Chapter sebelumnya...
"Pak cik, rumah ni tak ada orang ke?" tanya Firash.
"Kamu tak tahu ke? Orang rumah ni pergi ke luar negara 2 minggu yang lalu."
"Terima kasih bagitahu saya pakcik." Kata Firash dalam keadaan lemah semangat. Jadi, betul lah apa yang dikatakan oleh kawan sekelasnya?
Daichi meninggalkan Firash tanpa pesanan.'Mungkin Daichi anggap aku sebagai kawan je. Bukan kawan rapat. Aku je yang melebih.' kata Firash sayu dalam hati.
Firash pulang dalam keadaan hampa.
CHAPTER 19
Written by : Raiz4YouEnd of Flashback
Daichi's Point of View
Setelah lebih 7 jam aku berada di kapal terbang, akhirnya aku telah pun tiba di tanah air Jepun. Walaupun hati ni berbelah bahagi mahu meninggalkan Firash, tapi terpaksa juga aku meninggalkannya demi keselamatan kumpulan Yakuza aku.
Setibanya di rumah kepunyaan milik aku, aku disambut dengan para anak buah aku.
"Selamat kembali, Tuan Daichi."
Aku berjalan terus ke arah ruangan kerja ku tanpa mengendahkan sapaan anak buah ku.
"Jadi, siapa yang serang kita?" kata aku dengan nada dingin. Dengan diaorang je. Kalau dengan Firash, suara aku terus berubah jadi manja dan lembut. Biasalah, penangan dari cinta. Hahaha.
"Kumpulan White Rose, Tuan."
Aku mengambil tempat duduk di sebuah sofa yang terletak di ruang kerja ku. Aku diam sejenak. Kenapa dia nak huru-hara kan keadaan kat sini? Kumpulan tu memang cari pasal dengan aku lah. Kau dah cari pasal dengan kesayangan aku, now kau cari pasal dengan aku? Wrong move lah bro. Kau salah serang.
Untuk pengetahuan korang semua, kumpulan Yakuza aku ni merupakan kumpulan yang digeruni dalam dunia bawah. Well, siapa yang buat sampai digeruni macam tu? Of course lah my Dad. Papa aku yang menaikkan nama kumpulan Yakuza nya. Walaupun mengambil masa yang sangat lama dan mengharungi pelbagai ancaman, dia tetap dapat menjadi kumpulan Yakuza miliknya berada paling atas. Dan aku sebagai anak tunggalnya perlu meneruskan apa yang telah dia bangun kan.
Dan untuk kumpulan 'White Rose' ni pulak, Ketua diaorang merupakan sahabat lama Papa. Tapi, lepas sahaja anaknya yang memerintah kumpulan tersebut, dia telah menganggap kumpulan kami ni merupakan musuh kepadanya. Jadi, dia telah memutuskan semua hal yang berkaitan kumpulannya dan kumpulan aku. Nak tahu siapa ketua kumpulan 'White Rose'?
Satoshi Kenzo. Dia lah yang sekarang memimpin kumpulan 'White Rose'. Dulu, kita orang memang kawan baik. Tapi, hanya disebabkan aku lebih popular di sekolah pada masa tu, dia jauhkan diri dari aku dan mula membenci aku. Aku tak buat salah pun. Sekarang, dendamnya masih lagi tidak luput dari hatinya.
Tapi sekarang ni, aku masih tak faham kenapa dia nak serang sini sedangkan aku berada disana. Melainkan...
satu perangkap untuk aku berjauhan dengan kesayangan aku supaya mudah untuk dia menangkapnya.
"Cis, aku tertipu." kata aku. Aku ingin bangun dari duduk ku tapi getaran telefon di poket ku memberhentikan gerakan aku. Telefon pintar milik ku dicapai lalu mengangkat panggilan tersebut.
"Apa yang kau nak?" kata aku dengan nada dingin.
"Easy boy. This is your dad."kata orang yang berada di seberang sana.
"Maaf Papa. Terbawa emosi tadi." kata aku memohon ampun. Kalau Papa marah, satu dunia boleh bergoncang. Aku ingatkan si Kenzo tu yang telefon, rupa-rupanya Papa aku yang telefon.
"Hahahaha! Tak pe. Papa tahu kamu stress. Dulu Papa pun selalu stress jaga company." kata Papa sambil ketawa kecil.
"Tapi Daichi stress sebab benda lain Pa."
"Aik? Anak Papa stress sebab benda lain? Cer cerita dengan Papa. Mana tau Papa boleh tolong?" Tapi Pa, ni masalah peribadi. Bukan masalah company atau masalah kumpulan Yakuza Papa tu.
"Tapi Pa, ni masalah pasal cinta mati Daichi. Boleh ke Papa tolong?" ragu ku terhadap tawaran Papa.
"Seriously Daichi? You have a lover? Tak sangka pula anak Papa yang kejam ni ada kekasih hati. Ingatkan tak ada hati. Hahahahha!" ejek Papa seraya mengetawakan aku. Aku berdecih.
"Anak Papa ni kan manusia gak. Takkan tak ada hati pula?" aku mendengus. Papa suka cari pasal dengan aku.
"Hahahahaha! Ok ok, Papa berhenti. Jadi, apa yang kekasih hati kamu buat sampai kamu stress ni?" aku boleh merasakan yang Papa mengangkat kening sebelahnya. Sebelah mana? Aku pun tak tau.
Aku pun ceritakan semua masalah yang aku hadapi bersama-sama dengan Firash. Tapi, aku bahasakan Firash sebagai 'kekasih hati'. Aku merasakan yang ni bukan masa yang tepat untuk memberitahu orientasi ku.
"Lah, tu je ke masalahnya? Apa susah, bunuh jelah manusia yang ganggu kekasih hati kamu tu." Papa boleh cakap macam tu je? Kalau cakap je senang lah, belum buat lagi.
"Masalahnya Pa, yang ancam kekasih hati Daichi tu Kenzo, Pa. Musuh ketat kita!" aku sedikit menjerit.
"Suka hati kamu lah Daichi. Malas Papa nak fikir." kata Papa sedikit mengeluh.
"Tadi Papa kata Papa nak tolong Daichi." aku sedikit menggerutu.
"Kan Papa dah bagi idea tadi, kamu tu je yang banyak alasan. Itu lah, ini lah." kata-kata Papa membuat aku tersengih.
"Papa telefon kamu ni sebab nak bagitahu sesuatu. Kenapa tiba-tiba cerita pasal kekasih hati kamu pula?"
"Dah Papa yang tanya, Daichi jawab jelah." balas aku.
"Apa-apa jelah. Papa nak bagitahu kamu yang Mama nak jumpa kamu. Alang-alang kamu dah balik semula ke sini." aku baru je bercadang nak balik Malaysia semula.
"Tapi Pa..." kata ku terputus.
"Tak ada tapi-tapi. Pergi jumpa Mama kamu tu. Nanti kalau dia merajuk susah nak di pujuk."
"Baik Pa." Nampaknya, terpaksa aku tangguhkan niat nak pulang semula ke tanah air milik kekasih aku. Panggilan telefon dimatikan. Aku diam.
Aku bangun dari duduk ku. Sekarang aku kena bergerak pergi rumah utama. Rumah Papa dan Mama aku.
Belum sempat lagi bergerak dari sofa yang aku duduki, deringan telefon mula berbunyi sekali lagi."Siapa pula yang telefon ni?" tanpa melihat nombor yang tertera di telefon, aku menjawab panggilan tersebut.
"Boss, Tuan Firash..."
TBC
I don't know lah why I rasa citer ni makin mengarut. Jangan bagitau cikgu yang saya tak tidur malam. Hahahaha. By the way, korang nk chapter special tak? Tanya je :)
P.S. : Percakapan di atas menggunakan bahasa Jepun. Nyeh.
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...