Chapter sebelumnya...
"Sakit siak tendangan dia tadi... Rasa macam nak pecah pula aku punya telur ni..." kata Daichi dalam hatinya.
Anak buah Daichi memandang ke arah Daichi lalu bertanya,"Kenapa tuan tidak biarkan kami belasah budak tu tadi?" tanya salah satu anak buah Daichi kepadanya.
Daichi memandang ke arah anak buahnya dengan pandangan datar lalu berkata,"Aku tak nak korang belasah dia sebab....." kata Daichi tergantung.
"Dia tu junior yang aku selamatkan masa kena buli dekat sekolah."
CHAPTER 3
Writen by : Raiz4YouDaichi's Point of View
Aku masih ingat muka si junior aku tu. Tak sangka muka dia masih tak berubah walaupun dah 6 tahun aku tinggalkan dia.
Muka dia masih comel macam dulu. Aku tak boleh lah pandang dia lama-lama. Takut nanti ada yang berdiri.
Sebelum bercakap pasal junior aku tu, mesti korang tertanya-tanya siapa aku kan?
Mari aku perkenalkan diri aku. Aku, Daichi Akihito yang berumur 23 tahun. Status aku? Belum lagi kahwin. Masih lagi membujang sebab tak ada sesiapa nak kan aku.
Dan lagi satu, aku ni keturunan Melayu mix Jepun. Papa aku keturunan Jepun manakala Mama aku keturunan Melayu. Papa aku kenal dengan mama masa mama pergi bercuti di Jepun.
Kenal punya kenal, tup tup kahwin. Macam tiba-tiba je kan? Tapi sebab itu lah muncul aku yang hensem ni ke bumi.
Untuk pengetahuan korang semua, Papa aku ni ketua Yakuza. Jadi, lepas saja aku berumur 20 tahun, papa aku turunkan dia punya status kepada aku. Aku pun mula-mula tak boleh nak terima sebab aku masih muda. Tapi, lama-lama aku dah terbiasa pula.
Lagi satu, papa aku juga ada sebuah syarikat yang terkenal di Jepun dan seluruh negara Asia. Itu yang menyebabkan aku pergi bercuti di Malaysia, tempat kelahiran mama aku.
Penyebab kenapa aku pergi Malaysia? Sebabnya adalah aku nak berehat dari kerja aku yang menumpuk. Korang tau kan macam mana kerja CEO? Nak kena tandatangan fail lah, kena hadir meeting lah, jumpa dengan pengusaha dari syarikat lain lah, semua tu aku yang buat.
Memang penat lah aku dibuatnya.Lagi satu sebab aku ke Malaysia adalah aku teringat akan kenangan aku masa kecil dahulu. Sebab tu aku pilih Malaysia sebagai tempat bercuti.
Jadi, untuk melepaskan tension aku ni, aku pergi lah jalan-jalan sekitar Malaysia ni. Masa tengah berjalan-jalan dengan anak buah aku tadi, aku boleh pulak terlanggar seorang budak.
Mula-mula aku nak marah si budak tu.Tapi, masa aku pandang muka budak tu, aku terpegun melihat budak tersebut."Comelnya..." bisik aku dalam hati masa tu.
Mula-mula aku nak tolong dia bangun tapi dia dah bangun sendiri. Baru nak acah macho sikit depan budak ni.
Aku amati muka budak tu, aku teringat seseorang yang aku rindui selama 4 tahun aku tinggalkan dia tanpa khabar berita.
Belum sempat aku bertanya padanya,tiba-tiba dia meluru laju ke arah aku dan menjerit padaku sebab kek yang dia beli jatuh ke tanah. Dia suruh aku minta maaf, tapi aku sebagai ketua yakuza kena lah jaga maruah aku depan anak buah aku.
So aku buat-buat tak faham apa yang si budak tu cakap. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku duduk di Jepun, tapi aku pandai berbahasa Melayu. Mama aku yang ajar sejak aku dari kecil lagi.
Tanpa aku sedar, si budak tadi tu berlari ke arah aku dan menendang aku punya 'aset' yang berharga.
Aku menjerit kesakitan sebab tendangan dia bukan main padu."Ni lah karma apabila kau mempertahankan ego kau daripada adab kau." kata ku pada diri ku sendiri.
Lepas itu, dia cakap yang dia tendang aku sebab aku tak minta maaf. Tak sangka si junior yang aku kenal dah jadi berani dan kuat macam ni.
Tiba-tiba, anak-anak buah aku membuat posisi kuda-kuda untuk menyerang budak tu. Tapi aku angkat tangan aku dan cakap biarkan je dia.
Jadi, ni lah aku sekarang. Menahan ngilu di bahagian 'aset' ku yang di tendangan oleh si budak tadi.
"Aaaa..... Tuan punya 'tu' sakit lagi ke?" tanya anak buah aku. Ni yang buat aku marah ni. Cuba kau kena tendang kat 'aset' kau, mesti sakit dia lama nak hilang kan?
"Dah lama hidup ke?" kata aku padanya dengan nada kasar dan datar.
"Tak ada lah tuan, saya tanya je. Kalau masih sakit, nak saya panggil doktor peribadi tuan tak?" tanya dia lagi kepada ku. Aku rasa dah lama hidup dah dia ni.
"Kau nak buat aku malu depan doktor ke hah?!" jeritku kepadanya dengan perasaan marah dan kesal atas percakapan anak buah aku tu.
Aku melihat dia dalam keadaan takut. Aku mengeluh panjang lalu berkata," Tak payah takut, sekarang ni aku nak kau cari maklumat pasal budak tu tadi. Aku nak benda tu dah ada dalam masa 2 hari. Faham tak?" dengan nada tegas dan tidak dibantah olehnya.
Kalau diaorang bantah atau berkhianat pada aku, cuma satu benda yang aku lakukan, iaitu bunuh.
Selepas mendengar arahan tersebut, anak buah aku bergegas keluar dari ruang kerja aku. Aku melihatnya keluar dari ruangku dengan tergesa-gesa.
Aku termenung seketika kemudian menyeringai sendirian.
"Kau akan jadi Milik aku selamanya, little bunny." kata ku dan selepas itu aku ketawa dengan sangat kuat.
TBC
So, rasanya sampai sini saja kot... Sorry kalau ade salah silap dalam penceritaan Raiz. Cerita ini hnya direka untuk fun ii je. Next update, this saturday. See you guys on next chapter. Stay tuned!
Adios!
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
AçãoYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...