Chapter 7

3.3K 133 24
                                    

Chapter sebelumnya...

Di tempat lain, kelihatan seorang perempuan dan seorang lelaki sedang membualkan sesuatu perkara yang serius.

"Abang, adik nak abang hapuskan budak yang dah ganggu rancangan adik untuk dapatkan balik Daichi." kata Ichika kepada lelaki tersebut.

"Baiklah, untuk adik abang, semuanya abang sanggup lakukan." kata lelaki tersebut yang merupakan abang kepada Ichika.

"Sayang abang."Kata Ichika sambil memeluk abang nya.

Setelah itu, Ichika menyeringai lalu tersenyum kerana penghalang untuk dirinya mendapatkan Daichi akan mati tak lama lagi.

"See you in Hell, Bitch Boy"

CHAPTER 7
Writen by : Raiz4You

Firash's Point of View

Aku penat! Penat kejar manusia yang dah porak perandakan aku punya kehidupan.

Aku melihat manusia yang di sebelah aku ni. Dia terbaring atas rumput lepas aku dapat tangkap dia.

Aku tengok dia sambil mengeluh.

"Sekarang ni aku nak buat apa? Tak kan aku nak duduk diam je?" tanya aku kepada Daichi.

"Buatkan saya air boleh?Saya haus." Daichi berkata sambil tersenyum seperti kerang busuk.

Aku memandang 'Boss' dengan muka datar. Aku penat lari kejar kau, lepas tu kau suruh aku buat air? Nasib baik kau boss aku, kalau tak dah lama aku tempeleng kau.

"Tunggu jap. Nanti saya buatkan ya." kata aku dengan nada terpaksa.

Aku mula berjalan kembali ke arah rumah agam 'Boss' aku. Mula lah aku keliling rumah tersebut sebab nak cari dapur.

Semasa membuat air untuk 'Boss' aku, aku terpikir sesuatu. Macam mana kalau si perempuan tadi tu minta tolong abang dia untuk bunuh aku.

Sebab mamat tu cakap yang abang perempuan tadi tu ketua yakuza. Meremang pula bulu roma aku.Aku takut!

Cepat-cepat aku buat air lepas tu pergi ke Daichi."Nah air."kata aku sambil memberi gelas yang ku pegang kepadanya.

Aku tengok dia minum air tu sekali teguk. Haus betul mamat ni. Sekali teguk je dia minum.

Tiba-tiba, aku teringat pasal benda yang aku cakap sorang-sorang tadi. Apa lagi, aku tanya lah pasal benda tadi dekat mamat tu.

"Tuan, nak tanya sikit boleh tak?" tanya aku padanya.

"Hah... Tanya lah." Kata Daichi sambil memandang ke arah aku.

"Ahhh... Pasal benda tadi tu, kalau perempuan tadi minta tolong abang dia macam mana?" aku bertanya.

"Macam tu lah." Jawab Daichi.

Aku memandang Daichi setelah mendengar jawapan yang diberi oleh dia."Tuan jangan main-main. Saya tak nak mati muda tuan." kata aku dengan rasa takut menyebelungi diri aku.

Daichi's Piont of View

'Serius lah budak ni takut dengan abang perempuan tadi?' ucap aku dalam hati.

"Ala... Tak payah takut sangat. Saya kan ada." kata aku padanya.

"Tuan boleh buat apa je? Saya tengok lemah je tuan ni." kata Firash.

Ehh... Dia ni kan... Tak kan dia tak tau aku ni ketua yakuza juga?

"Awak..awak tak tau ke yang saya ni pun ketua yakuza?" tanya aku kepadanya.
Aku rasa budak ni tak tau kot.

Aku melihat Firash menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia memandang aku sambil berkata "Tuan ketua yakuza!?" atau lebih tepat menjerit.

Aku menutup kedua-dua belah telinga aku menggunakan telapak tangan aku. Sakit doh telinga aku.

Aku mengangguk ke arah nya. Aku melihatnya seperti kegelisahan.

Aku bertanya padanya,"Awak ok tak?"
Seketika kemudian, aku terdengar bunyi esakan seperti seseorang menangis.

"Sa-saya minta maaf tuan. To-tolong jangan bunuh saya. Sa-ya masih mahu hidup." katanya tersedu-sedan.

Aku berasa kasihan melihatnya seperti begitu. Tak tahu pula dia takut dengan ketua yakuza.

"Hei.. Jangan lah nangis. Saya tak kan bunuh awak. Kalau saya nak bunuh awak, dari tadi saya dah buat. Jangan menangis ok?" kata ku sambil mengusap belakang badannya.

Dia mengangguk ke arah aku lalu berkata,"Sekarang ni macam mana? Saya tak nak kena bunuh."katanya dengan suara serak.

Comel je aku tengok dia ni. Aku tersenyum lalu berkata,"Saya kan ada."

"Betul ke tuan boleh tolong saya? Terima kasih banyak-banyak tuan." katanya kepada aku dengan mukanya yang tersenyum.

"Boleh tapi dengan satu syarat...
























Awak kena jadi kekasih saya."

Author's Point of View

Firash memandang ke arah Daichi.

"Sa-saya jadi kekasih tuan?" kata Firash. Lalu dia berkata,"Tak ada syarat lain ke?"

Daichi berkata kepada Firash,"Tu je syaratnya. Kalau tak nak tak apa."

Firash berfikir dengan keras adakah dia mahu menerima tawaran tersebut. Lalu, Firash pun berkata,"Saya terima tawaran tuan."

"Ok, deal?" tanya Daichi kepada Firash.

"Deal." kata Firash ke Daichi.

Mereka terdiam seketika. Tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti orang kelaparan.

"kriukkkkk~" Daichi memandang ke arah Firash. Firash tersenyum.

"Awak lapar ke?" tanya Daichi.

"Aah, tadi pagi sempat makan roti je." jawab Firash atas pertanyaan yang diberikan oleh Daichi.

Daichi bangun dari tempat duduknya lalu menghulurkan tangannya kepada Firash.Firash menyambut huluran tangan tersebut.

"Jom kita pergi makan tengah hari." Kata Daichi dengan anggukan kepala Firash tanda setuju.




































Mereka tiba di sebuah restauran mewah. Firash hanya memandang ke arah restauran tersebut dengan perasaan takjub.

Dia bertanya kepada Daichi,"Tuan, tak mahal ke makan kat sini? Makan kat tempat biasa jelah Tuan. Takut nanti saya tak mampu bayar."

"Saya belanja. Memandangkan awak dah jadi kekasih saya, apa salahnya kan?" kata Daichi kepada Firash.

"Tapi tuan, benda ni jadi terlalu cepat. Saya masih tak boleh adapt dengan benda ni." kata Firash.

"Awak ikut je cakap saya. Lama-lama nanti awak biasa lah tu. Dah, jom masuk." Daichi berkata sambil memegang tangan Firash.

Firash ingin melepaskan pegangan tersebut, tetapi Daichi memegangnya dengan sangat erat. Dengan perasaan terpaksa dan malu bersamaan, nak tak nak dia kena juga terima perlakuan Daichi tersebut.

Daichi yang berada di sebelah tersenyum gembira. Memegang tangan kekasih hatinya menyebabkan dia berasa seperti berada di awang-awangan.

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhatikan mereka.

"Jadi, ni lah kekasih hati Daichi yang dikatakan oleh Ichika?" Katanya.

"Aku akan rampas dia dari kau, Daichi dan aku akan jadikan dia sebagai milik aku." sambung dia lagi.

Setelah itu, dia menyeringai lalu ketawa.

"Your mine, Kitty."

TBC

Sorry sebab author lambat up citer ni. Author sibuk ngan keje sekolah. Heheheheh. See in the next chapter. Bye!

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now