Chapter 16

1.7K 65 1
                                    

Chapter sebelumnya...

Aku terima cabaran dia. Kami beradu mulut tanpa mengingati bahawa abang Daichi berada di rumah kitaorang. Kelihatan abang Daichi ingin meleraikan adu mulut di antara aku dan adik aku.

"Dah lah tu... Jangan lah gaduh lagi." kata abang Daichi tidak di endahkan oleh kami berdua.

Tiba-tiba, kedengaran suara perempuan menjerit ke arah kami bertiga.

"Hei! Hei! Apa yang bising-bising ni?"

Aku, adik aku dan abang Daichi memandang ke arah suara tersebut.

CHAPTER 16
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Aku menahan sakit di telingaku. Ibu baru sahaja menarik telinga aku.

"Tapi bu, ini bukan salah abang! Salah adik!"kata aku pada ibu.

"Tak ada tapi-tapi, kamu tu sebagai abang patutnya mengalah. Bukan bergaduh dengan dia!" balas ibu kepada aku.

Aku hanya membuat muka cemberut. Kalau aku tahu ibu dan ayah akan pulang awal dari pasaraya, aku tak akan terima cabaran adik aku. Aku melihat adik aku, Farish mentertawakan aku.

'Siap-siap lah kau dik. Lepas abang Daichi balik,aku belasah kau.' aku menjeling adik aku. Adik aku menjelirkan lidahnya pada aku. Ni yang buat aku lagi marah ni.

"Maafkan mak cik ya kalau anak mak cik berdua ni buat kamu tak selesa. Marilah duduk dulu." kata ibu kepada Daichi.

Lantas kami semua mengambil tempat untuk duduk di ruang tamu.
Aku terlupa yang Daichi semasa aku bergaduh tadi. Aku merasakan panas disekitar kawasan pipi aku. Aku malu. Malu sebab perangai aku yang kurang matang dan tidak tahu mengalah ditunjukkan di depan abang Daichi.

"Tak apa mak cik, saya ok je." kata Daichi kepada ibu ku.

"Bagus lah macam tu.Boleh mak cik tahu siapa nama kamu?" tanya ibu ku kepada Daichi.

"Lupa pula saya kenal kan diri saya kat makcik. Nama saya Daichi Akihiko. Mak cik boleh panggil saya Daichi." kata Daichi dengan senyuman di mukanya. Tergugat pula iman aku melihat senyuman tersebut.

"Hmmm Daichi ya? macam nama orang Jepun je kamu ni." kata ibu aku.

"Betul tu mak cik. Saya memang keturunan Jepun. Ayah saya dari jepun, ibu saya pula dari Malaysia."

Aku yang memandang Daichi. 'Serius lah abang Daichi tu anak orang Jepun? Patutlah putih je kulit dia.' bisik aku dalam hati.

Farish melihat aku yang membuat muka tidak percaya tentang apa yang dikatakan oleh Daichi.

'Tak sangka abang aku ni lembap orangnya. Semua orang boleh tau yang abang Daichi tu keturunan Jepun sebab mukanya yang iras-iras dengan orang Jepun. Lembap punya abang.' Seperti begitu riak muka yang disampaikan oleh adik aku kepada aku.

"Ohh, patutlah. Ni kamu balik rumah pukul berapa? Kalau tak keberatan, makan malam lah disini dulu sebelum kamu balik " pelawa ibu kepada Daichi.

"Saya ingat nak balik lepas selesai borak-borak dengan anak mak cik. Tapi, bila mak cik pelawa saya makan malam disini, tak jadi balik rumah."

"Kalau macam tu, kamu tunggu disini dulu ya. Mak cik nak masak lauk untuk makan malam." kata ibu.

"Dan kamu berdua, jangan nak bergaduh depan tetamu. Kalau ibu tahu, siap kamu berdua ibu kerjakan." ibu memberi amaran kepada aku dan adik aku.

Walaupun ibu hanya berkata main-main sahaja, tapi kedengaran seperti ibunya akan melakukannya jika kami berdua membuat masalah. Aku dan adik ku mengangguk dengan laju.

Lalu, ibu pun mula bergerak ke dapur untuk masak makan malam. Sedari dari tadi, ayah hanya mendiamkan diri. Tapi, selepas sahaja ibu pergi ke dapur, mulalah ayah bersuara.

"Seram ayah tengok mak kamu marah kamu berdua." kata ayah kepada aku dan adik aku.

"Saya boleh dengar tu." kata ibu di dapur.

Kami berempat hanya mampu tergelak. Semasa menunggu ibu siap memasak, ayah dan abang Daichi berborak pasal kehidupan abang Daichi. Aku pula, tengah berborak dengan adik aku. Walaupun tadi dia dah sakitkan hati aku, dia tetaplah adik aku yang aku sayang.

"Weh dik, kau nak tahu something tak?" bisik aku padanya.

"Apa dia?" balasnya dengan nada malas.

"Aku rasakan, aku suka abang Daichi." bisik ku padanya lagi.

"Apa!?!" jeritan adik aku memenuhi satu rumah. Aku menutup telinga aku.

Ayah dan abang Daichi yang berada di depan aku memandang kami berdua.

"Kenapa dengan adik kamu tu?" tanya ayah pada aku.

"Tak ada papa lah yah, dia terkejut je tadi."

'Ohh, ok." balas ayah singkat. Lalu ayah menyambung pembicaraannya dengan abang Daichi.

"Kau ni dik, kalau nak jerit tu tak payah lah satu rumah. Nasib baik ayah je yang dengar. Kalau ibu dengar, nahas kita berdua." kata aku padanya.

"Sorry lah bang, tapi yang pasal tadi tu, nanti terangkan kat adik lepas abang Daichi balik. Jangan nak lari pulak. Kalau tak, adik bongkarkan rahsia ni kat orang lain." ugut adik. Aku hanya pasrah.

Tidak lama selepas itu, ibu memanggil kami semua untuk makan malam. Kami mengambil tempat duduk kami masing-masing.

"Ni je yang mak cik masak. Minta maaflah kalau tak sedap." kata ibu kepada abang Daichi.

Kami mula menadah tangan. Bacaan doa dibaca oleh ayah. Selepas itu, mula lah acara untuk mengisi perut.

"Sedaplah mak cik masak!" kata abang Daichi selepas sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Kalau sedap, tambahlah lagi."ucap ibu.

Hari itu, meja makan menjadi meriah dengan kedatangan abang Daichi. Selepas sahaja selesai makan, abang Daichi meminta izin untuk pulang.

"Terima kasihnya mak cik sebab hidangkan saya makanan yang sedap." ucap abang Daichi.

"Sama-sama. kalau ada masa, datang lah sini lagi."

"Baik mak cik. Kalau saya ada masa, saya datang singgah sini. Kalau macam tu, saya pergi dulu ya mak cik."

Aku melihat kereta abang Daichi berlalu pergi dari kawasan rumah kami. Tiba-tiba, adik aku menarik tangan aku menuju ke biliknya. Selepas masuk ke dalam biliknya, dia terus menutup pintu biliknya supaya aku tidak lari.

"So, terangkan pasal apa yang abang cakap kat adik tadi." aku menelan ludah. Menyesal aku beritahu dia yang aku sukakan abang Daichi.

"Sebenarnya...

TBC

Sorry kalau tak best. Jumpa di chapter seterusnya. Adios.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now