Chapter sebelumnya...
"Abang, adik nak minta maaf pasal semalam.Adik terlepas cakap pasal abang dan benda yang adik cakap tu menyakitkan hati abang. Maafkan adik."kata adik Firash sambil memandangnya.
Firash yang sememangnya tidak suka merajuk terlalu lama memaafkan adiknya. Lalu dia berkata,"Ya, abang maafkan adik. Tapi ingat, yang adik tak kan sebut perkataan tu lagi. Janji?"
"Adik janji." ucap adiknya. Daichi yang menjadi penonton di situ mula tersenyum.
"Dah selesai kan?" pertanyaan Daichi dibalas anggukkan daripada kedua beradik tersebut.
"Kalau macam tu, jom ikut abang pergi rumah abang." kata Daichi
"Rumah abang?" tanya mereka berdua.
CHAPTER 18
Written by : Raiz4YouFirash's Point of View
Aku dan adik melihat rumah agam di depan kami. Rumah yang begitu besar jika dibandingkan dengan rumah yang didiami olah aku dan adik aku.
"Marilah masuk." pelawa abang Daichi kepada kami berdua.
Kami pun membuka langkah bergerak masuk ke dalam rumah agam tersebut. Masuk sahaja ke dalam rumah agam tersebut, kami terpana. Dalaman yang sangat indah. Di penuhi dengan barang-barangan yang berharga.
"Wei dik, abang Daichi ni memang orang kaya eh?" bisik Firash kepada adiknya.
Farish memandang abangnya. Lalu dia berkata,"Mestilah. Kalau dia bawak kereta pergi sekolah sendiri, mestilah anak orang kaya. Dah lah kereta tu dia punya." balas Farish dalam keadaan berbisik.
Daichi yang mendengar samar-samar percakapan dua beradik tersebut memutarkan badannya.
"Cakap pasal saya ke?" kata Daichi sambil keningnya terangkat.
"Tak ada apa-apa lah. Cakap pasal kehidupan je. Hehehe." balas Firash dengan ketawanya yang agak kaku.
Daichi memandang ke arah mereka berdua. Lalu mempelawa mereka duduk di sofa yang berada di ruang tamu.
"Kalau macam tu, duduk lah dulu. Saya nak pergi ambil air untuk kamu berdua.
Daichi berlalu pergi. Ke dapur mungkin. Firash dan adiknya melihat sekitar rumah Daichi. Well, rumah mak bapak dia exactly.
"Cantik dekorasi tempat ni. Penuh dengan benda yang mahal." kata Firash yang membuatkan adiknya memandangnya.
"Kau ok tak ni bang?" Firash memandang ke arah Farish.
"Aku okay je. Kenapa kau tanya macam tu?"
"Dah kau cakap rumah ni penuh dengan benda mahal, aku pelik lah. Dah nama orang kaya, memanglah banyak benda mahal kat sini." Firash hanya mampu tersengih.
Mereka duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu. Deringan telefon kedengaran. Ibunya Firash menelefonnya. Ibunya berkata kepada mereka yang mereka kena pulang awal ke rumah sebab ibunya memerlukan bantuan untuk membaiki paip bocor dirumah.
Panggilan telefon diletakkan. Setelah itu, kelibat Daichi yang hilang tadi datang kembali sambil membawa dulang yang berisikan air di dalam dua gelas kaca.
"Sila lah menjamu. Dapat hidangkan air je." kata Daichi.
"Takpe, air pun dah cukup. Lagi pun kejap lagi kami perlu balik. Sebab ibu baru sahaja telefon kami suruh pulang ke rumah cepat." kata Firash.
"Kalau macam tu, tak dapatlah saya bawak awak berdua tour rumah ni. Takpe lah. Nanti saya hantar awak berdua balik ya?" Firash dan adiknya hanya mengangguk.
Setelah sahaja selesai minum air, mereka bertiga terus menuju ke arah kereta. Daichi menghantar mereka berdua pulang kerumah.
"Terima kasih Abang Daichi sebab hantar kami sampai ke rumah." kata Farish. Daichi hanya tersenyum.
"Takde hal punya lah. Lagipun, abang yang bawak kamu berdua kan? Jadi abang yang kena hantar kamu berdua."
Setelah itu, Daichi meminta izin untuk pulang kerana waktu hampir menjelang malam. Lambai tangan diberikan oleh Firash dan Farish kepada Daichi. Setelah itu, kereta Daichi meluncur pergi. Farish dan Firash pun masuk ke dalam rumah.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Sudah 5 bulan aku dengan abang angkat aku, abang Daichi berkawan. Tidak ada benda yang istimewa dalam hubungan kami. Cuma sebatas hubungan abang-adik je. Aku belum lagi berani menyatakan perasaan aku padanya. Mungkin selepas dia selesai menjawab peperiksaannya.
Ya, abang Daichi dalam proses menjawab kertas peperiksaan SPM. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya. Dan sudah seminggu lebih aku tidak melihat kelibatnya. Mungkin sibuk menjawab peperiksaan yang menentukan masa depannya.
Peperiksaan SPM telah pun tamat. Tapi kelibat Daichi tidak lagi kelihatan oleh Firash. Firash ingin menanyakan hal tersebut kepada adiknya tetapi asyik terlupa.
Sebulan telah berlalu, tiada lagi khabar dari Daichi. Firash menjadi semakin galau apabila dia mendengar dari kawan-kawan kelasnya yang menyatakan bahawa Daichi telah pun berpindah ke luar negara.
Firash tidak percaya yang Daichi telah berpindah keluar negara. Kalau Daichi ke luar negara, mesti dia akan bagitahu Firash sebab mereka berdua telah bertukar nombor. Disebabkan ketidakpercayaannya kepada rumor yang telah diucapkan oleh kawan kelasnya, dia telah merancang untuk pergi ke rumah Daichi.
Setelah selesai sesi persekolahan, Firash mula bergerak ke rumah untuk menyalin baju terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah Daichi. Setelah sampai dirumahnya, Firash terus sahaja menyalin baju lalu menggapai kunci motor yang berada di meja. Farish yang baru sahaja lepas berjoging melihat abangnya tergesa-gesa keluar dari rumah.
"Abang nak pergi mana tu?!" jerit Farish.
"Abang nak pergi rumah abang Daichi!" sahut Firash menjawab pertanyaan adiknya.
Firash mula menghidupkan motornya.
"Tapi kan abang Daichi dah pin.."
Belum sempat Farish menghabiskan ucapannya, Firash terus menggerakkan motornya pergi ke rumah Daichi."..dah."
Firash telah sampai di depan rumah Daichi. Akan tetapi, pintu pagar rumah agam tersebut tertutup rapat.
'Takkan lah rumor tu betul?' gelisah hati Firash.
Firash turun dari motor. Dia pergi ke pondok jaga yang di situ mempunyai pengawal keselamatan yang menjaga rumah ni. Yelah, takkan rumah besar macam tu nak ditinggal begitu sahaja?
"Pak cik, rumah ni tak ada orang ke?" tanya Firash.
"Kamu tak tahu ke? Orang rumah ni pergi keluar negara 2 minggu yang lalu."
"Terima kasih bagitahu saya pakcik." Kata Firash dalam keadaan lemah semangat. Jadi, betul lah apa yang dikatakan oleh kawan sekelasnya?
Daichi meninggalkan Firash tanpa pesanan.'Mungkin Daichi anggap aku sebagai kawan je. Bukan kawan rapat. Aku je yang melebih.' kata Firash sayu dalam hati.
Firash pulang dalam keadaan hampa.
TBC
Sorry sebab tak update citer ni. Maaf sangat-sangat. Citer ni makin lama makin hambar lah pulak. Hahahaha. Tapi takpe, saya yang tulis, awak tinggal baca je. Apa ii pun, terima kasih baca citer saya yang tak seberapa ni. Muah cikit.
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...