab tu?
Daichi's Point of Views
"Sakit siak tendangan dia tadi... Rasa macam nak pecah pula aku punya telur ni..." kata Daichi dalam hatinya.
Anak buah Daichi memandang ke arah Daichi lalu bertanya,"Kenapa tuan tidak biarkan kami belasah budak tu tadi?" tanya salah satu anak buah Daichi kepadanya.
Daichi memandang ke arah anak buahnya dengan pandangan datar lalu berkata,"Aku tak nak korang belasah dia sebab....." kata Daichi tergantung.
"Dia tu junior aku yang aku selamat masa di kena buli dekat sekolah."
TBC
So, this is chapter 2 of my story. If you enjoy this story, please leave a vote and comment down below. See you next time.
Adios!
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...