Chapter 30

1.7K 71 5
                                    

Chapter sebelumnya...

"Tapi, apa yang saya nak buat dalam rumah agam ini. Kalau semua perkerjaan saya awak bertiga dah lakukan, tak kan saya nak jadi tunggul batu kat dalam rumah ni?" Mereka bertiga diam mendengar apa yang diperkatakan oleh aku.

"You can play with us." Ucap Minato kepada aku.

"Tak kan itu sahaja yang boleh saya buat dalam rumah ni?" tanya aku kepada mereka bertiga.

"Just do what you want in this house." kata Hayato. "But for this time, just listen what big boss want you to do and remember what Shiro just said." sambungnya lagi.

"Don't go out alone from this house."

CHAPTER 30
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Firash memandang ke arah luar tingkap, melihat keindahan alam yang telah diciptakan oleh Yang Maha Esa kepada manusia. Sudah beberapa jam dia telah berada di dalam bilik. Tidak dia keluar dari bilik kerana tidak ada benda menarik yang akan berlaku.

Dan termasuk hari ini, sudah lebih dari seminggu dia tidak menjejakkan kaki keluar dari dalam rumah ini. Ini disebabkan oleh arahan, atau lebih tepat lagi amaran yang telah diberikan oleh Daichi kepada dirinya.

Firash berfikir, jikalau dia tidak melanggar Daichi pada masa itu, tidaknya dia akan terlibat dalam masalah pembinaan rumah tangga orang lain. Dan semestinya dia tidak akan dikejar oleh ketua kumpulan Yakuza yang lain.

Tapi, jika dia tidak terserempak dengan Daichi, tidaklah dia kini bersama-sama dengan lelaki yang kacak.

"Haih..." keluh Firash mengenangkan nasibnya yang tidak boleh ditentukan di antara tuah atau malang. Fikiran menerawang seketika. Sebenarnya, dia telah lama berfikir, siapa Daichi sebenarnya sehingga dia sanggup menolongnya dari para ketua Yakuza? Adakah Daichi mempunyai kaitan dengan masa silamnya?

'Aduh otak ni. Lain kali tu jangan hilang memori. Kan dah susah nak ingat.' bisik Firash dalam hatinya.

Sedang sibuk Firash mengelamun memikirkan perkara tersebut, pintu biliknya terbuka. Seorang lelaki berjalan ke arah Firash lalu menyentuh bahunya. Tentu sahaja Firash yang sedang menerawang jauh ke angkasa terkejut seperti dirinya jatuh menghempap ke bumi.

Firash yang sedang mengurut dadanya akibat terkejut kini menoleh ke arah belakang. Rupa-rupanya, Shiro yang sedang memegang bahunya. "Terkejut saya tahu tak, Shiro." kata Firash masih lagi mengurut dadanya.

"I'm sorry Mr. Firash, but may I ask you why won't you come out from this room?" tanya Shiro kepada Firash yang kini terdiam dengan pertanyaan yang diajukan oleh Shiro.

"Well,..." pandangan Firash kembali lagi ke arah luar tingkap. "... Saya tak boleh keluar rumah, dan tak ada benda yang boleh saya lakukan dalam rumah ni. Jadi, saya ambil jalan yang paling ringkas, dengan duduk diam di dalam bilik sambil merenung ke arah luar rumah." sambung Firash kembali.

Dan ya, Shiro amat terkesan dengan perkataan Firash. Dia faham bagaimana perasaan dikurung di dalam sangkar emas. Dan disini dia, Shiro, datang membawa sinar harapan kepada Firash.

"Mr. Firash, I want to ask you something." Shiro memandang teduh ke arah Firash.

"Yeah?" diputarkan kembali badannya menghadap ke arah Shiro.

"If I gave you a chance to go out for a while, would you?" mata Firash bersinar-sinar memdengar perkataan yang baru sahaja dikatakan oleh Shiro. Tentu saja dia mahu. Sudah lama dia terperap di dalam rumah, kini tiba masanya untuk dia menghirup udara segar.

"Tentu! Saya memang nak keluar bersiar-siar. Daripada duduk terperap dalam bilik ni tanpa buat apa-apa, baik saya keluar berjalan-jalan." kata Firash dengan semangat yang membara.

Shiro melihat Firash yang begitu bersemangat tidak ingin mematahkan semangat tersebut.

"Hayato, Minato and I will go buy some groceries. You can come with us. But in one condition, you must stay together with us, understand?" tentu sahaja perkataan Shiro tadi dibalas dengan anggukkan yang sangat cepat diberikan oleh Firash.

"Then, get's yourself ready and we'll meet you at living room." kata Shiro sambil berjalan keluar dari bilik Firash.

"Okay!" kata Firash dengan semangat yang berkobar-kobar.

Firash tidak mengambil masa yang agak lama untuk menukar pakaiannya. Cuma memakai pakaian yang simple dan tidak begitu berfesyen. Berjalan keluar dari bilik sambil bersenandung ria memikirkan dirinya dapat menikmati udara luar sekali lagi, sungguh sangat menyenangkan. Anak mata Firash dapat melihat yang ketiga-tiga anak buah Daichi duduk diruang tamu sedang menunggunya.

"Dah tunggu lama ke?" tanya Firash tepat dia berada diakhir anak tangga yang kini menuju ke arah mereka bertiga.

"Not really but, we don't want to waste our time so, let's go now." Minato berkata sambil mengambil kunci kereta yang berada di atas meja.

Mereka berjalan menuju ke arah kereta yang telah tersedia di halaman rumah.

'Seronoknya dapat keluar rumah. Tak sabar nak buat benda yang dah lama tak buat.' bisik hati Firash riang. Tidak disangkakan oleh dirinya, yang hari tersebut menjadi hari bertuahnya.

Kini mereka berempat telah berada di dalam kereta, sedang menunggu masa untuk bergerak sahaja. Sebelum enjin kereta di hidupkan, amaran awal telah diberikan oleh Hayato kepada Firash.

"Just remember, don't go too far away and always be by our side. Do you understand?" kata Hayato mengingati Firash.

"Okay boss!" balas Firash seraya membuat gaya seperti tabik hormat kepada kapten pasukan.

"Now, fasten your seat belts and we'll start our journey to the supermarket!" Setelah berkata seperti begitu, Minato mula menghidupkan enjin kereta lalu bergerak ke arah destinasi.

Dalam perjalanan, Firash sering melihat ke arah luar tingkap, untuk melihat keadaan sekeliling setelah beberapa lama dia berada di rumah, tidak dibenarkan keluar. Tidak mengambil masa yang lama, kini mereka tiba di pusat beli belah.

Enjin kereta dimatikan, lalu bergerak keluar. "Here we are." Ucap Shiro.

"Now remember, again, just stay in our sight and don't go anywhere alone." kata Shiro. "If you need to buy something, just tell me and Hayato will pay it for you." sambung Shiro sambil tersenyum.

"Wait, what!?!" bantah Hayato. "Why me!?! Why don't you pay it for him!?!"

Shiro mendekatkan kepala ke arah telinga Hayato. "I know your secret." bisik pelan Shiro kepada Hayato dengan senyuman ugutannya.

"Ughh... Fine." pandangannya beralih ke arah Firash. " Just buy anything you want." sambil tersenyum paksa.

Tapi, yang Firash nampak dan dengar adalah, "Don't buy anything. Or else I kill you with my bare hand." sambil tersenyum dengan wajah yang mengerikan.

"O..o..kay...." balas Firash dalam keadaan menggigil disebabkan aura yang dikeluarkan oleh Hayato.

TBC

Literally need to read this book back and bring all the plot back. Sorry if it not catchy to the plot.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now